Pelakon dan model sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mengumumkan dia mahu bersara dari dunia hiburan mulai tahun hadapan.
"Bermula bulan Mac tahun hadapan, Niki tidak akan bekerja lagi," ujarnya kepada detikHot.
Menurut bintang filem "Nenek Gayung" ini, dia mengambil keputusan
tersebut selepas dia berkahwin dengan Sajad Ukra, dan sering
berulang-alik dari Jakarta-Singapura menemani suaminya.
Jelas Nikita lagi, dia tidak mahu tanggungjawabnya sebagai seorang
isteri diabaikan, oleh sebab itu dia mengambil keputusan untuk bersara
dari menjadi artis.
Sementara itu, Nikita turut memberitahu bahawa dia juga bakal menetap di Singapura kelak.
"Saya akan berpindah ke Singapura pada bulan Mac 2014, jadi rumah di Jakarta akan didiami oleh pembantu saya."
No comments:
Post a Comment