iklan 728x90

Pages

Saturday 4 January 2014

Gambar Terkini Syamsul Yusof Yang Telah Berhijrah

 

Mungkin sebelum ini kita hanya melihat dikalangan selebriti wanita sahaja yang lebih ramai berhijrah kearah lebih baik. Alhamdulillah, gembira juga melihat penghijrahan yang telah dilakukan oleh pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sejak beliau mengenali Ustaz Azhar Idrus dan mungkin juga rakan perniagaan beliau iaitu Dr Anwar Fazal.

Mungkin sebelum ini, ramai selebriti yang lebih suka menyambut tahun baru serta menghabiskan percutian mereka di negara eropah dan sebagainya. Sebaliknya pula kepada Syamsul Yusof yang dilihat memuatnaik gambar beliau bersama Andre Pierre dan Ustaz Azhar Idrus ketika perjalanan menuju ke Pulau Pinang menjayakan sambutan tahun baru disana. Berikut adalah caption beliau di Instagram,
Alhamdulillah.Majlis Sembang Ambang 2014 bersama Big Boss Ustaz Azhar Idrus semalam berjalan lancar bersama Ustaz @syednorhisyam @hafizh_syahrin Pierre Andre @dranwarfazal.TERIMA KASIH ORANG PENANG!You all ROCK!Moga Allah berkati usaha kita semua dalam menyebarkan kebenaran.


No comments:

Post a Comment