Kereta pelawak Nabil Ahmad, 30, jenis Mitsubishi Lancer telah
dipecahkan penjenayah kira-kira pukul 11 malam Isnin dalam satu kejadian
yang berlaku di Sungai Buloh.
Menurut Nabil, kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama isterinya
Nazirah Ayub, 25, dan anak mereka Naira Mikayla yang berusia setahun
sedang makan malam di kawasan tersebut.
"Selepas selesai makan, kami ke kereta untuk pulang dan pada awalnya kami tidak sedar sehinggalah ketika saya nak mengundurkan kereta, baru saya perasan cermin di tempat duduk kanan sebelah belakang pecah.
"Saya terkejut kerana risau jika ada pihak yang tidak puas hati sengaja memecahkan cermin tersebut. Lepas itu isteri beritahu yang beg galas saya hilang," katanya.

Nabil ditemui pada majlis pengumuman barisan artis yang membuat persembahan serta pengacara bagi acara Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) di Hotel Istana di sini pada Selasa.
Tambah Nabil dia dalam kejadian itu kad pengenalannya hilang dan juga beg galas yang diisi baju sukan. Nabil membuat laporan di Balai Polis Damansara dekat sini sejurus selepas kejadian.
Sebelum ini rumah Nabil Ahmad juga pernah dipecah masuk oleh perompak pada 1 Mac 2012. Dalam kejadian tersebut, sebuah komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000 hilang dilarikan penjenayah.
No comments:
Post a Comment