iklan 728x90

Pages

Wednesday, 30 October 2013

GADIS MELAYU SYOK JADI PELACUR SIBER!

 



Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.

Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.

Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.

Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.

Lesennya, remaja ‘ekspresi’ dan gemar melepaskan setiap rasanya.

Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.

Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes ‘melacur’ di alam maya, memang ia berlaku.

Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.

“Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!”, bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.

Balas si gadis tak tahu malu ini pula: “Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!”.

Akaun palsu

Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.

Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.

Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.

Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.


No comments:

Post a Comment