Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2
Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang
maklumbalas kepada peminat mahu pun media dan ini termasuklah tidak
hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.
Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.
Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.
“Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan
caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi
bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL
Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2
Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.
Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.
Sumber : vanilastop.blogspot.com
No comments:
Post a Comment