Rasanya selepas kontroversi ‘cinta tak kesampaian’ Lana Nodin dengan
pelakon Johan As’ari, satu demi satu perubahan baik yang mula dilihat
pada aktres itu.
Bukan sahaja pemakaiannya semakin ‘tertutup’, Lana khabarnya bakal mengerjakan umrah bersama teman baiknya iaitu Lisdawati.
Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Instagramnya yang memaparkan gambar visa mereka berdua.
Kami doakan agar segala urusan ibadah yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.
Rasanya, peminat juga ternanti-nanti untuk melihat Lana berhijrah ke
arah yang lebih baik selepas mengerjakan umrah nanti. -Mynewshub
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment