iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Mengaku. Show all posts
Showing posts with label Mengaku. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Kesha mengaku lakukan hubungan intim dengan hantu



Beberapa ketika dahulu, Kesha telah mengaku bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan hantu. Sekarang, popstar aneh ini mendedahkan butiran cinta untuk kali pertama!

Seperti dilaporkan oleh The Sun, pelantun lagu Die Young itu mendedahkan bahawa hantu itu memang tinggal di rumah Kesha. Malangnya, dia tak tahu siapa nama hantu itu.

Kesha @ thesun.co.uk

Sebelum melakukan hubungan intim, hantu itu sempat membelai Kesha dengan mesra. Dalam sekejap, penyanyi 25 tahun itu langsung terhanyut terbawa suasana.

"Kau mau aku bicara secara terperinci? Aku tak tahu namanya, tapi dia ada di rumahku. Dia mula membelaiku. Ini adalah saat-saat yang seksi, yang tak seperti hubungan seks," ungkapnya ketika diwawancara oleh Conan O'Brien.

Pengakuan pernah berhubungan intim dengan hantu disampaikan Kesha pada bulan September. Selain Kesha, mendiang Anna Nicole Smith juga sempat membuat kenyataan serupa.

kapanlagi.com


View the original article here

Monday, 21 October 2013

Panas! Seorang Lelaki Mengaku Bunuh Puteri Diana!

type="html">
Selama lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Puteri Diana

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

"Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

"Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul," kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

"Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

"Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry," kata sumber.

Sumber: Sinar Online


View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Kesha Mengaku Ada Syaitan Tinggal Dalam Kemaluannya!

type="html">
Kesha membuat pengakuan yang boleh membuat orang tertawa walhal itulah yang sebenarnya dialami oleh beliau.

Kesha

Ada hantu yang 'duduk' di kemaluannya!

Pengakuan itu dibuat semasa rancangan Jimmy Kimmel Show.

Menurut Kesha, dia mendapat tahu tentang hantu yang 'duduk' di kemaluannya melalui seorang hipnoterapis.

"Saya dimaklumkan bahawa ada roh yang duduk dalam badan saya.

Kata pakar hipnoterapis, badannya harus dibersihkan dulu.

Lalu saya nampak alat untuk mengesan hantu dan alat tersebut menyala ketika dihalakan ke kemaluan saya" katanya.

Entahlah..

[Sumber]

View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Mengaku Suami Isteri!

type="html">
Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami isteri.

Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua, 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

Sumber: mStar


View the original article here