iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Suspek. Show all posts
Showing posts with label Suspek. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Suspek samun, rogol diberkas

type='html'>

rogol, rompak, samun, berita, kejam, jenayah, raub, pahang,
Wan Mohd Samsudin (tiga kanan) bersama anggotanya menunjukkan telefon bimbit yang berjaya dirampas dalam satu sidang media.

Suspek samun, rogol diberkas | Raub – Polis sifatkan kes samun dan rogol yang berlaku di bandar ini pada 30 September lalu sudah selesai dengan tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 30an dan salah seorang daripadanya merupakan suspek utama kes itu pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.

Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.

Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.


Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.

Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.

Sumber :  Sinar Harian




View the original article here

Suspek Bunuh Norazita Muatnaik Gambar Longgokan Duit

type='html'>

Suspek Bunuh Norazita, pegawai Ambank ditembak, berita, Ardi Hamza, jenayah berat, kejam,

Suspek Bunuh Norazita Muatnaik Gambar Longgokan Duit | 23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib. Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.




Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

Suspek Bunuh Norazita, pegawai Ambank ditembak, berita, Ardi Hamza, jenayah berat, kejam,


Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.

Suspek Bunuh Norazita, pegawai Ambank ditembak, berita, Ardi Hamza, jenayah berat, kejam,

Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.

Suspek Bunuh Norazita, pegawai Ambank ditembak, berita, Ardi Hamza, jenayah berat, kejam,

Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.

Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu. Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.

Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan. – REM RAMZI

Sumber : berita-harian.net



View the original article here

Saturday, 26 October 2013

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek, 3 Ditahan

RM20,000 Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek
SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.
Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek. – BERNAMA
Sumber: mynewshub


View the original article here