Nampaknya ada penyokong tegar yang kurang puas hati dengan Indra Putra
kerana dikatakan terlepas dari dikenakan kad selepas menyiku Mat Yo.
Laporan yang dipetik dari mysumber
Pertembungan dalam saingan suku akhir kedua Watsons Piala Malaysia
antara skuad “The Red Warrios” menentang “Harimau Selatan” di Stadium
Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tempoh hari sehingga kini masih menjadi
bahan bualan dan sindiran peminat bola sepak tempatan di laman sosial
Ini gara-gara berlaku beberapa insiden semasa perlawanan yang dianggap “panas” itu.
Turut menerima tempiasnya adalah tonggak utama pasukan Kelantan, Indra
Putra yang diancam bunuh menerusi satu entri status yang ditulis di
laman sosial Facebook.
Mengenai status ugutan itu, ia ditulis oleh pemilik akaun Facebook yang
menggunakan nama Boy Nazrie dalam kenyataan kononnya mahu mengupah
kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh Indra Putra
dan juga pengadil perlawanan pada malam itu.
Berdasarkan tinjauan di Facebook, individu terbabit membuat kenyataan
berunsur ugutan itu ekoran tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra
yang didakwa mengasari penyerang Johor Darul Takzim (JDT) Norshahrul
Idlan Talaha ,sehingga menyebabkan hidung pemain itu berdarah dan
terpaksa diberikan rawatan
No comments:
Post a Comment