Rupa-rupanya
bekas pemain badminton beregu negara Datuk Seri Jalani Sidek sudah
berkahwin dengan isterinya sekarang Datin Seri Zaleha Mohd Khalid sejak
dua tahun lalu.
Tetapi perkahwinan tersebut terpaksa disimpan sebagai rahsia kepada
media massa atas permintaan mereka berdua sendiri, seperti dilaporkan
Bipop semalam.
Perkahwinan itu hanya diketahui oleh ahli keluarga dan wartawan yang rapat dengan Jalani dan Zaleha sahaja.
Majlis resepsi yang diadakan dua minggu lalu bagi meraikan dan mengumumkan berita perkahwinan mereka.
Ia berlangsung di Hotel Double Tree by Hilton dengan meriah sekali.
Menurut beliau, terlalu sukar untuk menjelaskan sebab mengapa perkahwinan itu dirahsiakan pada awalnya.
“Terlalu sukar untuk dijelaskan kenapa kami terpaksa merahsiakan
perkahwinan kami selama 2 tahun ini. Apa yang dapat saya katakan, banyak
hati yang perlu dijaga terumata anak-anak dan keluarga. Disebabkan
itulah, kami memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk mengumumkan
perkahwinan selama ini.
“Namun sebenarnya ramai di kalangan keluarga, saudara mara dan raka
media massa sudah mengetahui, tapi mereka menghormati permintaan kami.
Bukan kami mahu berselindung, tapai apabila sudah bersedia, barulah kami
mengambil langkah untuk mengumumkannya,” katanya.
Zaleha turut mengakui terkejut dengan kontroversi yang melanda mereka walaupun ketika itu mereka sudah bergelar suami isteri.
“Saya tidak biasa dengan dunia selebriti… tapi itulah… terkejut juga
dahulu apabila wajah terpampang di akhbar (ketawa). Apa yang berlaku,
saya reda walaupun tepaksa menanggung tohmahan.
“Kami sebenarnya sudah berkahwin dua tahun lalu, malah sudah dua kali
meraikan Syawal bersama. Walaupun berdepan fitnah, kami bersabar. Kami
percaya kebenaran akan terbukti,” katanya.
Pastinya pasangan suami isteri itu kini boleh menarik nafas lega selepas pengumuman perkahwinan mereka.
No comments:
Post a Comment