iklan 728x90

Pages

Thursday 30 May 2013

Bilik percuma untuk wanita dengan syarat ******

Memang gila orang yang tetapkan syarat ni,nampak sangat lelaki ni jenis #Lonely Forever,sampai terdesak sangat nak umpan wanita dengan kemudahan yang disediakan,tapi lagi bodoh jika ada yang sanggup!!


Jepun Negara Maju Tapi Gila??

 

Jepun sememang sebuah negara yang sangat creative dan juga sebuah negara yang maju namun begitu mereka ini mempunyai tingkat creative yang luar biasa menyebabkan kita akan melihat mereka sebagai gila mehh tgok apa yang mereka lakukan 



jepun2 
 
jepun3 
 
jepun4 
 
jepun5 
 
jepun6 
 
jepun7 
 
jepun8 
 
jepun9 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Di rejam Kerana Ratu Cantik



Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah direjam sehingga mati di sebuah perkampungan di Wilayah Crimea Ukraine.

Katya Koren yang tinggal di wilayah Crimea di Ukraine. Mayat perempuan tersebut ditemui ditanam di kawasan pokok-pokok di Crimea.

Menurut laporan Daily Mail, remaja perempuan tersebut telah direjam oleh 3 remaja muslim sehingga mati kerana menyertai pertandingan ratu cantik. Mereka menyatakan telah bertindak berlandaskan undang-undang Syariah, menurut polis yang menyiasat kes tersebut.Salah seorang daripada tiga remaja lelaki yang merejam Katya Koren ialah Bihal Gaziev 16 tahun yang ditahan polis selepas memberitahu remaja perempuan itu telah melanggar undang-undang Syariah.

Menurut rakan Katya, dia memang amat meminati fesyen dan gemar berpakaian cantik, Katya mendapat tempat ke 7 dalam pertandingan ratu cantik tersebut. Mayat Katya dijumpai di dalam hutan oleh pihak polis setelah dilaporkan hilang selama seminggu.

Gaziev memberitahu pihak polis,dia tidak menyesal di atas tindakannya merejam Katya Koren kerana dia telah melanggar undang-undang Islam.

Wednesday 29 May 2013

Ketagihan yang agak pelik

 


Seorang lelaki yang ketagih memakan serangga mendedahkan bahawa beliau sudah makan lebih 5,000 spesies sejak 11 tahun lalu. David Gracer, 47, yang berkhidmat sebagai guru dan seorang peminat alam semula jadi, muncul dalam rancangan My Crazy Obsession, dan mengaku mengidam serangga termasuk lipas. Bapa kepada seorang anak dari Rhode Island itu, menyimpan bekalan snek kegemarannya dalam peti sejuk supaya tidak kehabisan, dan mendakwa orang ramai terlalu cepat membuat penilaian ke atas dirinya.

Beliau berkata kegemaran memakan serangga mungkin dianggap menjijikkan bagi ramai orang, tetapi manusia sebenarnya sudah memakan serangga sejak zaman berzaman. Katanya, penduduk Greek dan Rom purba sangat gemar memakan serangga, manakala sesetengah kelompok masyarakat di Asia, Afrika dan Amerika memelihara serangga untuk dijadikan makanan. “Saya dikatakan gila, sakit atau aneh dan maksud saya inilah yang berlaku apabila kita melakukan membuat sesuatu yang tidak popular.

“Memang jelas mereka bersikap berat sebelah. Serangga, selain berada dalam laut seperti ketam, udang dan udang kara tidak mengapa jika dimakan, tetapi serangga itu berada di darat, tiba-tiba ia dipandang jijik,” katanya. Gracer mengaku memiliki lebih 12,000 serangga daripada 20 spesies berbeza di dalam peti sejuk di rumahnya. - AGENSI

Lihat bagaimana sukarnya rakyat Palestin mendapatkan makanan KFC

 

Peminat makanan segera, KFC di semenanjung Gaza nampaknya sukar mendapatkan makanan itu. Walaupun syarikat penghantaran, Syarikat Al-Yamama berjaya menyeludup KFC melalui terowong rahsia iaitu terowong di bawah sempadan Mesir, namun harga makanan itu mencecah sehingga tiga kali ganda daripada harganya yang sebenar. Syarikat penghantaran berkata, harga yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh biaya pengangkutan dan penyeludupan.


Syarikat Al-Yamama itu juga mendedahkan, lelaki yang menghantar makanan itu turut mengalami halangan lain. Ini termasuk keselamatan Hamas, yang memeriksa kotak, perkhidmatan teksi yang tidak boleh dipercayai di sebelah Mesir dan kemungkinan Israel mungkin menghantar pesawat perang untuk mengebom terowong.-AP


6 Jenis Wanita Yang Dibenci Rasulullah S.A.W

 



sumber hiasan-gambar dari rakan blogger

6 Jenis wanita yang Nabi Allah Muhammad tegah untuk kaum lelaki kahwini.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna,
Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Wallahualam.Sebarang cadangan dan pertanyaan untuk post terbaru yang anda inginkan.inbox saya dengan menekan contact di halaman atas kanan laman ini.

Sumber


Budak Menyusu Terus Dari Lembu

 

Kontroversi sama ada betul atau tidak penyusuan susu ibu adalah lebih sihat daripada susu formula bayi
selepas dilahirkan.


Di Kemboja, penyusuan susu ibu seolah-olah untuk menjadi perkara yang sangat penting walaupun ia adalah terus dari lembu. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan di Kemboja dengan sendirinya menyusu secara langsung dari puting susu lembu.

Kanak-kanak itu, yang bernama Tha Sophat, nampaknya mula melakukannya selepas menyaksikan seekor anak lembu melakukan perkara yang sama ketika menyusu. 
Secara semulajadi, dia juga harus melakukannya juga. Um Oeung, datuk kepada budak itu cuba untuk menarik budak itu dari lembu, kalau-kalau dia terpijak atau dikenali sebagai kanak-kanak yang pelik kerana menghisap susu dari lembu. 


Sophat, sebagai budak mentah sedikit. Akhirnya datuknya mengalah, walaupun kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesihatan akibat kesan buruk ke atas kanak-kanak tersebut.



Tuesday 28 May 2013

Jangan ikut perangai minah ni…

 



jangan berlebih-lebihan ketika makan...

Sumber


Betul ke merokok boleh kuruskan badan?

 



Ramai kaum wanita beranggapan dengan merokok mereka boleh menguruskan badan.

Kalau dah boleh menguruskan badan baik tulis aje kat kotak rokok "ROKOK PENYEBAB BADAN KURUS". Semua orang boleh beli tak payah ada larangan untuk budak sekolah membeli rokok.

Ini semua fikiran orang yang kurang akal.Aku tengok banyak orang yang hisap rokok makin bertambah gemuk adalah.'Mitos' yang tak masuk akal inilah agaknya penyebab ramai kaum wanita yang menghisap rokok.Agaknya dia orang ni tengok ramai model-model yang hisap rokok mereka pun ikut sama.Alamak model tu memang dah tentu kurus...kalau gemuk pasti dah kena reject....mereka tu kurus bukan pasal rokok ada yang makan ubat atau memang mereka diet.

Tapi yang pasti rokok tak boleh menyebabkan kita kurus tetapi merbahayakan kesihatan.Orang yang kurus kerana merokok selalunya orang yang kena penyakit TIBI yang punca utama penyakit ini daripada tabiat merokok yang berlebihan.Bahaya hisap rokok berlebihan ini.
Sumber


Monday 27 May 2013

Pelik! Wanita kemas rumah ketika tidur

 



Seorang wanita mengalami keadaan ganjil - membasuh dan mengemas rumah ketika tidur.

Claire Bartlett, 50, membasuh pinggan mangkuk, menyapu dan menggilap tingkap ketika nyenyak tidur. Kejadian ganjil itu bermula pada Claire Oktober lalu.

Bagaimanapun, kerana kerja yang dilakukan itu baik, dia mahupun suami, Crispin, 63, tidak berusaha untuk mencari rawatan bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Saya berpendapat ia menjadi impian semua isteri dan setiap suami. Saya tidak merasa penat selepas itu. Lebih menyeronokkan kerana apabila terjaga, semuanya sudah beres.

“Ia berlaku kira-kira tiga kali seminggu. Keluarga saya berpendapat ia agak kelakar. Malah saya mula membiarkan pinggan tidak berbasuh dengan harapan saya akan membasuhnya ketika tidur.” katanya ketika ditemui media.
Claire dari Newport, Wales Selatan mempunyai dua anak dan mereka turut mula berjalan dalam tidur secara tiba-tiba enam tahun lalu.

Sumber


Sunday 26 May 2013

Terlebih sayang awek

 



Sayang awek terlampau lebih...agak kalau orang tua dia sakit ada tak nanti dia dukung macam ni?

Sumber


Ibu Sibuk Chatting Di Facebook,Anak Terbaring Di Lantai

 

Ini adalah kejadian yang nyata, bahawa Internet (Facebook) telah membuat seorang ibu tergamak "melalaikan" anaknya.

Gambar ini diambil oleh seseorang yang merasa iba oleh seorang kanak-kanak yang sedang menunggu ibunya Chatting di Facebook. Semoga kejadian ini tidak menimpa ibu-ibu yang lain.



Sumber


Friday 24 May 2013

PILOT WANITA CANTIK PERTAMA DI MALAYSIA

 



Captain Norashikin Onn rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang. Norashikin merupakan juruterbang wanita pertama di Malaysia..

Pilot Pengangkutan AirAsia ini baru saja mendapat gelaran Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan Malaysia.
“Saya sangat senang kerajaan memberikan banyak perhatian kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin seperti dipetik The Star, Isnin (26/11/2012).
Wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi yang pertama sebagai Flight Commander di AirAsia. Ia juga yang mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang mengendalikan pesawat berbadan lebar untuk penerbangan komersial di Malaysia.
Ia memberi mesej kepada semua wanita di dunia. Apa yang di-impikan boleh diraih dengan usaha dan jerih payah.
“Tidak ada yang tidak mungkin. Reach for the skies,” tuturnya.
AirAsia sendiri merupakan syarikat penerbangan kos penjimat dan terbesar di Asia. AirAsia mempunyai rangkaian laluan luas iaitu lebih daripada 100 laluan yang meliputi destinasi-destinasi di Asia dan Australia.
Dalam kurun waktu 10 tahun beroperasi, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 140 juta penumpang dan menambah jumlah armadanya dari hanya dua pesawat hingga menjadi lebih dari 100 pesawat

Sumber


Fesyen baru ke ini?

 

Jangan pelik ini berlaku di Malaysia tercinta

Kucing Bersayap Dijumpai DiChina

 


Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali.
Anak kucing ni sebenarnya dilahirkan normal kemudian mula tumbuh bulu membentuk sayap. Saintis percaya bahwa ia disebabkan mutasi gen dari bahan kimia semasa dalam kandungan ibunya..Walau bagaimanapun sayap itu tak menggangu kehidupan anak kucing itu.


Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi,China, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.


Kucing tersebut mempunyai sepasang sayap sepanjang sekitar 10 cm.
“Pada awalnya terbentuk gumpalan, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepasang sayap dalam masa satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.







Sumber


Merangkak keliling bandar cari anak isteri

 



Beginilah cara yang digunakan oleh seorang lelaki

untuk mencari anak dan isteri yang menghilangkan diri

iaitu degan merangkak keliling bandar....



Dia hanya kan berdiri setelah isterinya di jumpai...





Sumber


Thursday 23 May 2013

Lelaki Wajah Mirip David Beckam

 


Inilah Lelaki Yang Mempunyai Wajah Yang Betul-Betul Mirip Dengan David Beckam
Nama: Andy Harmer
Umur: 30
Tgl Lahir: 2 Februari
Warna Favorit: Biru
Buku Favorit: Angels and Demons
Film Favorit: The Butterfly Effect
Makanan Favorit: Kari
Ayat Favorit: I saw the Angel in the marble and carved till she was free.










Sumber


Anda mungkin juga memina


Pertandingan Pelik Mencari Cacing

 



Satu pertandingan mencari cacing telah diadakan di ..

Willaston, berhampiran Nantwich, Cheshire dan telah menjadi lokasi untuk Kejohanan Dunia tahunan.Tradisi ini sangat pelik, kerana peserta perlu memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan.
Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai kawasan memburu seluas 3 meter persegi sahaja. Peserta juga dibenarkan bermain muzik atau apa saja untuk menarik perhatian cacing supaya keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.
Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich.











Dia memperkenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, dan ketika itu dia berjaya mendapat 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.

Sumber


Wednesday 22 May 2013

PUNCA IBU IZARA AISHAH MERAJUK

 

Izara Aishah melalui Twitter beliau semalam yang menyertakan keratan akhbar laporan mengatakan dirinya kini sudah sombong & jual mahal dengan media.

Dalam laporan media tersebut, Izara Aishah kini dikatakan telah pandai menolak permintaan sesi fotografi lebih lebih lagi jika ia hanya diadakan di dalam studio & juga menetapkan jenama solekan.
Bercakap kepada Malaysian Digest baru baru ini, Izara Aishah berkata beliau terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan kerja sehingga tiada masa untuk menghadiri majlis hiburan apatah lagi fotografi.

“Ramai yang cakap saya sekarang dah sombong. Saya juga akui, banyak sesi fotografi saya tolak. Saya minta maaf. Memang tak ada masa. Masa saya hanya di lokasi. Balik dah lewat malam”
“Luang masa dengan keluarga pun saya tak sempat. Saya tak sombong tapi sibuk. Saya sedih dan frust bila orang cakap saya sombong”

Dalam laporan sama, nampaknya bukan sekadar media & peminat terasa hati dengan kesibukan Izara Aishah tetapi ibunya sendiri turut merasakan yang anak gadisnya itu terlalu kuat bekerja.
“Sekarang ni, sebenarnya saya tengah tak bercakap dengan mama. Mama merajuk dengan saya. Dia kecil hati sebab saya asyik kerja, kerja. Sampaikan saya balik rumah, memang tak berjumpa dengan mama dan adik saya. Iyalah, bila saya balik mereka dah tidur.
Bila saya nak keluar ke lokasi, mereka tiada di rumah”
“Sekarang ni saya tengah cari masa sesuai untuk bercuti sekejap dan luangkan masa dengan famili, mungkin nak bawa mereka pergi bercuti nanti,” jelas Izara Aishah lagi.

Sumber