iklan 728x90

Pages

Saturday 4 January 2014

Mamat Akan Bertunang Dengan Nurul Syafiqah tapi..

 

Mengikut portal Utusan, Mamat yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Adda dan Fida Ibrahim dulu, kini sudah mendapat penganti mereka dan rasanya ada sudah yang mengetahui hal mengenai pasangan baru Mamat ini.
Bahkan gadis kali ini adalah seorang mahasiswi yang berasal dari Johor. Namanya adalah Nurul Syafiqah yang belajar di Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU) di Shah Alam.
Dan kali ini hubungan mereka lebih serius dan bercinta tahap maksima kata Mamat.

“Alhamdulillah, benda yang baik buat apa saya nak sembunyi, lama kelamaan orang akan tahu juga. Buat masa sekarang saya masih menunggu dia habis belajar dahulu, mungkin selepas itu barulah kami akan bertunang, “Ketika hubungan kami mula terbina, masa itulah juga zaman kejatuhan saya. Dia boleh terima saya walaupun saya anggap diri saya cukup ‘kotor’.
“Dia selalu menasihatkan saya bahawa dalam bidang seni memang ada zaman jatuh bangunnya. Jadi dia mahu saya selalu sabar.
“Alhamdulillah saya memperolehi seorang gadis yang cukup memahami saya,” ujar Mamat.


No comments:

Post a Comment