BAHAYA JIMAK KETIKA DATANG BULAN - WASPADA SEKS KETIKA DATANG HAID |
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri
ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam
firman Nya yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid.
Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”.
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan
bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan
janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.
Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut
jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah
mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang
yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Di dalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi
wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan
mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan
ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan
berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga
jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib
terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil
Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut
kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan
Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang
beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajukWomen With HIV
Infection, risiko jangkitan kuman HIVmeningkat di kalangan wanita yang
mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak
berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control
And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan
Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New
Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,
menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan
di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti
kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks
ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali
ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan
yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield
Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di
Chester Springsmenunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau
perimenopausal, yang kerapmengadakan hubungan seks ketika haid sering
kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan
berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari
atauovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of
Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan
wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria
sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka
yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan,
kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan
bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali
justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit
terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh
agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari
sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami
isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan
itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya
olehMasruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa
isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa
sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment