iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, 30 October 2013

Pelajar Tingkatan Dua ditangkap didalam Tandas Sekolah

 

enom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


‘SAYA NIKAH 5 KALI,BUKAN ISTERI 5′?

 



Seremban: “Memang saya pernah berkahwin lima kali tetapi saya tidak pernah memiliki lima isteri dalam satu masa.

“Jangan menyebarkan fitnah kerana setiap tuduhan itu akan diminta atas tanggungjawabnya,” tegas pelawak tanah air, Salih Yaacob, 52 yang menjawab dakwaan dan desas-desus mengatakan dirinya kini memiliki lima isteri dalam satu masa.

Salih yang dihubungi Harian Metro semalam berkata, dakwaan mengatakan dirinya miliki lima isteri tidak masuk akal kerana ia bertentangan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Katanya, dirinya bukan bodoh untuk melakukan perkara yang karut tambahan pula menyalahi hukum-hukum Islam.

“Islam membenarkan umatnya menguruskan hanya empat isteri bukan lima. Tetapi kalau berkahwin lima kali dan memiliki empat isteri tidak mengapa,” katanya.

Kata Salih, dakwaan berkenaan adalah fitnah semata-mata dan tidak elok untuk disebarkan tanpa bukti.

“Jika benar dakwaan mengatakan saya memiliki lima isteri, saya mohon tampil dan kemukakan bukti terbabit,” katanya.

Menurutnya, pada 1993 dia pernah bercerai bersama isteri pertama sebelum berkahwin bersama empat isterinya kini. Empat isterinya adalah Norliza Mamat, 50, Noraha Hamat, 44, Nor Farawahida Sulaiman, 35 dan Emi, 26.SUMBER-pilihan-anda.blogspot.com/


GADIS MELAYU SYOK JADI PELACUR SIBER!

 



Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.

Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.

Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.

Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.

Lesennya, remaja ‘ekspresi’ dan gemar melepaskan setiap rasanya.

Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.

Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes ‘melacur’ di alam maya, memang ia berlaku.

Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.

“Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!”, bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.

Balas si gadis tak tahu malu ini pula: “Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!”.

Akaun palsu

Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.

Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.

Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.

Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.


LUAHAN GADIS PERNAH DIROGOL ABANG IPAR!

 



Saya berusia pertengahan 20-an dan kini menghadapi masalah diri yang sangat serius. Saya baru mengenali seorang lelaki (D) yang berumur empat tahun lebih muda daripada saya. Kami berkenalan melalui satu laman sosial.

Saya dan dia baru saja putus cinta dan D pernah memberitahu dia mahu memperisterikan saya selepas teman wanitanya berkahwin dengan orang lain. D bekerja tetap dan memiliki kereta dan rumah.

Baru-baru ini, D meminta saya menceritakan pengalaman bercinta dengan bekas teman lelaki termasuk berterus-terang sama ada pernah terlanjur atau terbabit dengan perkara lain yang kurang elok.

Saya mengatakan tidak pernah melakukan perkara tidak baik tapi hakikatnya saya pernah dirogol abang ipar di tempat praktikal dulu.

Saya tidak pernah bercerita mengenainya tapi D mahu tahu segala kisah silam. Perlukah saya menceritakannya kepada D peristiwa hitam itu?

Saya mahu bersikap jujur tetapi saya takut D tidak boleh menerima kisah silam dan akhirnya meninggalkan saya.

Saya jadi buntu kerana D pernah beritahu dia boleh menerima saya seadanya tapi tidak suka ditipu. Harap Dr dapat memberikan nasihat dan pandangan.



SANGAT BUNTU,
Selangor

Dr memahami masalah yang mengganggu diri adik. Dalam hal ini, adik memerlukan kesabaran dan ketabahan tinggi untuk memastikan ia ditangani dengan baik.

Dr nasihatkan adik sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah. Cinta satu perkara yang sangat memerlukan ketahanan emosi yang tinggi. Ia perlu dilihat dari sudut pandangan yang sangat matang.

Adik perlu memikirkan setiap risiko yang akan ditanggung apabila melalui fasa ini. Sama ada ia baik atau tidak, ia bergantung kepada perjalanan perhubungan adik dengan si dia.

Faktor yang sangat perlu diambil kira apabila berada dalam fasa kehidupan ini ialah kejujuran dan keikhlasan.

Apabila bercakap mengenai faktor ini, adik sewajarnya perlu jelas konsep kejujuran yang Dr maksudkan ini.

Dalam memulakan hubungan membabitkan hati dan perasaan ini, adik perlu tahu kejujuran sangat memainkan peranan penting.

Jika berlaku suatu perkara yang salah seorang pasangan tidak ingini maka akan berlaku perselisihan faham yang bakal meruntuhkan institusi rumah tangga yang dibina.



Dalam masalah ini, Dr nasihatkan adik berterus-terang dengan apa yang adik alami. Dr faham mengenai perasaan dan situasi yang adik alami tapi harus ingat jika tidak berterus-terang atau cuba berselindung dengan apa pernah terjadi pada diri adik, ini akan lebih memberi kesan yang lebih besar jika perkahwinan diteruskan.

Pada pandangan Dr lebih baik adik berterus-terang mengenai diri adik kepada si dia supaya tidak menimbulkan isu yang lebih besar apabila berkahwin.

Cari masa yang betul-betul sesuai untuk berdiskusi akan hal ini. Jangan takut kerana jika benar D mencintai dengan ikhlas dan jujur maka dia akan menerima diri adik seadanya.

Pasangan yang bahagia ialah mereka yang boleh menerima diri pasangannya dengan hati yang terbuka. Menghargai kelebihan yang ada pada diri pasangannya dan bersyukur dengan kekurangan diri pasangannya dengan seadanya.

Jika benar dia jodoh yang ditakdirkan untuk adik maka percayalah apa pun yang terjadi dia akan kembali kepada adik.

Tidak perlu merasa takut dan rendah diri dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi kerana ia bukan berpunca daripada diri adik.

Adik hanya mangsa keadaan yang diuji Allah. Usah berasa gundah dengan apa yang terjadi kerana ia adalah ujian untuk melihat tahap keimanan adik.

Jika benar dia jodoh adik maka berdoalah supaya Allah melembutkan hatinya untuk menerima diri adik seadanya.

Adik juga ada mengatakan si dia tidak suka ditipu dan ingin mengetahui sejarah silam kehidupan adik.

Pada pandangan Dr, adik sewajarnya berterus-terang mengenai apa yang sudah berlaku. Ini menunjukkan sifat keikhlasan dan kejujuran adik dalam perhubungan ini.

Sama ada si dia menerima atau tidak, itu terpulang kepadanya dan pada ketika ini adik perlu yakin kepada jodoh yang ditetapkan. Inilah yang Dr maksudkan bahawa adik memerlukan persediaan emosi yang kuat apabila berada dalam perhubungan ini.

Semoga adik memperoleh kekuatan dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi situasi ini. Dr juga doakan semoga adik sentiasa tabah dan sabar dalam setiap kemungkinan yang berlaku dan ingat setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Semoga adik terus dalam rahmat Ilahi dan beroleh kejayaan dalam kehidupan.SUMBER-pilihan-anda.blogspot.com






PEMBANTU RUMAH CANTIK DIPERKOSA ADIK IPAR!

 

KUALA TERENGGANU: Polis menahan seorang suspek lelaki berumur 25 tahun berhubung kes samun dan rogol seorang pembantu rumah warga asing di Dungun, Sabtu lalu. 



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata suspek ditahan kira-kira 10 pagi di rumahnya di Dungun selepas pembantu rumah itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol dan disamun pada kira-kira 5 pagi hari yang sama.

Ketika kejadian pembantu rumah itu bersendirian di rumah majikannya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, suspek yang adalah adik ipar majikan pembantu rumah itu didakwa mengacukan golok di leher pembantu rumah itu dan turut merampas barangan kemasnya dan dua telefon bimbit.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan siasatan mendapati suspek terlibat tiga kes jenayah dan dalam senarai dikehendaki polis.

Sementara itu, Manoharan berkata seorang tukang rumah cedera setelah dilanggar kereta dipandu seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di Kampung Cheneh Baru, Kemaman, pada Isnin lalu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika tukang rumah berumur 59 tahun itu berdiri berhampiran motosikalnya di depan sebuah kedai runcit.

“Selepas melanggar mangsa, suspek mengundurkan keretanya dan melanggar mangsa sekali lagi sehingga jatuh lalu suspek terus melarikan diri.

“Akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan, kepala dan patah tiga jari kaki kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital Kemaman,” katanya.

Katanya, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi ini di rumahnya di Felda Neram 2, Kemaman dan maklumat awal menunjukkan suspek dipercayai kurang siuman.SUMBER-pilihan-anda.blogspot.com

VIDEO TARIAN GHAIRAH PELAJAR DI PENUTUP PLKN!

 



Memang syok masa penutupan plkn dimana setiap pelajar plkn akan mengadakan pesta untuk memeriahkan habisnya latihan plkn,ya membuat pesta memang tidak salah tapi bila pesta dijadi pesta yang agak liar sambil menari ghairah sebahagian masyarakat mungkin susah nak terima apa lagi masyarakat orang melayu.

Video tarian ghairah ini dipercayai telah dirakam pada malam akhir penutup latihan khidmat negara PLKN.

Video itu menyaksikan sekumpulan pelajar plkn dengan tarian ghairah yang seirama dengan muzik sedikit disko sedikit kpop.tarian lengok liuk anak gadis melayu itu memang boleh membuatkan setiap mata lelaki terpesona tanpa kedip!.haha..

Sehubungan dengan video tarian ghairah pelajar plkn ini telah dibincang hangat oleh sebuah laman blog pro pembangkang dan telah dimuat naik di facebook dimana kebanyakan mengatakan mereka (anak gadis) hanya membuat tarian ghairah semata-mata!

Tapi bagaimana pula pembaca-pembaca sekalian?.adakah anda melihat sebagai bakat atau pun kesesatan semata-mata?.

http://www.myinfo4u.net/video-tarian-ghairah-pelajar-di-penutup-plkn#_





Tuesday, 8 October 2013

Sempat lagi raba punggung kakitangan perubatan meski pun dalam keadaan Sakit

Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.

Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.

“Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.


MURNI bersama laporan polis dibuatnya selepas dicabul pesakit.

“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.

“Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya,” katanya, semalam.

Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.

Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.

“Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini,” katanya.

Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.

“Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.
Sumber myMetro

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof Di Twitter

 

Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2 Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media dan ini termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.

Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.
Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

“Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL

Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2
Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof, pelakon, artis, hiburan,gosip,

Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.

Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.

Sumber : vanilastop.blogspot.com


Indra Putra kena ugut bunuh di Facebook

Nampaknya ada penyokong tegar yang kurang puas hati dengan Indra Putra kerana dikatakan terlepas dari dikenakan kad selepas menyiku Mat Yo. Laporan yang dipetik dari mysumber
Pertembungan dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia antara skuad “The Red Warrios” menentang “Harimau Selatan” di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tempoh hari sehingga kini masih menjadi bahan bualan dan sindiran peminat bola sepak tempatan di laman sosial
Ini gara-gara berlaku beberapa insiden semasa perlawanan yang dianggap “panas” itu.
Turut menerima tempiasnya adalah tonggak utama pasukan Kelantan, Indra Putra yang diancam bunuh menerusi satu entri status yang ditulis di laman sosial Facebook.
Mengenai status ugutan itu, ia ditulis oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Boy Nazrie dalam kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh Indra Putra dan juga pengadil perlawanan pada malam itu.
Berdasarkan tinjauan di Facebook, individu terbabit membuat kenyataan berunsur ugutan itu ekoran tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang Johor Darul Takzim  (JDT) Norshahrul Idlan Talaha ,sehingga menyebabkan hidung pemain itu berdarah dan terpaksa diberikan rawatan
Sementara itu, perkara ini turut mendapat perhatian daripada akhbar media perdana walaupun ugutan terhadap Indra Putra itu disifatkannya sebagai gurauan semata-mata oleh sesetengah pihak

Foto Nakal Sheila Marcia Dugem

Setelah sekian lama tidak muncul di layar kaca, Sheila Marcia kini membuat sensasi dengan beredarnya foto dirinya yang sedang dugem. Foto yang diambil dengan kamera ini memperlihatkan seorang pria berdiri dan pantat mantan pacar Roger Danuarta ini ditempelkan ke sisi depan sang pria.
Kemungkinan foto nakal sheila marcia ini diambil ketika ia sedang dugem bersama teman-temannya, karena dari foto tersebut terlihat Sheila Marcia sedang berada di sebuah diskotik. Artis yang satu ini memang sering membuat sensasi yang membuat miris kita semua. Kita tentu masih ingat dengan kasus Sheila Marcia yang mendadak hamil yang kemudian diketahui Ayah dari anaknya adalah Anji, vokalis band Drive.
Lalu seperti sich foto nakal sheila marcia yang heboh tersebut? berikut adalah fotonya :
 
 

Sekian informasi dari kami seputar foto nakal sheila marcia. Semoga berkenan dan dapat menghilangkan rasa penasaran anda.


 

Sunday, 6 October 2013

Siti Saleha Kini Bercinta Dengan Lelaki Eropah

 

Entah mengapa kekasih-kekasih Siti Saleha kesemuanya bukan rakyat tempatan sebaliknya lelaki oversea. Sebelum ini, Siti Saleha sudah pun putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris. Namun kini hati Siti Saleha dipenuhi semula oleh cinta daripada seorang lelaki Eropah.

Kata Siti Saleha:-

    Ya, saya tidak nafikan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu. Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia. Detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh seorang rakan. Kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersama dengannya

Selamat berjaya diucapkan kepada Siti Saleha dengan kekasih barunya ini. Kalau tak berjaya jugak, mungkin mahu cuba mendampingi lelaki-lelaki Melayu pula selepas itu. Lelaki Melayu pun ramai yang baik-baik, mulia hati dan sempoi. Belum cuba belum tahu. Kalau dah cuba pasti jatuh hati. Hehehe. 
Sumber : Kosmo


DIDIE ALIAS BELUM BERSEDIA UNTUK HIJRAH BERTUDUNG


 



PELAKON dan pelawak, Didie Alias belum bersedia untuk berhijrah walaupun empat anak perempuannya kini sudah pun bertudung. Bagaimanapun, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini. “Cita-cita untuk berhijrah itu sudah ada. Cuma, belum sampai masanya lagi. Lagipun, ini bukanlah kuasa kita.

“Insya-ALLAH, jika sudah sampai hidayah untuk saya bertudung, maka saya akan pakai. Tetapi jika dah mula pakai, biarlah ia kekal sampai bila-bila,” katanya ketika ditemui selepas pra tonton Designer Didie Naik Haji. Menurutnya, walaupun dia masih lagi mengekalkan imej peliknya itu, anaknya tiada masalah akan keadaan itu. “Anak-anak tiada masalah. Mereka memahami saya. Tahun ini, anak-anak saya akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya. Didie mempunyai lima anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Dalam pada itu, Didie akan muncul dalam telemovie Designer Didie Naik Haji yang bakal disiarkan pada 15 Oktober ini, jam 10 malam di TV1. Telemovie ini adalah lakonan pertama Didie Alias bersama produksi terbitan RTM biarpun sudah lama berada dalam industri seni tanah air. “Saya teruja kerana dapat bekerjasama dengan pihak RTM buat pertama kalinya walaupun sudah lama bergelar pelakon. “Sebelum ini, memang ada beberapa tawaran drama tapi terpaksa ditolak kerana bertindih dengan penggambaran lain. “Namun begitu, saya banyak terlibat sebagai pengacara dengan pihak RTM,” katanya.

Designer Didie Naik Haji mengisahkan mengenai seorang pereka fesyen yang berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama dan ingin menunaikan ibadah Haji namun mendapat tentangan keluarga. Ia turut dibarisi pelakon popular Amar Asyraf, Chacha Maembong dan Maimunah Ahmad.




Pemandu Bernafsu Binatang

 

HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.
Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.
Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merog ol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.
Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.
Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.
Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.
“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.
"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.
Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.
Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.-sinar harian


Kilafairy Menari Ghairah?

 



Sebelum ini, penulis pernah bagi hint pada korang semua mengenai muzik video yang menampilkan pelakon Kilafairy dengan aksi ghairah serta tarian yang seksi menggoda.

Lanjutan daripada itu, penulis mendapat pelbagai reaksi serta spon pembaca, disertakan tohmahan serta tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap anak kepada penyanyi Rohana Jalil.

Malah, ada juga pihak yang tidak puas hati dan menuduh penulis sengaja nak memalukan Kilafairy bersama rapper RJ dengan penyebaran gosip berkenaan. Apapun, penulis rasa, ada baiknya korang tengok sendiri sama ada benar atau tidak Kilafairy buat aksi menggiurkan dalam muzik video lagu Resolusi yang dinyanyikan oleh RJ dan Khilafairy ini.

Yang penting, penulis rasa konsep muzik video terlalu simple dan tidak tahu apakah mesej yang ingin disampaikan. Terus-terang, muzik video perlu ada cerita barulah banyak orang nak tonton berulang kali.-murai-







Polis dicekup bersama kekasih di hotel

 



Batu Pahat, Johor – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

“Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

“Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah,” katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

“Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber : Sinar Harian


Sharnaaz kesal dikaitkan dengan keganasan lelaki Shila Amzah

 



Pelakon Sharnaaz Ahmad kesal dan kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan kepada beliau apabila mengaitkannya dengan status yang ditulis bekas kekasihnya, Shila Amzah yang mengakui pernah menjadi mangsa keganasan lelaki.


"Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri," katanya kepada Sinar Harian.


Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, beliau tidak mahu dikaitkan dengan Shila dan beliau sendiri pun sudah memaafkan pelantun "Patah Seribu" itu serta tidak lagi menyimpan dendam.


"Saya dah lama memaafkan 'mereka'.Tapi saya tak tahu bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikirkan kerja."


Sharnaaz yang popular dengan gelaran 'Lan Todak' iaitu nama watak beliau dalam filem "Juvana" kini sedang sibuk dengan penggambaran drama 13 episod, "Baby Yana" yang bakal ditayang di RTM dan turut berlakon dalam filem "Dollah Superstar" yang turut dibintangi Fizz Fairuz dan Awie. - Sumber


Saturday, 5 October 2013

Gambar Yuna Dipeluk Lelaki Barat Dikritik Peminat

 

Nampak gayanya, kehebatan Yuna mengorak langkah sebagai artis antarabangsa semakin berjaya. Beliau mendapat perhatian penyanyi lain, malah menerima undangan untuk majlis-majlis yang berprestij.
Namun begitu, kehidupan sosialnya mula menjadi perhatian peminat -peminat tanahair. Terbaru, sekeping fotonya sedang dipeluk mendapat kritikan hebat dari peminat.
Walaupun ianya masih berlapik, namun ia agak kurang manis apatah lagi dengan penampilannya yang bertudung.



Karl Shafek Bimbang Terkena Badi Lelaki Lembut

 



Pelakon dan pengacara Karl Shafek bimbang watak lelaki lembut yang dipegangnya menerusi teater Maduku Kalut sebelum ini akan menjadi badi kepada karier lakonannya.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafe Ibrahim, 33, berkata, walaupun dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa peranan berkenaan namun sebagai pelakon baharu dia ingin mewarnakan lakonannya dengan pelbagai watak lain.


“Jujur saya bimbang watak lelaki lembut itu akan menjadi badi dan hanya akan ditawarkan berlakon sebagai ‘adik-adik’ sahaja selepas ini.

“Sebagai pelakon baharu yang ingin bertapak dalam bidang ini saya tidak boleh tertumpu kepada sesuatu watak sahaja dan ingin mencuba pelbagai watak lain,” katanya kepada mStar Online.

Karl baharu sahaja muncul dalam teater Maduku Kalut dan memegang watak lelaki lembut iaitu Amy Amiro yang telah dipentaskan di Lambang Sari Istana Budaya dari 27 hingga 1 Oktober lalu.

Selain Karl, teater arahan Muhammad Azhar Zainal itu turut dibintangi oleh Izzue Islam, Nad Zainal dan Jehan Musa.

Tambah Karl, dia bukan bersikap ‘demand’ sebaliknya tidak mahu dilabel sebagai pelakon ‘stereotype’ sekiranya sering membawa watak berkenaan.

“Saya juga bukan malu sekiranya sering diberikan watak lelaki lembut tetapi masih banyak sisi lain saya sebagai pelakon yang belum saya tonjolkan kepada penonton,” jelasnya.

Sementara itu, Karl mengakui bukan mudah untuk melakonkan watak sebagai lelaki lembut dan telah melakukan pelbagai kajian dan latihan.

“Penonton mungkin berpendapat membawakan watak itu mudah tetapi sebenarnya tidak kerana saya perlu memahami cara mereka bercakap dan lenggok mereka supaya penonton mempercayai lakonan saya.

“Namun saya bersyukur apabila lakonan saya menerusi teater tersebut diterima baik oleh penonton dan banyak juga yang memberikan maklum balas positif kepada saya,” ujarnya.-mstar-


Arah Kiblat Bakal Berubah Kerana Ribut Geomagnetik?

 

Itulah kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh sekumpulan saintis yang berpangkalan di Kanada. Menurut mereka perubahan itu akan berlaku susulan daripada ribut geomagnetik yang melanda bumi. Ribut Geomagnetik telah melanda bumi semalam dan akan berakhir pada  29 Oktober nanti. 
 Ribut Geomagnetik

Ribut Geomagnetik Punca Perubahan

Fenomena ribut geomagnetik itu berlaku akibat daripada peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius. Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi.
Kita tidak tahu sejauhmana kesan Ribut Geomagtenik ini kepada Bumi. Walaubagaimanapun sekiranya ia benar-benar memberi kesan kepada pergerakan Bumi serta arah kiblat kita, ada baiknya kita terus peka kepada sebarang perubahan dan melakukan perkara yang sepatutnya apabila ianya berlaku.




Tolak Aturan Berpakaian, Mahasiswi bogel semasa Kuliah

 

BUDAPEST - Sekumpulan mahasiswa di sebuah universiti di Hungary memprotes peraturan berpakaian di kampusnya dengan menggelar aksi telanjang ketika kuliah berlangsung.

Peraturan berbusana yang dikeluarkan Universiti Kaposvar menyebutkan, mahasiswa perempuan dilarang untuk menggunakan rok mini , sementara bagi mahasiswa lelaki diharuskan untuk mengenakan sut gelap .

Rektor Universiti Kaposvar , Ferenc Szavai , berkata , peraturan itu diterapkan saat mahasiswa berada di kelas dan tengah menempuh ujian.

Peraturan baru dari Universiti itu juga menghendaki perempuan memakai skirt panjang atau seluar panjang dan blaus atau jaket.

Mereka juga tidak boleh menggunakan pakaian dengan lingkar leher yang rendah, menggunakan solek berlebihan , dan aksesori yang dinilai tidak pantas .

Pengelola kampus juga tidak membolehkan mahasiswa kuliah dengan memakai sandal jepit , rambut berantakan, serta kuku berwarna -warni.

Peraturan ini membuat mahasiswa kampus itu keberatan dan menilai pengelola telah gagal dalam membuat aturan berpakaian.

Namun , peraturan berpakaian itu ditolak sekumpulan pelajar seni yang terdiri dari sepuluh orang mahasiswa. Untuk menyatakan protesnya , kesepuluh mahasiswa itu menghadiri kuliah dengan bertelanjang , Kamis ( 3/10/2013 ) . 

Kesepuluh mahasiswa itu bergabung dengan salah satu pengajar yang juga menyokong tindakan tersebut . Laporan mengatakan, sebelum melakukan aksi telanjang dadanya , para mahasiswa sempat berfoto bersama dengan menggunakan pakaian lengkap .

Setakat ini belum diperolehi reaksi pengelola kampus menanggapi aksi telanjang sejumlah mahasiswanya itu .

Sumber kompas.com