iklan 728x90

Pages

Tuesday, 29 October 2013

Suspek samun, rogol diberkas

type='html'>

rogol, rompak, samun, berita, kejam, jenayah, raub, pahang,
Wan Mohd Samsudin (tiga kanan) bersama anggotanya menunjukkan telefon bimbit yang berjaya dirampas dalam satu sidang media.

Suspek samun, rogol diberkas | Raub – Polis sifatkan kes samun dan rogol yang berlaku di bandar ini pada 30 September lalu sudah selesai dengan tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 30an dan salah seorang daripadanya merupakan suspek utama kes itu pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.

Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.

Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.


Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.

Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.

Sumber :  Sinar Harian




View the original article here

No comments:

Post a Comment