iklan 728x90

Pages

Showing posts with label hubungan. Show all posts
Showing posts with label hubungan. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Hubungan Lufya Dengan Kerabat Johor Musnah Kerana Kontroversi

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya berasa malu apabila isu kononnya dia bercinta dengan seorang putera raja diperbesar-besarkan sedangkan mereka sekadar kawan biasa.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 29, berkata, ia membuatkan persahabatan selama 10 tahun bersama kerabat Diraja Johor tersebut musnah, malah mereka tidak lagi berhubung antara satu sama lain sejak isu itu menjadi bualan ramai.

"Sayang sekali, isu kononnya saya bercinta dengan kerabat itu membuatkan kami tidak lagi berkawan seperti dulu. Sedangkan saya tidak pernah berkata yang kami menjalinkan hubungan cinta.

"Isu ini juga membuatkan saya malu dengan orang sekeliling menganggap saya berangan mahu menjadi seperti 'cinderella' yang mendapat kekasih seorang putera raja. Sedangkan saya tidak pernah berfikiran begitu," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Baru-baru ini, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dikatakan sedang bercinta dengan seorang putera raja dari selatan semenanjung namun penyanyi itu menafikan perkara itu dan menegaskan bahawa mereka hanya berkawan.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar melaporkan putera raja yang dimaksudkan adalah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar iaitu anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun Tunku Abdul Jalil menafikan berkawan rapat dengan Lufya, sebaliknya sekadar mengenalinya ketika penyanyi tersebut mengadakan persembahan di Muar, Johor.

Malah Tuanku Abdul Jalil berkata, kenyataan Lufya telah memalukan keluarga kerana ia dianggap sebagai sebuah kenyataan palsu yang sengaja mahu mengaitkan namanya.

Sementara itu, Lufya berkata, dia terkejut dengan kenyataan Tunku Abdul Jalil namun percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kenyataannya berhubung persahabatan mereka.

"Selama ini saya tidak pernah ada masalah dengan beliau, malah anggap beliau seperti seorang adik sahaja," ujarnya.

View the original article here

Tuesday, 29 October 2013

Kesha mengaku lakukan hubungan intim dengan hantu

Beberapa ketika dahulu, Kesha telah mengaku bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan hantu. Sekarang, popstar aneh ini mendedahkan butiran cinta untuk kali pertama!

Seperti dilaporkan oleh The Sun, pelantun lagu Die Young itu mendedahkan bahawa hantu itu memang tinggal di rumah Kesha. Malangnya, dia tak tahu siapa nama hantu itu.

Kesha @ thesun.co.uk

Sebelum melakukan hubungan intim, hantu itu sempat membelai Kesha dengan mesra. Dalam sekejap, penyanyi 25 tahun itu langsung terhanyut terbawa suasana.

"Kau mau aku bicara secara terperinci? Aku tak tahu namanya, tapi dia ada di rumahku. Dia mula membelaiku. Ini adalah saat-saat yang seksi, yang tak seperti hubungan seks," ungkapnya ketika diwawancara oleh Conan O'Brien.

Pengakuan pernah berhubungan intim dengan hantu disampaikan Kesha pada bulan September. Selain Kesha, mendiang Anna Nicole Smith juga sempat membuat kenyataan serupa.

kapanlagi.com

View the original article here

Sunday, 27 October 2013

Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie

type='html'>

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

Keluarga Tak Halang Hubungan Hazama Dan Genervie  | Kuala Lumpur, 25 OKT 2013: Penyanyi, Hazama Ahmad Azmi, 29, akui keluarga kedua-dua belah pihak tidak pernah menghalang hubungan cintanya yang terbaru bersama pemuzik wanita, Genervie Kam, 33.

Malah Hazama berkata dia dan kekasihnya yang berbeza agama itu sudah pun dibawa jumpa keluarga masing-masing.

"Keluarga saya mahu pun dia tidak pernah menghalang hubungan kami, malah kami sudah bawa berjumpa dengan keluarga masing-masing untuk diperkenalkan.

penyanyi, pemain muzik violin, hazama, artis, hiburan, Gossip Artis,

"Kami baru menjalinkan hubungan selama 6 bulan dan saya masih anggap kami dalam proses mengenali hati budi masing-masing, namun tak dinafikan saya cukup selesa dengannya.

"Dia seorang yang sangat memahami akan diri dan kerjaya saya. Kami juga sekepala dalam banyak perkara mungkin kerana berada dalam satu industri.

"Malah, saya seronok bersamanya kerana kami banyak berbincang pasal muzik dan kerjaya bersama dan bukan hanya hendak bercinta sahaja,"katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Anugerah Industri Muzik yang ke 20 (AIM 20) semalam.

Sejak awal bulan lalu, nama Hazama sering menjadi perbualan di kalangan media dan peminat kerana dikatakan sedang berkawan rapat dengan pemuzik itu yang juga seorsng pemain violin terkenal itu. Sebelum ini Hazama telah mejalinkan hubungan cinta selama 7 tahun dengan bekas kekasihnya.

Meskipun berbeza agama, Hazama memberitahu dia gembira kerana Genervie seorang yang terbuka dan minat untuk mengetahui beberapa perkara tentang agama Islam sejak mereka menjalinkan hubungan.

"Saya tak pernah memaksanya untuk mendalami agama Islam atau sebagainya sebaliknya saya lihat dia seorang yang suka bertanya mengenai beberapa perkara mengenai budaya Islam seperti mengapa orang Islam makan buah kurma ketika berbuka puasa.

"Saya hanya jawab dengan jawpan yang logik dan tanpa memberatkan dia mengenai Islam selebihnya. Terus-terang saya tidak mahu memaksanya untuk mendalami agama Islam atau memeluk Islam sebaliknya biarlah dia terima Islam dengan hati yang terbuka. Itu yang saya harapkan," luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru Hazama, dia sedang mempromosikan album Penglipur Lara dan bakal muncul dalam filem Hantu Nan Sempit tak lama lagi.

murai.com.my

View the original article here

Saturday, 26 October 2013

Lionel Messi tawarkan wang kepada Larissa Riquelme untuk hubungan intim?

Lionel Messi tidak hanya berurusan dengan kes pengelakan cukai. Kali ini , dari media Itali , Tuttosport , bertiup gosip bahawa Si Nombor 10 Barcelona dan Argentina, pernah menawarkan wang kepada model bogel asal Paraguay, Larissa Riquelme .

Pengakuan Larissa Riquelme yang terbiasa membuat mata lelaki tak boleh berkelip ini, terjadi dalam sebuah acara televisyen di Chile .

Ketika itu, Larissa berkata , beberapa waktu lalu " seorang pemain terbaik dunia " siap membayar saya untuk berhubungan intim. "

Begitu mendengar kata kunci ' pemain terbaik dunia ' dari Riquelme , seorang dari bangku penonton berkata, " Messi! " . Perempuan yang beberapa foto telanjangnya pernah menggoncang dunia ini kemudian memberi isyarat, bahawa memang La Pulga yang mengajaknya berbuat serong.

Tidak hanya Lionel Messi yang memujuk Riquelme untuk berbuat yang tidak - tidak . Beberapa pemain Barcelona juga melakukan tawaran sama ketika perempuan ini berada di Sepanyol. Meskipun demikian, Riquelme enggan. Katanya, " Saya bukan perempuan gampangan . Saya tidak akan menjual tubuh ini ( melacurkan diri ) hanya kerana wang . "

forums.merdeka.com

View the original article here

Saturday, 19 October 2013