iklan 728x90

Pages

Saturday 4 January 2014

Duet Pertama Yusry KRU, Lisa Surihani

 



Selepas menjadi pasangan hero utama dalam filem Ular, Lisa Surihani dan Yusry KRU nampaknya melebarkan lagi dinamik mereka berdua sebagai suami isteri dengan merakamkan sebuah lagu khas meraikan cinta mereka.

Ini merupakan pengalaman pertama buat Lisa Surihani yang dalam pengetahuan kami tidak pernah merakamkan sebarang lagu, beliau akan merakamkan suaranya untuk berduet dengan Yusry Abdul Halim untul lagu berjudul Kekasih Abadi.

Kekasih Abadi merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim dan lagu ini menterjemahkan rasa syukur Lisa Surihani & Yusry KRU tentang takdir yang menemukan mereka sehingga bergelar suami isteri yang sah — ikrar cinta sejati mereka turut diabadikan.

Lagu tersebut juga digunakan sebagai lagu tema bagi sebuah program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa dalam 13 episod yang bakal menemui peminat di kaca TV bermula Mac 2014 di RTM 2.

Bercakap tentang travelog, Yusry KRU & Lisa Surihani kini sedang berada di luar negara untuk menikmati percutian hujung tahun mereka dan terbaru mereka berada di Amerika Syarikat untuk menyambut tahun baru. Ini gambar mereka, enjoice! – sumber


No comments:

Post a Comment