Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq
akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi
perkahwinan masing-masing.
Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata,
majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat
sini pada pukul 8 malam.
“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak
secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan
teman media pada majlis sambut menantu.
“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di
rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,” katanya
kepada mStar Onlineketika dihubungi pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal
diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di
Masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.
Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada
sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam
bertemakan Islamic Arabian Night.
“Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan
dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan
berharap semua perkara akan berjalan lancar,” katanya.
Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah
Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan
selepas pernikahan Syamsul.
“Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat
agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar,”
katanya.
Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu
majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.
Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012. –mStar
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment