Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza
akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia
sejak setahun lalu.
Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu
kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga
kedua-dua belah pihak.
“Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini
saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis
untuk diperkatakan secara terbuka.
“Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan
‘tradisional’ apabila berbicara perkara sebegini,” katanya kepada mStar
Online.
Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin
Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.
Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang
melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan
mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati
keluarga masing-masing.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari,
Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari
pelbagai perkara tentang pementasan teater.
Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan
terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon
senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.
“Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.
“Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga,” jelasnya.
Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.
“Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.
“Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi,” katanya. –mStar Online
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment