iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Akhirnya. Show all posts
Showing posts with label Akhirnya. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Akhirnya Orlando Bloom Dan Miranda Kerr Berpisah

Pasangan popular Hollywood, Orlando Bloom dan isterinya, supermodel Victoria’s Secret, Miranda Kerr dilaporkan sudah mengakhiri ikatan perkahwinan mereka.

Orlando Bloom Dan Miranda Kerr

Jurucakap kepada aktor itu mengesahkan perpisahan mereka dengan berkata, “dalam kenyataan bersama, Bloom dan Kerr mengesahkan mereka sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu. Selepas enam tahun bersama, mereka mengambil kata sepakat untuk mengakhiri ikatan perkahwinan mereka”.

Namun tidak pula dinyatakan sebab-sebab mengapa pasangan ini berpisah.

Bloom, pelakon British dan Miranda yang berasal dari Australia mula berpacaran pada 2007 dan kemudiannya berkahwin tiga tahun kemudiannya.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Flynn yang dilahirkan pada 2011.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Mengaku Suami Isteri!

type="html">
Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami isteri.

Akhirnya Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua, 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri.

Sumber: mStar


View the original article here