iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Kembali. Show all posts
Showing posts with label Kembali. Show all posts

Monday, 28 October 2013

JuruFoto Ustaz Don Daniyal Kembali Ke Rahmatullah

Jurufoto Ustaz Don Daniyal kembali ke rahmatullah. Al Fatihah - Semoga Roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. 
Nadia Syazwani Zahari


Seorang bakal pengantin wanita berusia 26 tahun terbunuh dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Montfort, Seksyen 13 di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Nadia Syazwani Zahari sedang memandu dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya dengan Perodua Kancil ketika keretanya itu dirempuh sebuah kereta Audi A4.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lain melarikan diri tanpa kecederaan.

Tunangnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan yang memaklumkan kepadanya tentang kemalangan tersebut.

"Nadia bekerja sebagai seorang jurugambar sambilan dan sedang di dalam perjalanan untuk mengambil gambar di Bukit Jelutong.

"Pelanggannya memberitahu saya mengenai kemalangan itu selepas dia gagal muncul untuk mengambil gambar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasangan ini berkenalan sejak dua tahun lalu ketika menuntut di Universiti Selangor (Unisel) dan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

"Kami sepatutnya akan berkahwin pada Oktober ini," katanya.

Antara hasil kerja Nadia Zahari ketika majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don.


Kakak ipar mangsa Hanis Shafinaz, 34, berkata, Nadia adalah satu-satunya anak perempuan dalam empat adik-beradik dan juga merupakan anak bongsu. Beliau juga pernah menjadi Official Photographer untuk majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna.

"Nadia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang grafik dan akan menghadiri majlis graduasi," katanya di tempat kejadian.

View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Seorang jemaah buta dapat melihat kembali selepas berdoa di Masjid Nabawi

Foto: Google

Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.


Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.


“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.


Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi

MyMetro



View the original article here

Monday, 14 October 2013

Justin Bieber Kembali Kepada Kekasih Lama

Nampaknya Justin Bieber sudah mula merasakan dia tidak perlu lagi mempertahankan hubungan cintanya dengan Selena Gomez apabila dia telah beralih kepada wanita lain.

Jacque Rae Pyles

Menurut laporan portal Zimbio, wanita yang dimaksudkan itu merupakan bekas kekasihnya (sebelum menjalinkan hubungan dengan Selina) bernama, Jacque Rae Pyles.

Pasangan ini sama-sama menghadiri majlis pembukaan New York Fashion Week minggu lalu dan Justin tampak senang duduk di samping wanita yang pernah bercinta dengannya pada tahun 2009 itu.

Malah, sebelum muncul bersama pada acara tersebut, Justin dan Jacque sempat menikmati makan malam bersama dan mereka juga telah pergi ke Las Vegas bersama.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pasangan itu mengenai hubungan berkenaan. -mStar


View the original article here

Sarah Jessica Parker Kembali Aktif Merokok?

Bukan mudah sebenarnya untuk menghentikan tabiat merokok, tambahan pula jika rokok itu sudah dijadikan ‘teman baik’ sejak sekian lama.

Sarah Jessica Parker

Itulah yang terjadi kepada pelakon, Sarah Jessica Parker apabila kembali kepada tabiat lamanya itu selepas berhenti sekitar tahun 2001.

Bintang ‘Sex And The City’ itu pernah membuat pengakuan melalui program Larry King yang dia menghentikan tabiatnya itu semasa mengandungkan anak sulungnya.

Menurut suaminya, Mathew Broderick, isterinya itu mempunyai tabiat merokok yang lebih teruk berbanding dirinya sebelum itu.

Bagaimanapun, Sarah menyalahkan wataknya dalam drama bersiri itu yang menyebabkan dia menjadi perokok.



View the original article here