iklan 728x90

Pages

Saturday 4 January 2014

Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris (PRODUK D’HERBS)?

 

Pelakon Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fida Ibrahim telah diserang oleh seorang lelaki berpangkat Dato’ di laman sosial.
Menurut sebuah portal hiburan, Dato’ bernama Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk kosmetik dan kesihatan D’Herbs telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Fida yang dianggap seakan memandang rendah kepada rangkaian produk Terlajak Laris miliknya.
Selain itu, Dato’ Aliff juga seolah-olah mendakwa Fida sengaja berbuat sedemikian untuk mencari publisiti murahan.
Fida bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya turut sama memuatnaik sekeping foto dengan menjelaskan bahawa akaun yang dikatakan oleh Dato’ Aliff itu bukanlah miliknya.
Difahamkan, terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama serta gambar Fida Ibrahim di beberapa laman sosial.
Tidak berapa lama kemudian, Dato’ Aliff dilihat memohon maaf kepada Fida Ibrahim dan berharap supaya akaun palsu berkenaan dipantau agar tidak mendatangkan kesulitan di masa hadapan – Sumber
Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris PRODUK D’HERBS SYOKBAH 1 Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris (PRODUK D’HERBS)?
Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris PRODUK D’HERBS SYOKBAH 2 Fida Ibrahim Diserang Dato Terlajak Laris (PRODUK D’HERBS)?


No comments:

Post a Comment