iklan 728x90

Pages

Thursday, 21 November 2013

Photoshoot Betty Benafe

 

Macam-macam cara artis kita sekarang untuk mengabadikan kenangan ketika hamil. Ada yang membuat Baby Shower, ada yang membuat doa selamat dan ada juga yang mengupah jurugambar untuk merakamkan detik-detik akhir sebelum bersalin itu.

Dalam hal ini, Betty Benafe dan suaminya Bruce Dargus turut teruja apabila bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi. Sehubungan itu, mereka telah membuat Maternity Photoshoot sebagai kenangan kehamilan tersebut yang pastinya penuh suka duka buat mereka berdua.









Foto kredit: SazaStudio

Keluarga Adam & Fiza

 

Akhir sekali ialah mengenai keluarga bahagia Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali dengan nama Fiza bersama suaminya Adam AF. Kelibat mereka sering dilihat bersiar dan makan-makan di The Curve, Damansara bersama anak mereka.

Meskipun menjadi perhatian ramai, namun mereka nampaknya tidak pernah rasa malu untuk bergaul dengan masyarakat. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Cayalah! 


Majlis Aqiqah Anak Faizal Ismail

 

Gambar Majlis Aqiqah Khayla Nur Iman, anak Faizal Ismail (FBI) yang baru-baru ini mengundurkan diri daripada Hot FM. Nampaknya, makin bahagia keluarga mereka meskipun selepas ini Faizal harus 'hidup sendiri' dengan pekerjaan baru.

"Macam majlis persandingan ada gak. Doakan terbaik untuk kami," kata Faizal.  

myartis.com

Family Breakfast Liyana

 

"The big family breakfast hari tu at mandarin. Suami saya je missing (uwaa..) I'm also missing my littlelovers too.. Hope semua sihat," ujar Liyana Jasmay mengenai gambar keluarga besarnya yang berkumpul sarapan pagi bersama.

Menurut Liyana, hanya kelibat suaminya sahaja yang tiada. Aik... ke mana tu? Mungkin sibuk dengan urusan kerja khot. Ahak!  

myartis.com

Bila Intan Ladyana Di Tipu

 

Ramai yang perasan bagaimana pelakon Intan Ladyana kebelakangan ini jarang hadir bersama pengurus wanitanya ke majlis-majlis tertentu. Ekoran itu, timbul gosip yang mendakwa mereka berdua sudah tidak sebulu akibat masalah dalaman.

Dan dengar kata, selain memburukkan nama Intan... pengurus tersebut juga telah menggunakan namanya untuk menipu duit peminat. Ehhh... betul ke ni? Jom kita dengar daripada mulut Intan sendiri. 

“Sebenarnya saya tak nak sentuh sangat mengenai perkara ini kerana takut nanti mengaibkan nama orang. Biarlah pihak sepatutnya yang mengendalikan perkara ini dan kebenaran akan terbukti juga nanti. Orang tak salahkan saya kerana mereka tahu saya tidak bersalah.

"Saya pun dah bersihkan nama saya dan tunggulah pihak tertentu untuk selesaikan perkara ini. Saya tak boleh nak cakap lebih-lebih dan jika nak tahu kenalah tanya pihak itu sendiri,” ujar Intan yang mengakui mempunyai perselisihan faham dengan pengurusnya itu.

“Tidak dinafikan mestilah ada perselisihan faham, tapi saya buat kerja secara telus. Jika dia buat salah, saya kena tegur dan saya tegur dia atas dasar kerja bukan sebab peribadi. Apabila dia dah ganggu kerja saya, jadi saya kenalah ambil tindakan.

"Yang penting, bukti dah ada depan mata dan biarlah perkara ini diselesaikan dulu. Apapun, saya kini lebih berhati-hati serta selektif dalam memilih pengurus dan buat masa ini, saya dijaga oleh pengurusan MIG,” ujar Intan kepada media ketika ditemui di majlis tayangan filem baru-baru ini.

Rahsia Tiz Menangis

 

Bukan mudah untuk menghayati watak yang diberikan. Jika 'kail panjang sejengkal', pastinya ia tidak akan memberi kesan mendalam pada penonton sekaligus membuat sesebuah drama atau filem itu kurang mendapat sambutan.

Malah hal ini diakui sendiri oleh pelakon Tiz Zaqyah, iaitu Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih'. Kata Tiz, untuk menghayati watak yang diberi, dia terpaksa menangis hampir setiap hari bagi menjayakan wataknya sebagai Dahlia dalam drama bersiri 'Jodoh Itu Milik Kita' (JIMK). 

"Watak Dahlia dalam drama bersiri JIMK menuntut saya untuk banyak bermain emosi. Sewaktu penggambaran, hari-hari saya kena menangis. Saya terharu drama ini mendapat sambutan yang sangat baik," ujar Tiz dipetik sebagai berkata ketika ditemui media di Majlis Tayangan Episod Akhir JIMK di Rasta Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, Kuala Lumpur kelmarin.

"Umum tahu JIMK merupakan adaptasi novel judul yang sama nukilan Sara Aisha, jadi jalan cerita JIMK adalah mendalam. Saya juga perlu memikirkan tentang pengikut novel JIMK yang sememangnya sangat meminati novel ini. Jadi saya telah mencuba yang terbaik untuk merealisasikan watak Dahlia ini," tambahnya yang mengakui watak Dahlia yang dipegangnya sangat mencabar.



Terdahulu, menjawab mengenai soal cinta, Tiz menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki masih kekal seperti sediakala. Bagaimanapun, untuk menamatkan zaman bujang, dia menyerahkan segalanya pada jodoh.

Untuk info, Tiz baru sahaja pulang dari New York bagi menjalani penggambaran drama bersiri 'Oh My English!'. Selain itu, pada bulan Disember ini Tiz juga bakal menjalani penggambaran bagi drama berjudul 'Chef' terbitan Global Station bersama Aaron Aziz dan aktor popular dari Filipina, Jericho Rosales.


Hajat Fizo Kesampaian Untuk Bawa Family Makan Digerai Burger

 

"Finally.. sampai hajat nak bawa lovely wife dan family minum teh tarik madu dan sup kepala ikan di warung pak mat klate," ujar Fizo Omar mengenai gambar keluarga besarnya yang berkumpul.

Lebih menarik, diselitkan juga gambar isterinya datang membantu di gerai burger.


Aksi Menarik Noh & Mizz Nina Selepas Mendapat Hidayah

Aksi menarik pasangan suami isteri Mizz Nina dan Noh Hujan yang mendapat hidayah Allah.

"Walaupun dah diketahui situasi dalam venue akan jadi huru hara dan kurang selesa, beliau masih tekad untuk datang untuk support. Terima kasih isteri ku! I love u !" ujar Noh pada isterinya.

Lana Nordin Dulu Mat Salleh Kini Jejaka Melayu

 

Pelik tapi benar!

Namun itulah yang berlaku terhadap Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia yang kini mula meminati jejaka Melayu pula. Padahal, semua orang tahu yang dia sebelum ini bercerita mengenai cintanya dengan jejaka mat salleh keturunan Czech bernama Pavel Micahalec.

"Hubungan dengan Pavel mustahil untuk diteruskan memandangkan dia kini berada di negaranya untuk melanjutkan pelajaran.

"Cinta jarak jauh ni memang mencabar. Iyalah dia di sana, saya pula di sini. Agak susah kami nak teruskan hubungan. Buat masa sekarang saya tak ada kekasih. Tapi sebenarnya saya minat lelaki Melayu," ujarnya kepada media di majlis Santai Pizza Hut Bersama Media Hiburan.



Tambah Lana, ciri-ciri lelaki Melayu yang diminatinya ialah yang matang dan mampu menjadi pemimpin untuk membimbing keluarga.

Terdahulu ketika ditanya perasaannya melakonkan watak bertudung dan mungkinkah hatinya akan terbuka untuk berhijrah, jawab Lana hari itu akan tiba jua.

"Insya-Allah, satu hari nanti saya akan bertudung betul-betul. Tapi saya kena pastikan saya betul-betul bersedia sebelum berhijrah. Biarlah hati dan diri saya konsisten untuk berubah bila tiba masanya nanti.

"Ibu bapa saya juga sering memberi kata nasihat namun tidak memaksa untuk berubah sehingga saya benar-benar bersedia," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Wednesday, 20 November 2013

Kereta Mitsubishi Lancer Nabil Ahmad Kena Pecah

 

Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer telah dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam satu kejadian yang berlaku di Sungai Buloh.

Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun sedang makan malam di kawasan tersebut.

"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.

"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

Kereta Mitsubishi Lancer Nabil Ahmad Kena Pecah

Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.

Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan. Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.

Kereta Nabil Ahmad Kena Pecah

Sebelum ini rumah Nabil Ahmad juga pernah dipecah masuk oleh perompak pada 1 Mac 2012. Dalam kejadian tersebut, sebuah komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000 hilang dilarikan penjenayah.


SHEIKH MUSZAPHAR SEDIH FILEM BELUM SIAP

 

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor terkilan apabila filem mengenai perjalanannya ke angkasa lepas yang diberi judul No.1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal masih belum siap.
Muszaphar berkata, filem rakaman perjalanannya ke angkasa lepas selama 10 hari pada tahun 2007 itu sepatutnya ditayangkan pada Mac lalu namun perlu dirombak semula apabila dia tidak berpuas hati mengenai beberapa perkara dalam pembikinan tersebut.
“Filem itu telah dihasilkan secara dokumentari menerusi arkib rakaman sepanjang proses saya ke angkasa lepas.
“Apabila menonton filem itu, saya kurang berpuas hati dan mahukan ia dijadikan sebagai sebuah filem cereka.
“Kiranya filem itu akan dilakonkan semula dan setakat pengarahnya, Imran Ismail masih lagi mencari pelakon yang sesuai untuk membawakan watak saya,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Muszaphar, dia berharap, para peminat dapat bersabar menantikan naskah filem tersebut yanh dijangka akan siap selewat-lewatnya pada hujung tahun depan.
Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.
No 1 – 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007.
Sementara itu, sempena meraikan musim cuti sekolah, Muszaphar telah dilantik menjadi jurucakap bagi agensi Al Kawsar Travel & Tour bagi mempromosikan percutian selama 12 hari ke Sepanyol dan Morocco bermula 26 Disember ini hingga 6 Januari 2014.
Muszaphar akan bercuti bersama seramai 30 orang peminat menerusi pakej yang berharga RM12,700.
“Percutian ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.Saya percaya tempat-tempat yang dilawati ini mempunyai sejarah keislaman yang tersendiri dan boleh menjadi contoh pemeliharaan warisan yang boleh kita pelajari,” ujarnya.
Bagi tempahan tiket, hubungi Al Kawsar di talian 03-55109448 atau 016-3334010 atau emel kepada wanyidris.angkasawan@gmail.com.


JAILANI SIDEK SUDAH NIKAH 2 TAHUN LEPAS

 

Rupa-rupanya bekas pemain badminton beregu negara Datuk Seri Jalani Sidek sudah berkahwin dengan isterinya sekarang Datin Seri Zaleha Mohd Khalid sejak dua tahun lalu.
Tetapi perkahwinan tersebut terpaksa disimpan sebagai rahsia kepada media massa atas permintaan mereka berdua sendiri, seperti dilaporkan Bipop semalam.
Perkahwinan itu hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha sahaja.
Majlis resepsi yang diadakan dua minggu lalu bagi meraikan dan mengumumkan berita perkahwinan mereka.
Ia berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton dengan meriah sekali.
Menurut beliau, terlalu sukar untuk menjelaskan sebab mengapa perkahwinan itu dirahsiakan pada awalnya.
“Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak hati yang perlu dijaga terumata anak-anak dan keluarga. Disebabkan itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan perkahwinan selama ini.
“Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami. Bukan kami mahu berselindung, tapai apabila sudah bersedia, barulah kami mengambil langkah untuk mengumumkannya,” katanya.
Zaleha turut mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda mereka walaupun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri.
“Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku, saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan.
“Kami sebenarnya sudah berkahwin dua tahun lalu, malah sudah dua kali meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami percaya kebenaran akan terbukti,” katanya.
Pastinya pasangan suami isteri itu kini boleh menarik nafas lega selepas pengumuman perkahwinan mereka.


ISU PIERRE ANDRE MENGAKU GUNA POPULARITI USTAZ AZHAR IDRUS

 

PETALING JAYA – Pengarah filem Pierre Andre mengaku menggunakan populariti pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus dalam karya terbaharunya, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! semata-mata untuk meraih tumpuan penonton.
Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia menyedari populariti Ustaz Azhar yang disukai orang ramai membolehkan misinya untuk berdakwah dalam filem berkenaan terlaksana walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan sahaja.
“Apabila ingin menghasilkan filem dakwah, saya terfikir, bagaimana nak jadikan filem itu tidak bosan dan saya rasa elemen komedi perlu diterapkan. Memandangkan Ustaz Azhar menjadi idola ramai, saya rasa hanya dia sahaja yang sesuai untuk filem ini.
“Rasanya tidak salah saya gunakan populariti Ustaz Azhar untuk tujuan baik,” katanya pada majlis pratonton filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang! di Cathay e@Curve di sini pada malam Isnin.
Tambah Pierre, Ustaz Azhar mengambil masa yang lama iaitu selama dua bulan untuk memutuskan sama ada dia ingin terlibat dalam filem tersebut ataupun tidak.
Malah pelbagai persoalan yang ditanya kerana dia risau jika pembabitannya dalam filem tersebut boleh menjejaskan imejnya sebagai pendakwah.
“Soalan pertama yang Ustaz Azhar tanya ialah, ada tak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah.
“Malah dia juga memberi syarat, sekiranya dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, karya yang dihasilkan itu tidak boleh terlalu tegas, sebaliknya perlu memasukkan unsur-unsur komedi agar ia tidak bosan ditonton.
“Saya pun jelaskan konsep filem ini kepada Ustaz Azhar. Entah kenapa, walaupun dia belum membuat keputusan ketika itu, saya sudah pun menjalani penggambaran dan hati saya berkata yakin dia akan berkata ‘ya’ untuk filem ini. Alhamdulillah, dia akhirnya terima,” ujarnya.
Walaupun Ustaz Azhar hanya tampil untuk tiga babak pada adegan akhir, aura yang dimiliki dapat dirasakan sepanjang perjalanan filem tersebut.
Ia mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) dan Muiz (Ajak Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup dan tiada pegangan agama tetapi bersepakat untuk ke pangkal jalan selepas berlakunya beberapa insiden.
Filem ini turut menyiarkan rakaman ceramah yang pernah dilakukan Ustaz Azhar dan lakonannya pula hanyalah ketika adegan di pantai di mana Dadu dan Muiz menemuinya bagi mendapat pandangan mengenai agama.


Lisa Surihani & Yusry KRU melawat Sabah, Destinasi Ria (12 Gambar)

 

Baru-baru ini Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU terlibat dalam rancangan Destinasi Ria yang dianjurkan oleh AirAsia. Lisa telah memuat naik beberapa keping gambar sewaktu mereka melawat ke beberapa tempat di sana. Gambar penuh selepas ini.


Nikita Mirzani umum mahu bersara dari dunia hiburan

 

Pelakon dan model sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mengumumkan dia mahu bersara dari dunia hiburan mulai tahun hadapan.

"Bermula bulan Mac tahun hadapan, Niki tidak akan bekerja lagi," ujarnya kepada detikHot.

Menurut bintang filem "Nenek Gayung" ini, dia mengambil keputusan tersebut selepas dia berkahwin dengan Sajad Ukra, dan sering berulang-alik dari Jakarta-Singapura menemani suaminya.

Jelas Nikita lagi, dia tidak mahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri diabaikan, oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk bersara dari menjadi artis.

Sementara itu, Nikita turut memberitahu bahawa dia juga bakal menetap di Singapura kelak.

"Saya akan berpindah ke Singapura pada bulan Mac 2014, jadi rumah di Jakarta akan didiami oleh pembantu saya."


Senarai Artis-artis yang kahwin secara rahsia

 

Dunia hiburan tempatan kecoh dengan berita perkahwinan rahsia antara Wawa Zainal dan Aeril Zafril. Ramai yang menyatakan bahawa mereka rasa tertipu dan mempersoalkan niat pasangan tersebut.

Tapi tahukah anda, ini bukan kali pertama artis berkahwin secara rahsia?

Janet Jackson & Wissam Al Mana



Khabar angin tentang rancangan perkahwinan antara penyanyi terkemuka dengan hartawan Qatar ini terus menghiasi muka depan majalah gosip. 

Namun begitu, Janet Jackson membuat penafian yang mengejutkan ramai dalam "Entertainment Tonight" Februari lalu dengan berkata, "Semua khabar angin tentang perkahwinan gilang-gemilang itu tidak benar. Kami dah pun berkahwin tahun lalu dalam majlis yang sederhana."

Lee Ji-ah & Seo Tai-ji



Dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita tentang perkahwinan rahsia antara legenda K-pop Seo Tai-ji dan bintang "Athena", Lee Ji-ah apabila kes perceraian mereka terbongkar. Lee Ji-ah, yang ketika itu sedang bercinta dengan Jung Woo-sung, rupa-rupanya telah mengahwini Seo pada tahun 1997 di Amerika Syarikat ketika dia belum memasuki dunia hiburan. Mereka terus bersama sehingga mereka berpisah pada tahun 2006 dan Seo kembali ke Korea untuk memulakan kerjaya solonya. Kes perceraian mereka berterusan sejak itu. 

Bukan sahaja para peminat tidak tahu, malah rakan-rakan terdekat bekas pasangan ini juga tidak arif tentang perkahwinan yang bertahan selama 14 tahun itu, sehinggalah kes perceraian mereka dibongkar media.

Wu Chun & Lin Liying



Pelakon, penyanyi dan bekas anggota Fahrenheit kelahiran Brunei ini mengejutkan ramai pada September lalu apabila dia membuat pengakuan yang dia telah pun berkahwin selama tiga tahun dengan teman wanita yang dikenalinya sejak dia berusia 16 tahun.

Bukan itu sahaja, malah Wu Chun mematahkan hati ramai peminat wanita apabila memberitahu yang dia dan isteri sudah pun memiliki seorang anak perempuan yang berusia dua tahun dan Liying sedang hamil anak lelaki mereka (yang dilahirkan pada 11 Oktober lalu).

Jelas Wu Chun, dia menyembunyikan hakikat tersebut sebagai menghormati kehendak isterinya yang tidak mahu menjadi perhatian umum apatah lagi dengan popularitinya sebagai bintang. 

Mas Idayu & Aman Graseka



Tiada siapa yang tahu bila perkahwinan mereka telah diadakan. Malah, sehingga kini, selepas bercerai dengan pelakon "Cinta Kita" itu, penyanyi dangdut Mas Idayu masih enggan menjelaskan kisah cinta mereka dan mengapa mereka berpisah selepas 10 tahun berkahwin secara rahsia. 

Jelas Ayu, dia tidak mahu kisah peribadinya menjadi perbualan ramai dan dia punya alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu bercerita. 

Namun begitu, hasil perkahwinan mereka, Ayu dan Aman dikurniakan seorang anak bernama Dayini.

Aamir Khan & Reena Dutta



Aamir sudah pun berkahwin dengan kekasihnya yang juga teman sejak kecilnya, Reena Dutta pada tahun 1986. Namun begitu, demi mencapai cita-citanya untuk menjadi bintang, Aamir dan Reena sama-sama bersetuju untuk merahsiakan perkahwinan mereka. 

Namun akhirnya, mereka berpisah jua selepas hampir dua dekad mendirikan rumah tangga pada tahun 2002, dan Aamir kemudiannya mengahwini pengarah dan penulis lakon layar Kiran Rao pada tahun 2005.

Namun begitu, hasil perkahwinan mereka selama 16 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang anak, Junaid dan Ira yang kini dibesarkan oleh Reena.

Jae Hee



Bintang "My Girl" ini mengejutkan ramai apabila dia mengesahkan yang dia sudah pun berkahwin pada tahun 2010 dengan seorang wanita bukan selebriti, malah sudah memiliki seorang anak lelaki.

Bila dituduh cuba menipu peminat, Jae Hee membela diri dan berkata dia tidak berniat untuk berahsia tetapi dia tidak menemui masa yang sesuai untuk memberitahu hal tersebut, apatah lagi dia lebih suka kisah peribadinya kekal peribadi. Untuk membuktikan yang ia bukan rahsia, Jae Hee menjelaskan pendaftaran perkahwinannya berada dalam simpanan pejabat majlis daerahnya.

Kim Kardashian & Damon Thomas



Bukan sahaja perkahwinan pertamanya pada tahun 2000 tidak diketahui umum, malah keluarganya sendiri. Kim mengahwini penerbit muzik Damon Thomas di usia 19 tahun secara rahsia dan terus berpindah ke tempat lain tanpa pengetahuan keluarga. 

Malah ibunya Kris turut membantu Kim membeli barang-barang keperluan untuk rumah barunya di Northridge tanpa bertanya mengapa anaknya itu tinggal di sana, atau mengapa Kim kini memandu sebuah kereta Jaguar baru. Mereka hanya dapat tahu tentang perkahwinan Kim daripada Kourtney, itu pun selepas Kourtney cuba membuat carian di Internet dan menemui sijil perkahwinan tersebut.

Namun begitu, mereka berpisah tiga tahun kemudian.

Andy Lau & Carol Chu



Hubungan antara Andy Lau dan seorang gadis bernama Carol Chu dari Malaysia memang seringkali menjadi khabar angin yang berterusan dalam tabloid Hong Kong. Andy tidak pernah mengakui yang dia mempunyai teman wanita, malah terus menekankan yang dia masih bujang.

Apabila bapa Carol meninggal dunia pada tahun 2009, Andy cuba seboleh-bolehnya mengelak dari lensa kamera media dan orang awam kerana tidak mahu kehadirannya menjadi buah mulut orang.

Namun begitu, pada tahun 2010, pihak media Hong Kong berjaya menemui rekod perkahwinan Andy dan Carol dan pelakon "Blind Detective" terpaksa membuat pengakuan yang dia sudah pun mengahwini teman wanitanya itu dua tahun sebelumnya di Las Vegas. Namun ia tidak mengubah pendirian Andy tentang kehidupan peribadinya sehinggakan media dihalang dari menangkap gambar anak perempuan sulungnya, Hanna yang lahir tahun lalu.

Eja & Silahuddin 



Bukan Mas Idayu sahaja yang berjaya menyembunyikan perkahwinannya, malah pelakon drama paling popular era milenium, Siti Shahrizah atau lebih popular dengan nama Eja ini pula berjaya merahsiakan perkahwinannya begitu lama, sehinggalah dia terpaksa mengakuinya selepas kandungan lima bulannya sudah tidak dapat dilindungi lagi dari perhatian umum.

Eja memberitahu media bahawa dia sudah pun berkahwin selama sepuluh tahun dengan ahli korporat bernama Mohd Silahuddin Jamaluddin. Dalam masa yang sama, Eja juga menafikan bahawa dia mengahwini Silahudin selepas menjadi punca perceraian lelaki itu dengan isteri pertamanya.

Charlene Choi & Ronald Cheng



Paparazi Hong Kong memang hebat dalam bab membongkar rahsia para artisnya, dan begitu juga yang berlaku pada ahli duo Twins, Charlene Choi yang didapati pernah mengahwini pelakon dan penyanyi Ronald Cheng di Los Angeles pada tahun 2006.

Dalam sidang media yang diadakan oleh kedua-dua bintang tersebut, Charlene dan Ronald mengesahkan yang mereka memang sudah berumah tangga, dan dalam masa yang sama mengejutkan ramai sekali lagi dengan mengumumkan yang mereka sedang dalam proses perceraian.

Kini kedua-duanya sudah menemui kebahagiaan yang baru. Charlene kini bercinta dengan pelakon "Triad", William Chan dan Ronald pula sudah selamat berumah tangga buat kali kedua dengan penyiar, Sammi Yu dan memiliki seorang anak bernama Emma.


Adira Perjelas Isu Gambar Cincin di Instagram

 

Penyanyi jelita Adira menjelaskan bahawa cincin yang dipakainya bukanlah cincin pertunangan tetapi sebaliknya hanya cincin biasa yang diberikan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin yang merupakan Presiden Gagasan Belia 1Malaysia (GB1M).


"Cincin tersebut hanyalah cincin biasa dan bukanlah cincin tunang. Hadiah tersebut diberikan oleh Shahrul sempena ulang tahun kelahiran saya pada 19 September lalu. Namun, hadiah itu diberikan agak lewat sedikit," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.


Jelas pelantun lagu "Aku Ada Kamu " itu , dia ingin mengukuhkan kedudukan terlebih dahulu dalam bidang muzik sebelum bergelar isteri.


"Sebenarnya saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk ke peringkat seterusnya kerana saya ingin kukuh dalam pelbagai bidang sebelum ke arah itu. Shahrul juga memahami dan tidak mendesak kerana banyak lagi impian saya yang belum tercapai."


Sebelum ini, Adira juga ada memuat naik foto di laman sosial Instagram yang menunjukkan sebentuk cincin tersarung di jari manisnya yang mana telah menimbulkan spekulasi yang mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Shahrul.


Dalam pada itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi,22, bakal melancarkan album sulungnya pada akhir tahun ini yang akan memuatkan 10 buah lagu.


Selena Gomez Datang Malaysia 26 Januari 2014

 



Pelantun lagu "Come & Get It", Selena Gomez bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 26 Januari 2014.

Dianjurkan oleh We Love Asia, Kuala Lumpur telah terpilih sebagai salah satu destinasi untuk siri jelajah dunia Stars Dance Tour ini.

Walaubagaimanapun ini bukanlah kali pertama penyanyi dan pelakon berusia 21 tahun ini menjejakkan kaki di Malaysia.




Pada April 2011, Gomez telah menemani Justin Bieber yang merupakan teman lelakinya ketika itu yang berada di Kuala Lumpur untuk konsert sulung.



Kemudian pada Julai 2012, bekas bintang Disney ini sekali lagi menemani Bieber yang mengadakan persembahan di MTV World Stage.


Bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, informasi lanjut mengenai harga dan pembelian tiket konsert sulung Gomez ini akan diketahui tidak lama lagi.


Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman rasmi Facebook We Love Asia.