iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Nikita Willy Pakai Dress Seksi Masuk Masjid

type='html'>

Nikita Willy, bintang sinetron, artis indonesia, pelakon, hiburan, artis,

Nikita Willy Pakai Dress Seksi Masuk Masjid | Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.

Bintang sinetron ‘Putri Yang Ditukar’ itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah.


Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid.

Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.
“Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja,” katanya kepada wartawan.
Nikita Willy, bintang sinetron, artis indonesia, pelakon, hiburan, artis,
Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan

Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu.


“Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.

Sumber : berita-harian.net

Selamat Tinggal Kamera Digital

View the original article here

Saturday, 19 October 2013

Pancing duit tabung masjid

type='html'>

tabung masjid, shah alam, berita, toyol masjid,
RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek sedang `memancing’ wang tabung masjid.

Pancing Duit Tabung Masjid | Shah Alam - Seorang lelaki layak digelar ‘toyol’ apabila sering menjadikan tabung derma yang terdapat di sebuah masjid di Bukit Naga, Seksyen 32, di sini, sebagai lubuk mendapatkan wang mudah sejak beberapa bulan lalu.

Dengan hanya menggunakan sebatang besi nipis yang ditampal dengan pita pelekat, lelaki terbabit akan memasukkan besi berkenaan ke dalam lubang yang terdapat pada tabung dan mampu memperoleh ratusan ringgit setiap kali ‘memancing’.

Lelaki berusia 37 tahun itu bijak menyembunyikan niat jahatnya dengan berlagak seperti jemaah mahu menunaikan solat termasuk memakai kopiah sebelum menjalankan kegiatannya.

Namun dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, tindakannya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ditahan.

Menurut sumber, lelaki itu akan datang ke masjid berkenaan seorang diri kira-kira jam 11 malam berikutan keadaan masjid yang lengang kerana jemaah sudah pulang selepas solat.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sumber : hotblogpanas.blogspot.com


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Masjid berusia 7 abad ini dibuat dari pokok sagu

 Tampak luar Masjid Wapauwe (Nico Wijaya/ACI)

Kaitetu - Wapauwe adalah nama masjid tertua di Maluku, umurnya sudah mencapai 7 abad. Tapi tak hanya itu, masjid ini juga punya keunikan yakni terbuat dari pelepah sagu . Sampai sekarang, masjid ini masih berdiri kukuh !

Masjid Wapauwe punya sejarah panjang . Letaknya di utara Ambon, tepatnya di Desa Kaitetu , Kecamatan Leihitu , Kabupaten Maluku Tengah. Dibina tahun 1414, masjid ini berusia 7 abad sekarang. Pasukan Aku Cinta Indonesia dari detikTravel , pernah juga mampir ke masjid ini saat ekspedisi ke Ambon.

 Bagian dalam Masjid Wapauwe (Nico Wijaya/ACI)

Ada mitos seputar masjid tertua di Maluku ini . Konon , dulu Masjid Wapauwe tak berada di Desa Kaitetu tapi di Tehala . Ini adalah desa yang berada di atas bukit , tak jauh dari Kaitetu . Pada satu masa, masyarakat Tehala berpindah ke Kaitetu dan masjid itu pun ditinggalkan.

Akan tetap pada suatu pagi , saat masyarakat desa terbangun dari tidur, Masjid Wapauwe secara ghaib telah berada di tengah- tengah Desa Kaitetu . Ya , inilah cerita yang beredar di kalangan penduduk setempat.

 Imam di Masjid Wapauwe (Nico Wijaya/ACI)

Tapi tak perlu mitos untuk mengagumi masjid tua ini. Alih- alih dari kayu atau simen, Masjid Wapauwe terbuat dari pelepah sagu kering. Bangunan induknya hanya berukuran 10x10 meter, sedangkan bangunan tambahannya berupa serambi berukuran 6,35 x4 , 75 meter. Kerennya , pembinaan bangunan induk direka tanpa menggunakan paku atau pasak di tiap sambungan kayu.

Meski sudah ada masjid baru di Desa Kaitetu , Wapauwe masih berfungsi sebagai tempat salat Jumat maupun salat lima waktu. Masjid tua ini memang diubahsuai beberapa kali . Tak hanya luaran , bahagian dalam masjid juga masih sangat terawat. Di dalamnya terdapat bedug dan Al Quran tua yang kertasnya mulai termakan usia.

 Al Quran tulisan tangan yang masih bisa digunakan (Nico Wijaya/ACI)

Tak sukar menyambangi Masjid Wapauwe . Dari Kota Ambon, pelancong boleh menggunakan pengangkutan darat ke arah timur, menuju Negeri Passo . Di pertigaan menuju Passo , beloklah ke kiri dan lintasi jambatan. Traveler kemudian akan bertolak ke utara, melewati pergunungan hijau dan jalanan menanjak .

Sebelum tiba di Kaitetu , anda akan melewati Negeri Hitu dengan jarak kira-kira 22 Km dari Kota Ambon. Tiba di perempatan Hitu , berbeloklah ke arah kiri menyusuri pesisir utara Semenanjung Hitu . Kira-kira 12 Km dari sana, anda akan tiba di Kaitetu .

http://travel.detik.com


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Seorang jemaah buta dapat melihat kembali selepas berdoa di Masjid Nabawi

Foto: Google

Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.


Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.


“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.


Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi

MyMetro



View the original article here