Pelakon seksi, Lana Nordin menafikan khabar angin yang mengatakan
dirinya sudah mempunyai pengganti baru yang juga seorang doktor.
"Siapa yang cakap saya ada pengganti baru (ketawa)? Bagi saya sekarang
pengganti baru saya adalah kerjaya dan fokus sekarang ditumpukan
terhadap kerja.
"Mengenai doktor itu, apa yang boleh saya katakan taka da doktor yang
beri bunga dan saya tak nak komen lebih mengenai perkara ini," katanya
kepada Sinar Harian.
Menurut aktres kelahiran Kuching, Sarawak ini, walaupun serik dengan
pengalaman baru-baru ini, namun ia tidak bermakna dia bersedia mencari
pengganti baru dalam masa terdekat ini.
"Kalau saya kata saya tak mahu bercinta dalam masa terdekat dan tiba-tiba saya bercinta nanti orang kata saya hipokrit pula.
"Lagipun dari pihak saya tidak ada apa-apa masalah. Keluarga saya juga
memahami dan mempercayai saya. Mereka tahu saya boleh berdikari dan
melalui semua ini."
Sementara itu, walaupun sentiasa dihimpit kontroversi, Lana, 35, berkata, selepas apa yang berlaku rezekinya semakin murah.
"Alhamdulillah rezeki semakin murah. Kini saya sibuk dengan penggambaran
drama bersiri berjudul "Kata Hati" dan bakal menjalani penggambaran dua
telefilem pada bulan depan.
"Selain itu, saya juga turut menjadi model bagi produk kesihatan khusus buat lelaki iaitu ADAM.
"Buat masa ini jadual saya memang sibuk dengan penggambaran. Rezeki awal
tahun dan saya harap karier saya akan terus berkembang dengan baik
tahun ini."
-Tupai.com.my
Saturday, 8 February 2014
Orlando Sudah Temui Pengganti Miranda Kerr?
Nampaknya pelakon Orlando Bloom tidak mengambil masa yang lama untuk
mencari pengganti bekas isterinya, Miranda Kerr selepas perceraian
mereka lebih tiga bulan lalu.
Terbaru, dia kerap dilihat bersama seorang pelakon Perancis, Nora Arnezeder, 24, sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa wanita itu sudah bertakhta di hatinya.
Orlando juga pernah ‘ditangkap’ oleh paparazzi sewaktu sedang menjemput wanita itu untuk keluar bersama dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa besar miliknya.
Menyingkap latar belakang Nora, dia yang berketurunan Austria-Mesir dilahirkan di Paris dan pernah tinggal sementara di Bali sewaktu zaman remajanya.
Sementara itu, hubungan pelakon ini dengan bekas isterinya masih baik dan Orlando sendiri pernah membuat kenyataan bahawa mereka bukanlah sahabat, sebaliknya sebuah keluarga.
Sumber: Mynewshub

Qi Terkilan Aksi Terlebih Romantik Sharnaaz Dan Nelydia
Jika pelakon dan pengacara Qi Razali meluahkan rasa terkilan dengan
perbuatan Sharnaaz Ahmad yang kerap memuatnaik gambar mesra bersama
kekasihnya, Nelydia Senrose di Instagram, Sharnaaz pula mengambil
keputusan untuk berdiam diri.
Jelasnya kepada mStar Online, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu isu tersebut terus berpanjangan.
“Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa.
“Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya,” katanya.
Kontroversi ini berlarutan sejak beberapa minggu lalu akibat tindakannya memuatkan gambar-gambar mesra bersama Nelydia untuk drama’Bukan Kerana Aku Tak Cinta’.
Lebih ‘panas’ lagi, setiap gambar disertakan dengan ‘caption’ yang cukup romantis sehingga menyebabkan cemburu di hati Qi.
Apa pun, kami harapkan segala akan diselesaikan dengan baik dan hubungan Qi dan Nelydia tidak akan tergugat dengan perkara sebegini.
Mungkin inilah yang dikatakan dugaan bercinta. -Mynewshub

Akhirnya Aiman Mengaku Bercinta Dengan Fathia
Jika selama ini dia bertindak mengunci mulut, pelakon Aiman Hakim Ridza
akhirnya mengaku mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Nur Fathia
sejak setahun lalu.
Aiman, 25, berkata, dia sebelum ini enggan mengesahkan perkara itu kerana bimbang cinta mereka tidak kesampaian dan akan memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Benar hubungan kami sedang serius sejak setahun lalu dan sebelum ini saya mengelak menjawab pertanyaan itu kerana beranggapan ia tidak manis untuk diperkatakan secara terbuka.
“Percaya atau tidak saya seorang yang sangat konservatif dan ‘tradisional’ apabila berbicara perkara sebegini,” katanya kepada mStar Online.
Aiman ditemui pada sidang media teater Bidasari di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, pada Rabu.
Teater arahan Lokman Ghani itu akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari ini.
Selain Aiman ia akan membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Raja Azura, Nur Fathia, Hairul Azreen dan Radhi Khalid.
Dalam perkembangan sama, Aiman berkata dia bimbang akan ada pihak yang melemparkan kata-kata negatif terhadap mereka jika dia menceritakan mengenai hubungan mereka secara terbuka sehingga boleh melukakan hati keluarga masing-masing.
Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam teater Bidasari, Aiman memberitahu ia adalah pengalaman berharga kerana dapat mempelajari pelbagai perkara tentang pementasan teater.
Kata Aiman, pada mulanya dia tidak yakin dapat memberikan persembahan terbaik dan sokongan daripada penerbit Erma Fatima dan beberapa pelakon senior lain telah menaikkan semangatnya untuk mencuba.
“Setiap hari kak Erma menghubungi saya supaya saya terima tawaran itu kerana dia yakin saya dapat lakukannya.
“Dan kini saya akan menyesal sekiranya tidak menerima tawaran itu kerana pengalaman yang ditimba sangat berharga,” jelasnya.
Tambah Aiman, dia perlu berlatih teknik bersilat dengan betul dan ia perkara paling mencabar buatnya.
“Saya tiada asas dalam silat dan perlu belajar dua kali ganda cepat berbanding orang lain demi pementasan ini.
“Syukur saya semakin selesa dan berharap usaha keras selama ini berbaloi,” katanya. –mStar Online

Lana Nodin Bakal Ke Tanah Suci
Rasanya selepas kontroversi ‘cinta tak kesampaian’ Lana Nodin dengan
pelakon Johan As’ari, satu demi satu perubahan baik yang mula dilihat
pada aktres itu.
Bukan sahaja pemakaiannya semakin ‘tertutup’, Lana khabarnya bakal mengerjakan umrah bersama teman baiknya iaitu Lisdawati.
Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Instagramnya yang memaparkan gambar visa mereka berdua.
Kami doakan agar segala urusan ibadah yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.
Rasanya, peminat juga ternanti-nanti untuk melihat Lana berhijrah ke arah yang lebih baik selepas mengerjakan umrah nanti. -Mynewshub

Subscribe to:
Posts (Atom)