Kami tabik dengan pendirian penyanyi Mizz Nina yang kini tidak lagi mahu
mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sejak berhijab.
Cukup mengagumkan sekali keputusan penyanyi itu yang pernah suatu ketika
dulu begitu lincah beraksi di pentas selain pernah berkolaborasi dengan
penyanyi antarabangsa seperti Flo Rida, Colby O’Donis dan Jay Park.
Menerusi Berita Harian, isteri kepada vokalis Hujan, Noh Salleh itu
berkata, keputusannya itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa, sebaliknya
atas kehendak sendiri.
“Saya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja. Keputusan itu saya
buat selepas berhijrah. Suami menyokong keputusan saya. Saya tidak
menyesal meninggalkan bidang muzik kerana sudah puas mengecapinya.
“Kini, saya ingin memberikan perhatian kepada butik dan juga syarikat produksi yang ditubuhkan sejak setahun lalu,” ujarnya.
Sejujurnya, kami bangga dengan pendirian Mizz Nina. Iyalah, kalau hati
benar-benar ikhlas mahu berubah, tidak ada alasan atau halangan yang
tidak boleh ditempuhi.
Semoga penyanyi ini akan terus bersemangat dan istiqamah dalam kehidupannya. -Mynewshub
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment