iklan 728x90

Pages

Saturday, 8 February 2014

Jupe Gembira Dewi Perssik Dihukum

Penyanyi dan selebriti kontroversi Julia Perez (Jupe) menyambut baik hukuman Mahkamah Agung terhadap Dewi Perssik selepas didapati bersalah mengasarinya pada 2010.



Peguam Jupe, Malik Bawazir berkata, ketetapan hakim semalam membuktikan undang-undang ditegakkan tanpa memilih bulu. “Akhirnya Jupe mendapat keadilan di mahkamah,” katanya.

Malik juga menyarankan Dewi Perssik yang terkenal dengan aksi Goyang Gergaji - segera menjalani hukuman ditetap mahkamah.

Penghakiman semalam adalah lanjutan daripada pergaduhan cakar-mencakar antara Jupe dan Dewi Perssik ketika mereka terbabit dalam penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.

Kedua-dua mereka kemudian membuat aduan kepada polis. Pada 2013 Jupe dipenjara selama tiga bulan.

Sementara itu Dewi Persik berkata, dia lebih daripada sedia untuk menghabiskan masa tiga bulan dalam jel seperti dikehendaki hakim Mahkamah Agung.

“Sedangkan mati saya tak gentar, apa lagi untuk dipenjara,” katanya.

Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung bergaduh dengan Jupe apabila mereka dikehendaki berlakon bergaduh.

Bagaimanapun pergaduhan itu tidak terkawal dan kedua-dua mereka benar-benar berkelahi. -Agensi

No comments:

Post a Comment