Pelakon seksi, Lana Nordin menafikan khabar angin yang mengatakan
dirinya sudah mempunyai pengganti baru yang juga seorang doktor.
"Siapa yang cakap saya ada pengganti baru (ketawa)? Bagi saya sekarang
pengganti baru saya adalah kerjaya dan fokus sekarang ditumpukan
terhadap kerja.
"Mengenai doktor itu, apa yang boleh saya katakan taka da doktor yang
beri bunga dan saya tak nak komen lebih mengenai perkara ini," katanya
kepada Sinar Harian.
Menurut aktres kelahiran Kuching, Sarawak ini, walaupun serik dengan
pengalaman baru-baru ini, namun ia tidak bermakna dia bersedia mencari
pengganti baru dalam masa terdekat ini.
"Kalau saya kata saya tak mahu bercinta dalam masa terdekat dan tiba-tiba saya bercinta nanti orang kata saya hipokrit pula.
"Lagipun dari pihak saya tidak ada apa-apa masalah. Keluarga saya juga
memahami dan mempercayai saya. Mereka tahu saya boleh berdikari dan
melalui semua ini."
Sementara itu, walaupun sentiasa dihimpit kontroversi, Lana, 35, berkata, selepas apa yang berlaku rezekinya semakin murah.
"Alhamdulillah rezeki semakin murah. Kini saya sibuk dengan penggambaran
drama bersiri berjudul "Kata Hati" dan bakal menjalani penggambaran dua
telefilem pada bulan depan.
"Selain itu, saya juga turut menjadi model bagi produk kesihatan khusus buat lelaki iaitu ADAM.
"Buat masa ini jadual saya memang sibuk dengan penggambaran. Rezeki awal
tahun dan saya harap karier saya akan terus berkembang dengan baik
tahun ini."
-Tupai.com.my
Showing posts with label Artis. Show all posts

Saturday, 8 February 2014
Orlando Sudah Temui Pengganti Miranda Kerr?
Nampaknya pelakon Orlando Bloom tidak mengambil masa yang lama untuk
mencari pengganti bekas isterinya, Miranda Kerr selepas perceraian
mereka lebih tiga bulan lalu.
Terbaru, dia kerap dilihat bersama seorang pelakon Perancis, Nora Arnezeder, 24, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa wanita itu sudah bertakhta di hatinya.
Orlando juga pernah ‘ditangkap’ oleh paparazzi sewaktu sedang menjemput wanita itu untuk keluar bersama dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa besar miliknya.
Menyingkap latar belakang Nora, dia yang berketurunan Austria-Mesir dilahirkan di Paris dan pernah tinggal sementara di Bali sewaktu zaman remajanya.
Sementara itu, hubungan pelakon ini dengan bekas isterinya masih baik dan Orlando sendiri pernah membuat kenyataan bahawa mereka bukanlah sahabat, sebaliknya sebuah keluarga.
Sumber: Mynewshub

Qi Terkilan Aksi Terlebih Romantik Sharnaaz Dan Nelydia
Jika pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa terkilan dengan
perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik gambar mesra bersama
kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz pula mengambil
keputusan untuk berdiam diri.
Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.
“Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa.
“Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya,” katanya.
Kontroversi ini berlarutan sejak beberapa minggu lalu akibat tindakannya memuatkan gambar-gambar mesra bersama Nelydia untuk drama’Bukan Kerana Aku Tak Cinta’.
Lebih ‘panas’ lagi, setiap gambar disertakan dengan ‘caption’ yang cukup romantis sehingga menyebabkan cemburu di hati Qi.
Apa pun, kami harapkan segala akan diselesaikan dengan baik dan hubungan Qi dan Nelydia tidak akan tergugat dengan perkara sebegini.
Mungkin inilah yang dikatakan dugaan bercinta. -Mynewshub

Akhirnya Aiman Mengaku Bercinta Dengan Fathia
Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza
akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia
sejak setahun lalu.
Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.
“Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan ‘tradisional’ apabila berbicara perkara sebegini,” katanya kepada mStar Online.
Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.
Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.
Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.
“Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.
“Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga,” jelasnya.
Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.
“Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.
“Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi,” katanya. –mStar Online

Lana Nodin Bakal Ke Tanah Suci
Rasanya selepas kontroversi ‘cinta tak kesampaian’ Lana Nodin dengan
pelakon Johan As’ari, satu demi satu perubahan baik yang mula dilihat
pada aktres itu.
Bukan sahaja pemakaiannya semakin ‘tertutup’, Lana khabarnya bakal mengerjakan umrah bersama teman baiknya iaitu Lisdawati.
Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Instagramnya yang memaparkan gambar visa mereka berdua.
Kami doakan agar segala urusan ibadah yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.
Rasanya, peminat juga ternanti-nanti untuk melihat Lana berhijrah ke arah yang lebih baik selepas mengerjakan umrah nanti. -Mynewshub

Syamsul Kahwini Puteri Sarah 8 Mac Ini
Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq
akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi
perkahwinan masing-masing.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.
“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.
“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,” katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.
Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.
“Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar,” katanya.
Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.
“Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar,” katanya.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.
Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012. –mStar

Mohd Mentor Dakwa Bebas Tuduhan Rogol
Masihkah anda ingat dengan juara Mentor musim keempat, Mohamad Izwan
Mohamad Nor, 26, atau Mohd yang juga protege kepada penyanyi Ziana Zain
yang pernah dituduh merogol seorang penyanyi wanita kira-kira setahun
yang lalu?
Menerusi Harian Metro, dia akhirnya tampil memberi penjelasan bahawa dia sudah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut sejak September 2013 yang lalu.
Ia berikutan tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkannya dengan tuduhan merogol peserta Mentor musim keenam, Noor Nazatul Farahin atau Zatul, 25, selepas siasatan polis.
“Alhamdulillah kes itu sudah selesai dan berpihak kepada saya. Memang saya bercadang nak buat sidang media tapi masih belum berkesempatan. Paling mengujakan keputusan ini diperoleh selepas sambutan Aidilfitri lalu dan saya anggap ia hadiah yang amat bernilai.
“Kes ini juga tak dibawa ke mahkamah kerana tiada bukti yang boleh disabitkan. Saya pernah terfikir nak menyaman kembali Zatul tapi ia memakan masa. Jadi ada baiknya saya bersihkan nama kerana saya memang teraniaya,” ujarnya.
Tambah Mohd lagi, akibat tuduhan itu, kerjaya seninya hampir merudum apabila tiada tawaran ‘show’ akibat imejnya yang sudah tercemar.
“Saya sudah hampir dilantik sebagai Ikon untuk Kementerian Pengajian Tinggi yang ketika itu diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pemilihan ini dibuat kerana dulu saya belajar di Politeknik Pasir Gudang. Apabila disabitkan dengan kes rogol, tawaran ini hilang begitu saja.
“Sebaik keputusan dibuat, saya buat kenduri kesyukuran di kampung. Saya berhasrat nak bangkit semula untuk cari makan dalam bidang seni. Masyarakat tak tahu kes ini sudah selesai dan mereka masih pandang serong pada saya. Itulah sebabnya saya nak buat sidang media untuk lancar ‘single’ sekali gus menjelaskan perkara sebenar nanti,” jelasnya.
Bercadang untuk lebih fokus kepada kariernya sempena tahun baru ini, dia juga mahu lebih berhati-hati untuk berkawan dengan wanita agar peristiwa lama tidak berulang kembali.
Apa pun, kami tertanya-tanya juga khabar Zatul selepas selesainya kes ini?
Mungkinkah dia pula yang akan memberi kenyataan balas? Sama-sama kita nantikan.. -Mynewshub

Nora Danish Dijangka Kahwin Hujung Tahun Ini
Hubungan mesra di antara aktres comel yang bergelar ibu tunggal, Nora
Danish dengan jejaka yang merupakan anak seorang menteri kabinet, Nedim
Nazri bukan lagi rahsia di kalangan peminat pelakon tersebut.
Menurut ruangan gosip akhbar Harian Metro, hari ini, dikhabarkan pelakon itu sudah pun mula membeli serba sedikit barang untuk dijadikan hantaran kepada bakal suaminya itu.
Menerusi artikel itu juga, pasangan sama cantik sama padan itu juga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Kalau betullah cerita ini, tahniah ‘in advance’ diucapkan buat Nora dan Nedim.
Tentunya peminat setia Nora gembira dengan perkhabaran ini dan mendoakan perkahwinan yang bakal dibinanya kelak berkekalan sehingga ke akhir hayat.

‘Kayla Elayna’, Nama nak Khairul Fahmi Dan Leuniey
Kayla Elayna Binti Khairul Fahmi. Fuh, sedap sungguh nama yang dipilih
oleh pasangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apex dan
isterinya, Leuniey Natasha untuk bayi sulung mereka.
Melalui pencarian kami di laman internet, ‘Kayla’ dalam bahasa Arab bermaksud cantik.
Hai, kalau tengok pasangan Apex dan Leuniey, memang kena rasanya maksud nama itu pada anak mereka.
Lahir-lahir sahaja sudah putih melepak. Harap-harap bila Kayla membesar nanti, dia bukan sahaja cantik pada nama, tapi juga budi pekertinya.
Apa pun, mari kita layan beberapa gambar comel bayi ini.

Gambar Comel Yuna Ketika Kecil
Pastinya nama Yuna sekarang sedang mencanak naik popularitinya
sementelah single terbarunya, Rescue kini sedang hangat dimainkan di
corong-corong radio tempatan.
Setelah beberapa tahun bermaustatin di Amerika Syarikat, nama Yuna bukan lagi asing bagi penduduk di sana.
Tak salah kalau gelarkan Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 28, sebagai salah satu permata negara dalam bidang seni suara.
Dan pastinya peminat setia penyanyi ini teruja nak tengok wajah comel Yuna ketika zaman kecilnya kan?
Di sini penulis kongsikan gambar Yuna semasa zaman kanak-kanaknya, yang pasti sejak kecil lagi Yuna memang sudah pandai bergaya dan berposing sakan persis dirinya kini! -Mynewshub

Jupe Gembira Dewi Perssik Dihukum
Penyanyi dan selebriti kontroversi Julia Perez (Jupe) menyambut baik
hukuman Mahkamah Agung terhadap Dewi Perssik selepas didapati bersalah
mengasarinya pada 2010.
Peguam Jupe, Malik Bawazir berkata, ketetapan hakim semalam membuktikan undang-undang ditegakkan tanpa memilih bulu. “Akhirnya Jupe mendapat keadilan di mahkamah,” katanya.
Malik juga menyarankan Dewi Perssik yang terkenal dengan aksi Goyang Gergaji - segera menjalani hukuman ditetap mahkamah.
Penghakiman semalam adalah lanjutan daripada pergaduhan cakar-mencakar antara Jupe dan Dewi Perssik ketika mereka terbabit dalam penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.
Kedua-dua mereka kemudian membuat aduan kepada polis. Pada 2013 Jupe dipenjara selama tiga bulan.
Sementara itu Dewi Persik berkata, dia lebih daripada sedia untuk menghabiskan masa tiga bulan dalam jel seperti dikehendaki hakim Mahkamah Agung.
“Sedangkan mati saya tak gentar, apa lagi untuk dipenjara,” katanya.
Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung bergaduh dengan Jupe apabila mereka dikehendaki berlakon bergaduh.
Bagaimanapun pergaduhan itu tidak terkawal dan kedua-dua mereka benar-benar berkelahi. -Agensi

Fathia Dan Keith Foo Hangat Bercinta?
Pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi membaling telefon bimbitnya
kepada seorang pengarah terkenal, Fathia Abd Latiff, 26, dikhabarkan
menyimpan perasaan cinta kepada pelakon Indonesia Keith Foo.
Mereka berdua sebelum ini pernah bekerjasama dalam sebuah drama bersiri yang disiarkan di TV9 berjudul Dalam Setiap Sujud.
Menerusi laporan Utusan, Fathia dikatakan sedang hangat dilamun cinta dengan Keith sehinggakan dia sanggup menolak cinta seorang kerabat seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.
Kalau betul pun apa salahnya sebab mereka berdua memang nampak sepadan bersama.
Seorang cantik, seorang lagi kacak bergaya.
Apa-apa pun sama ada mereka benar-benar bercinta atau tidak, hanya tuan badan yang ada jawapannya.
-Mynewshub

Gambar Faralyna Idris Dan Kekasih Baru
Baru-baru ini dilaporkan hubungan cinta di antara pasangan pelakon Hairul Azreen dan Faralyna Idris sudah putus.
Hairul juga sudah mendedahkan bahawa dia adalah punca kepada perpisahan mereka tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Menerusi budiey.com, terdapat tiga keping gambar mesra Faralyna bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Ezham.
Mungkinkah jejaka kacak ini pengganti kepada Hairul?
Hanya Faralyna yang boleh menjawabnya.

Yana Akui Dah Terbuka Hati Nak Berkahwin
Berat sebenarnya mulutnya untuk mengatakan yang dia sudah betul-betul
bersedia mahu bergelar isteri kerana soal jodoh bukan ditentukan oleh
dirinya sebaliknya diserahkan kepada yang Maha Esa.
Sekadar mampu melemparkan tersenyum seketika namun akhirnya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkata;
“Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya da terfikir dah…InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri”, kata gadis berusia 29 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam tadi.
Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.
Ini kerana agak lama juga kisah percintaan pelakon yang pernah mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta ini diperkatakan ramai. Dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang pelakon.
Justeru ditanya mengenai perkembanan hubungan mereka, kata Yana, “Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)”, tuturnya ringkas sambil tersenyum.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan dia kononnya melakukan pembedaan plastik pada wajahnya, Yana menafikan hal tersebut. Dia juga menolak dakwaan segaja melarikan diri darpada media apabila timbulnya isu ini.
“Saya tak lari daripada media. Sekitar bulan November tahun lalu saya sibuk dengan penggambaran. Kemudian sekembalinya saya daripada menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia musim baru di Cape Town, saya mengalami penurunan berat badan. Saya juga ada pulang bercuti di kampung kerana nenek saya sakit.
“Masa saya kurus tu, ramai juga yang cakap wajah saya nampak lain tapi saya rasa sama saja. Tapi saya akui saya ada buat gigi iaitu saya ratakan gigi saya. Saya sebenarnya kurang selesa juga dengan gigi baru ni sebab terlalu rata (gelak). Tapi kalau yang lain… (dia sekadar menggelengkan kepala)”, itu reaksi Yana ketika mengulas isu tersebut. –Malaysian Digest

Mizz Nina Tak Mahu Lagi Nyanyi Depan Lelaki
Kami tabik dengan pendirian penyanyi Mizz Nina yang kini tidak lagi mahu
mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sejak berhijab.
Cukup mengagumkan sekali keputusan penyanyi itu yang pernah suatu ketika dulu begitu lincah beraksi di pentas selain pernah berkolaborasi dengan penyanyi antarabangsa seperti Flo Rida, Colby O’Donis dan Jay Park.
Menerusi Berita Harian, isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu berkata, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya atas kehendak sendiri.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” ujarnya.
Sejujurnya, kami bangga dengan pendirian Mizz Nina. Iyalah, kalau hati benar-benar ikhlas mahu berubah, tidak ada alasan atau halangan yang tidak boleh ditempuhi.
Semoga penyanyi ini akan terus bersemangat dan istiqamah dalam kehidupannya. -Mynewshub

Friday, 7 February 2014
Isu Gambar Kilafairy Didukung Lelaki Dalam Ladang Kelapa Sawit
Gambar Panas Kilafairy Didukung Oleh Lelaki Dalam Ladang Kelapa Sawit |
Menjangkau usia 21 tahun, aktres Kilafairy sudah mengecapi populariti
yang mengagumkan kerana kontroversi yang sering melanda pelakon itu.
Kontroversiyang paling membuat peminat mengingatinya ialah penyebaran sebuah video klip yang memaparkan aksi Kilafairy tidak memakai seluar, tetapi hanya baju.

Isu ini terus diperkatakan di blog-blog hiburan walaupun ianya sudah
beberapa minggu lepas . Mungkinkah dengan hanya adanya kontroversi akan
dapat membantu seseorang artis itu untuk mendapat lebih banyak tawaran
berlakon .
Apa pun yang terbaru, pelakon drama bersiri Saiful Nita itu telah
memuatnaik sekeping gambar yang amat melucukan peminat. Dalam gambar
berkenaan, Kilafairy secara tidak sengaja telah meminta dukung dari
seorang lelaki kacak di sebuah ladang kelapa sawit dengan sengaja .
Tindakan spotan artis yang digelar Angelina Jolie itu hadir selepas
terlalu takut digigit pacat. Rata-rata peminat Kilfairy ketawa
terbahak-bahak kerana mereka tahu pacat memang tiada di ladang kelapa
sawit yang lapang. Biasanya, pacat hanya hidup di tempat yang agak
teduh, lembap dan berair sahaja .
Walau bagaimanapun anda semua tidak perlu risau dan tak perlu kecoh
sebab lelaki yang mendukungnya itu ialah ayah Kilafairy sendiri dan
tujuan mereka datang ke ladang kelapa sawit itu ialah untuk bersiar-siar
dan menenangkan fikiran.
Gambar Mesra Nelydia Senrose dan Qi Razali Di Kota London
Gambar Nelydia Senrose dan Qi Razali Di Kota London | Dengan kontroversi
yang timbul kembali tentang keintiman Sharnaaz Ahmad & Nelydia
Senrose — boleh kita simpulkan yang Qi Razali ini seorang kekasih yang
kuat cemburunya. Satu sisi positif cemburu kerana sayang. Harapnya.
Dalam peminat hiburan masih memperkatakan tentang kenyataan Qi Razali
yang masih kurang senang dengan aksi mesra kekasihnya itu dengan
Sharnaaz Ahmad, beliau mempunyai cara sendiri untuk mengukuhkan hubungan
cinta yang terbina.
Qi Razali dan Nelydia Senrose kini berada di kota London dipercayai
untuk menikmati percutian bersama walaupun ada laporan menyebut yang
mereka terbang ke sana secara berasingan. Mungkin kerana berbeza jadual
kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)