MATI SEBAB NAK POWER, NAK BESAR DAN TAHAN LAMA | PENGAMBILAN ubat kuat
untuk mengatasi masalah lemah syahwat dianggap tindakan sangat berbahaya
sekiranya tidak mendapatkan nasihat pakar dalam bidang berkenaan.
Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi yang sudi berkongsi
pengalamannya merawat pesakit lemah tenaga batin terutamanya lelaki
berkata, pesakit perlu merujuk pakar terlebih dahulu dan bukannya
membeli ubat kuat di merata tempat yang dipercayai boleh mengakibatkan
maut.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak berasa malu sekiranya
mengalami masalah tersebut sebaliknya perlu sedar ia adalah penyakit
yang perlu dirawat.
Ikuti temu bual seterusnya bersama Sinar Harian.
Boleh Dr jelaskan mengenai masalah penyakit lemah tenaga syahwat yang
dihidapi oleh lelaki sehingga ada yang sanggup mengambil ubat kuat
bertujuan untuk membantu memulihkannya?
Ia sering dikaitkan dengan syahwat iaitu masalah batin. Istilah sama
turut memberi gambaran ketidakmampuan lelaki mengadakan hubungan seks
bersama pasangannya.
Mungkin mampu buat tetapi tidak berdaya atau dalam erti kata lain tidak puas terutamanya pasangan. Kita sedia maklum perkara ini adalah hubungan intim melibatkan lelaki dan perempuan bagi mengeratkan keharmonian keluarga.
Namun perkara ini boleh jadi masalah kepada lelaki, beri tekanan serta mengaibkan jika mengalami masalah saya sebutkan tadi. Ini kerana lelaki khuatir ia mengganggu hubungan dan beri banyak kesan. Ciri-ciri kejantanan itu tergugat.
Dia (pesakit) perlu buat sesuatu tetapi malu nak berkongsi dengan orang jadi terpaksa memendamnya hingga jadi dilema hingga menderita.
Dia buat macam tiada apa berlaku malah isteri pun serba salah nak cakap kerana tak mahu lukakan hati suami lantas membiarkan perkara ini berlarutan.
Tetapi ada juga pasangan yang beri tekanan hingga menyebabkan perbalahan kerana tidak dinafikan ia (seks) perkara paling penting.

Lalu ada yang sanggup pergi berubat melalui cara mistik sebagainya.
Ada lelaki bimbang sekiranya ‘kelemahan’ tersebut akan menjadi bahan ketawa sekeliling? Apa pendapat Dr?
Itu hanya tanggapan. Tanggapan kita. Sepatutnya kita kena sedar kita
alami masalah kesihatan fungsi seksual lelaki iaitu biasanya mati pucuk.
Tetapi mereka anggap ia sebagai hal peribadi, senyap dan tidak telus.

Apa punca-punca menyebabkan masalah lemah syahwat?
Punca utamanya adalah kesan penyakit lain umpamanya kencing manis, darah
tinggi, sakit belakang, sakit pundi prostat dan kandungan kolesterol
meningkat.
Apabila menghidap penyakit ini maka kesan sampingannya menyebabkan darah tak lancar hingga menyebabkan gangguan ereksi.

Tanggapan negatif sesetengah pesakit menyebabkan mereka terjebak memilih
untuk mencuba pengambilan ubat kuat. Bagaimana Dr lihat mengenai
perkara ini. Apakah risikonya?
Apabila kita mencari ubat kuat itu membawa maksud kita buka ruang untuk
diperdayakan. Ada pelbagai jenis ubat kuat antaranya, kapsul, minyak,
pil, jus dan kopi.
Kesemuanya mengandungi bahan kimia larangan. Ia bukan sebarang kopi sebaliknya dicampurkan bahan kimia yang tidak ditulis kandungannya.
Banyak sangat ubat kuat di pasaran sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan. Ubat kuat sekarang dah macam perkara normal.
Masyarakat perlu ingat bahawa risikonya amat tinggi. Ibarat bermain dengan api kerana sekiranya tersalah makan boleh membawa maut.
Ada juga yang tidak mengalami penyakit lemah tenaga batin tetapi diri sendiri merasakan tak cukup power.
Mulalah gunakan ubat kuat untuk besar dan panjangkan zakar atau pun tahan lama ketika bersetubuh.
Kadangkala kerana sifat ingin cuba disebabkan melihat kawan-kawan menggunakannya. Boleh kata sebab suka-suka.

Apa penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi membendung penggunaan ubat kuat yang berbahaya ini?
Perkara paling utama adalah kesedaran kita sendiri bahawa kita berpenyakit.
Kita kena pergi berjumpa doktor atau pakar bidang ini sebelum mendapatkan nasihat.
Kita kena guna teknologi dan kemudahan moden yang ada bukannya pergi jumpa bomoh sebagainya.
Ubahlah tanggapan negatif.
Selain itu, mungkin serbuan ke atas premis yang menjual ubat kuat ini dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Namun ia memang agak sukar tetapi perlu diperangi secara berterusan.

No comments:
Post a Comment