HULU SELANGOR -
Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu
dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia
disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan
itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah
stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.
Menurut sumber, perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu
terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis
menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi
hari tersebut.
Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang
sudah berumah tangga itu telah merog ol remaja terbabit kali pertama
pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.
Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.
Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.
Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.
“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah
datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia
dihalau begitu saja.
"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.
Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi
rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan
bertugas di tempat berlainan.
Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan
pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan
masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan
penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi
parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.-sinar harian
No comments:
Post a Comment