iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Rogol. Show all posts
Showing posts with label Rogol. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Suspek samun, rogol diberkas

type='html'>

rogol, rompak, samun, berita, kejam, jenayah, raub, pahang,
Wan Mohd Samsudin (tiga kanan) bersama anggotanya menunjukkan telefon bimbit yang berjaya dirampas dalam satu sidang media.

Suspek samun, rogol diberkas | Raub – Polis sifatkan kes samun dan rogol yang berlaku di bandar ini pada 30 September lalu sudah selesai dengan tertangkapnya dua lelaki berusia lingkungan 30an dan salah seorang daripadanya merupakan suspek utama kes itu pada Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 23 Oktober lalu, polis Raub dengan bantuan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang berjaya menahan seorang lelaki di hadapan sebuah klinik di Puchong, Selangor.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lelaki tersebut, polis menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Alcatel dipercayai kepunyaan mangsa samun dan rogol.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu membeli telefon bimbit tersebut daripada seorang lelaki yang juga merupakan suspek utama kes ini,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan lelaki yang ditahan itu, polis berjaya membuat tangkapan ke atas suspek di Kawasan Perindustrian Taman Pinggiran Mas, Puchong.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki yang berasal dari Kedah itu, suspek mengaku telah melakukan jenayah samun dan rogol di asrama pekerja Tunas Manja pada 30 September lalu.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 10 rekod lampau termasuk masih dikehendaki bagi kes dadah, dibuang daerah, kecurian harta benda, dan mencabul wanita,” katanya.

Suspek dibawa ke IPD Raub dan direman hingga 31 Oktober ini manakala seorang lagi lelaki ditahan di IPD Serdang.

Pada 30 September lalu sekitar jam 9 pagi, suspek telah menceroboh sebuah asrama pekerja pasar raya Tunas Manja bandar ini bersenjatakan sebilah pisau.

Suspek kemudiannya menarik salah seorang mangsa yang sedang tidur di bilik belakang ke bilik rakan mangsa dan mengikat kaki serta tangan mangsa serta rakannya menggunakan pita pelekat dan kain.


Suspek kemudiannya menggeledah rumah, mengambil telefon bimbit jenis Sony Ericson Experia dan telefon bimbit jenis Alcatel berserta wang RM50.

Mangsa turut dirogol dalam kejadian terbabit.

Sumber :  Sinar Harian




View the original article here

Saturday, 19 October 2013

Kasanova Tak Hensem Perdaya Dan Rogol 10 Wanita!

type="html">
Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.

Rogol
Gambar hiasan.

Suspek baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.

Sumber polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.

Menurutnya, semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.

“Mangsa terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol, malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.

“Selepas dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.

“Mangsa tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah itu ke sebuah hotel di ibu kota.

“Mangsa dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10 Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk dihantar ke stesen bas.

“Suspek turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

“Kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.

Harian Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Sumber: Harian Metro


View the original article here

Thursday, 10 October 2013

Suami Punya Angkara, Isteri Jadi Mangsa Rogol

Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.


Rogol

Gambar hiasan.

Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.

Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.

“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam.

Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.

Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.

“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu.

“Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.

Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil.

Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.

“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.

Sumber: Harian Metro