iklan 728x90

Pages

Saturday 8 February 2014

Orlando Sudah Temui Pengganti Miranda Kerr?

Nampaknya pelakon Orlando Bloom tidak mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti bekas isterinya, Miranda Kerr selepas perceraian mereka lebih tiga bulan lalu.



Terbaru, dia kerap dilihat bersama seorang pelakon Perancis, Nora Arnezeder, 24, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa wanita itu sudah bertakhta di hatinya.

Orlando juga pernah ‘ditangkap’ oleh paparazzi sewaktu sedang menjemput wanita itu untuk keluar bersama dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa besar miliknya.

Menyingkap latar belakang Nora, dia yang berketurunan Austria-Mesir dilahirkan di Paris dan pernah tinggal sementara di Bali sewaktu zaman remajanya.


Sementara itu, hubungan pelakon ini dengan bekas isterinya masih baik dan Orlando sendiri pernah membuat kenyataan bahawa mereka bukanlah sahabat, sebaliknya sebuah keluarga.

Sumber: Mynewshub

No comments:

Post a Comment