iklan 728x90

Pages

Showing posts with label ditemui. Show all posts
Showing posts with label ditemui. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

RM20,000 Duit Rompakan Ambank Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek, 3 Ditahan

RM20,000 Ditemui Bersama Ahli Keluarga Suspek
SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Datuk mohd Shukri Dahlan berkata, polis sudah menahan tiga ahli keluarga kepada suspek yang menembak mati seorang pegawai Ambank, Rabu lalu.
Turut ditemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian duit berjumlah RM450,000 yang dilarikan dalam kejadian itu.
Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di sebuah bank di Subang Jaya Rabu lalu, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata, perkara berkenaan masih dalam siasatan.
“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.
Dalam kejadian jam 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek. – BERNAMA
Sumber: mynewshub


View the original article here

Friday, 25 October 2013

Remaja Hilang Ditemui Mati Dalam Beg

type='html'>

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Remaja Hilang Ditemui Mati Dalam Beg | Klang –  Polis menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak semalam, di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah beg pakaian dipercayai dibuang pembunuhnya di lokasi berkenaan.


Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata mayat mangsa ditemui selepas suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya oleh seorang lelaki, kira-kira 6.30 petang tadi.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap suspek berusia 23 tahun itu membawa polis ke tempat mayat mangsa dibuang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka dan pendarahan di bahagian kepala dan tangan mangsa.

“Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek di Kelana Jaya, lebih 12 jam, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau,” katanya ditemui di lokasi kejadian, malam tadi.

Katanya, sebelum mayatnya ditemui, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga jam 12 tengah malam.
Beliau berkata, ibu mangsa yang bimbangkan keselamatan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu.

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya untuk bedah siasat.

remaja hilang, kes jenayah, berita, klang,

Menurutnya, polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sama ada mangsa dirogol suspek atau sebaliknya.


“Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi mengetahui motif sebenar pembunuhan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya. 

Sumber : Harian Metro
Artikel Menarik ------>Lebih Canggih Dari Kamera

View the original article here

Thursday, 24 October 2013

Makam berusia 4,000 tahun milik doktor zaman Firaun ditemui

Tulisan hiroglif Mesir terdapat pada makam lama berusia 4,000 tahun yang ditemui di Abusir, barat daya Kaherah, kelmarin. - AFP

KAHERAH - Ahli arkeologi menemui sebuah makam lama berusia 4,000 tahun di luar ibu negara Mesir, semalam dipercayai menjadi tempat persemadian seorang doktor terkemuka pada zaman Firaun.

Pegawai Kanan Kementerian Antik, Ali al-Asfar berkata, makam berukuran 21 meter panjang, 14 meter lebar dan empat meter tinggi itu ditemui di Abusir, barat daya Kaherah.

''Ini merupakan satu penemuan penting kerana makan tersebut milik salah seorang doktor terbaik ketika piramid sedang dibina, seorang doktor yang mempunyai hubungan rapat dengan raja (Firaun),'' kata Menteri Antik, Ibrahim Ali dalam satu kenyataan.

Kawasan sekitar makam tersebut dipercayai merupakan tanah perkuburan keluarga dan kumpulan arkeologi dari Republik Czech sedang mencari saki-baki mumia dalam kalangan keluarga itu.

Tanah perkuburan Abusi berkait rapat dengan kerajaan Mesir purba yang memulakan pemerintahan pada 2,500 sebelum masihi.

Skitar kawasan itu turut ditemui beberapa buah piramid Firaun daripada Dinasti kelima. - AFP

Utusan Malaysia


View the original article here

Thursday, 17 October 2013

Tanaman mirip lelaki bogel ditemui di China

Daily Mail

Daily Mail melaporkan, Sabtu (12/10), tanaman seberat 3.5 kilogram ini ditemukan pekerja pembinaan saat dia menarik salah satu tumbuhan di halaman bangunan yang hendak dibina di Bandar Danyang, China Timur dan terkejut melihat ginseng itu mirip dengan lelaki tidak mengenakan baju.

Nampak jelas terlihat wajah, badan, dua kaki, dan tentu saja unjuran seperti kelamin. "Kami tadinya ingin mengambil tanaman itu tapi tidak jadi melihat bentuknya unik dan kami hendak menyimpannya," ujar salah seorang pekerja tidak menyebutkan namanya.

Tanaman asal China merupakan salah satu jenis herba yang digemari di Asia dan berkhasiat. Tanaman ini dipercayai boleh meningkatkan fungsi hati, buah pinggang, serta membersihkan darah.


View the original article here

Ikan ganjil ditemui di perairan California

 SEBAHAGIAN pengajar dari Institut Marin Pulau Catalina dan kakitangan sekolah pelayaran, Tole Mour memegang ikan ganjil yang ditemui di California pada Ahad lalu.

LOS ANGELES - Seekor ikan laut raksasa mirip ular sepanjang lima meter (m) ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu.

Bangkai haiwan berwarna cerah itu ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam dari Institut Marin Pulau Catalina, Jasmine Santana.

Ia yang kelihatan seperti ikan dayung dilaporkan mati atas faktor semula jadi.

Foto: gma.yahoo.com

Santana mengesan satu objek yang berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina.

Dia kemudian mendapati terdapat bangkai ikan ganjil tersebut.

Lebih 15 orang membantu menaikkan makhluk tersebut ke pantai selepas ia ditemui.

Ikan spesies laut dalam itu jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman lebih 914m.

Spesies berkenaan boleh membesar sehingga 15m sekali gus dianggap sebagai ikan bertulang yang terpanjang di dunia.

Sampel dan rakaman video ikan ganjil itu telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji. - AP

Kosmo!


View the original article here

Monday, 14 October 2013

Isabella d' Este, lukisan Leonardo da Vinci yang hilang 500 tahun ditemui


Salah satu lukisan Leonardo da Vinci yang hilang, " Isabella d' Este " , telah ditemukan di sebuah peti besi milik sebuah keluarga asal Itali di Switzerland. Lukisan yang hilang selama 500 tahun itu sempat diragukan keberadaannya dan dianggap mitos oleh banyak sejarah dunia.

Para penyelidik di Itali mendakwa telah menemui potret wanita bangsawan tersebut di antara 400 lukisan koleksi peribadi sebuah keluarga yang tidak ingin disebut identitinya. Lukisan ini mempunyai senyum yang misteri seperti Mona Lisa , dilansir The Guardian.

Dalam lukisan itu terdapat jejak waktu menggunakan bahan karbon. Tertulis bahawa lukisan dibuat pada abad ke - 16 sebelum masehi dan telah disahkan oleh pihak berkuasa terkemuka di Switzerland.

Lukisan berukuran 61 cm X 46.5 cm ini dilukis oleh Leonardo memakai teknik yang sama seperti ia melukis Mona Lisa. Lukisan itu diyakini merupakan versi lengkap dari lakaran d' Este yang dipamerkan di Muzium Louvre , Paris .

"Tidak ada keraguan bahawa potret lukisan itu adalah milik Leonardo (da Vinci )," kata Carlo Pedretti , seorang profesor sejarah dari University of California.

Pedretti mengatakan bahawa dirinya yakin Leonardo melukis bahagian wajah Isabella d ' Este , sementara dua pembantunya bertanggung jawab pada bahagian yang lain . Dalam sebuah sejarah, Leonardo pertama kali bertemu d' Este pada 1499 ketika ia tinggal di Mantua . d' Este merupakan salah satu wanita pecinta seni dan tokoh terkemuka pada masa Pembaharuan di Itali. Dia pernah meminta agar lakaran wajahnya diubah menjadi lukisan.

wowkeren




View the original article here