"Cincin tersebut hanyalah cincin biasa dan bukanlah cincin tunang. Hadiah tersebut diberikan oleh Shahrul sempena ulang tahun kelahiran saya pada 19 September lalu. Namun, hadiah itu diberikan agak lewat sedikit," ujarnya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Jelas pelantun lagu "Aku Ada Kamu " itu , dia ingin mengukuhkan kedudukan terlebih dahulu dalam bidang muzik sebelum bergelar isteri.
"Sebenarnya saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk ke peringkat seterusnya kerana saya ingin kukuh dalam pelbagai bidang sebelum ke arah itu. Shahrul juga memahami dan tidak mendesak kerana banyak lagi impian saya yang belum tercapai."
Sebelum ini, Adira juga ada memuat naik foto di laman sosial Instagram yang menunjukkan sebentuk cincin tersarung di jari manisnya yang mana telah menimbulkan spekulasi yang mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya Shahrul.
Dalam pada itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi,22, bakal melancarkan album sulungnya pada akhir tahun ini yang akan memuatkan 10 buah lagu.
No comments:
Post a Comment