iklan 728x90

Pages

Saturday 4 January 2014

Nur Fathia Akui Aiman Punyai Ciri Suami Idaman

 

ur Fathia menerusi akhbar tempatan hari ini mengakui Aiman Hakim yang dikaitkan sebagai kekasihnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan sebagai seorang suami.

Nur Fathia Latiff, 26, yang masih tidak mengesahkan status perhubungan mereka itu berkata, Aiman seorang yang cukup sempurna selain menyifatkan aktor itu juga setia.
"Apa yang saya nampak, dia seorang lelaki yang boleh dipercayai serta bersikap matang. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik," katanya lagi.
Namun begitu menurut Fathia, buat masa ini, dia mahu orang ramai melihat mereka sebagai teman rapat tanpa menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Dalam pada itu kata Nur Fathia lagi, dia hanya akan membuat kenyataan mengenai status perhubungan dengan seseorang apabila tiba masanya ataupun ketika mahu mendirikan rumah tangga kelak.

"Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas.

"Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja," ujarnya.


No comments:

Post a Comment