Kalau sedar, sebenarnya tidak banyak
kenyataan keluar dari mulut Johan As’ari selepas keputusan kontroversi
beliau untuk memutuskan hubungan dengan Lana Nordin dengan alasan
keluarga tidak merestui hubungan mereka.
Johan As’ari sehingga hari ini menerima
banyak kritikan & kecaman dari para peminat mengatakan dirinya
seorang lelaki kasanova dan suka mempermainkan hati wanita.
Bercakap kepada Sinar Harian hari ini,
Johan As’ari tidak melatah dengan segala apa kritikan yang timbul dan
terus bersyukur kerana mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya
sendiri lepas kontroversi tersebut.
“Setulus hati saya tak pernah terdetik
untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam
garam kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita
pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama
Muslim”
“Manakala tanggungjawab & aktiviti
sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya
bawa bersama,” ujar Johan As’ari.
Mengakui diri sebagai manusia biasa yang
tidak terlepas dari membuat kesilapan, Johan As’ari berharap semua
pihak tidak memanjangkan kontroversi ini dan turut bimbang ianya akan
kembali terjadi. (rtky/m) – sumber
No comments:
Post a Comment