Hubungan mesra di antara aktres comel yang bergelar ibu tunggal, Nora
Danish dengan jejaka yang merupakan anak seorang menteri kabinet, Nedim
Nazri bukan lagi rahsia di kalangan peminat pelakon tersebut.
Menurut ruangan gosip akhbar Harian Metro, hari ini, dikhabarkan pelakon
itu sudah pun mula membeli serba sedikit barang untuk dijadikan
hantaran kepada bakal suaminya itu.
Menerusi artikel itu juga, pasangan sama cantik sama padan itu juga
dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya pada hujung
tahun ini.
Kalau betullah cerita ini, tahniah ‘in advance’ diucapkan buat Nora dan Nedim.
Tentunya peminat setia Nora gembira dengan perkhabaran ini dan mendoakan
perkahwinan yang bakal dibinanya kelak berkekalan sehingga ke akhir
hayat.
Saturday, 8 February 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment