Berat sebenarnya mulutnya untuk mengatakan yang dia sudah betul-betul
bersedia mahu bergelar isteri kerana soal jodoh bukan ditentukan oleh
dirinya sebaliknya diserahkan kepada yang Maha Esa.
Sekadar mampu melemparkan tersenyum seketika namun akhirnya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkata;
“Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau
dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu
saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya da
terfikir dah…InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri”, kata gadis
berusia 29 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena
sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering &
Services, Shah Alam, malam tadi.
Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini berkata demikian ketika
menjawab pertanyaan media bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.
Ini kerana agak lama juga kisah percintaan pelakon yang pernah
mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta ini diperkatakan ramai. Dia
dikatakan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon dan
pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang
pelakon.
Justeru ditanya mengenai perkembanan hubungan mereka, kata Yana, “Kami
macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah
nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)”, tuturnya
ringkas sambil tersenyum.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan dia
kononnya melakukan pembedaan plastik pada wajahnya, Yana menafikan hal
tersebut. Dia juga menolak dakwaan segaja melarikan diri darpada media
apabila timbulnya isu ini.
“Saya tak lari daripada media. Sekitar bulan November tahun lalu saya
sibuk dengan penggambaran. Kemudian sekembalinya saya daripada menjalani
penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia musim baru di Cape Town,
saya mengalami penurunan berat badan. Saya juga ada pulang bercuti di
kampung kerana nenek saya sakit.
“Masa saya kurus tu, ramai juga yang cakap wajah saya nampak lain tapi
saya rasa sama saja. Tapi saya akui saya ada buat gigi iaitu saya
ratakan gigi saya. Saya sebenarnya kurang selesa juga dengan gigi baru
ni sebab terlalu rata (gelak). Tapi kalau yang lain… (dia sekadar
menggelengkan kepala)”, itu reaksi Yana ketika mengulas isu tersebut.
–Malaysian Digest
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment