Aidil Zafuan meluahkan rasa syukurnya apabila niat untuk berkahwin
dengan kekasihnya, Zarema Zainal pada Mac depan mendapat restu keluarga.
Menurut Aidil, dia percaya restu keluarga merupakan perkara yang sangat
penting kerana ia menjamin masa depan perhubungannya bersama bakal
isteri.
"Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin.
"Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi.
Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan," katanya yang dihubungi
rakan media.
Bagaimanapun tambah Aidil tiada sebarang persiapan perkahwinan yang dibuat lagi, malah tarikh perkahwinan juga belum ditetapkan.
Dalam pada itu, Aidil berkata dia berharap perkahwinan kedua ini akan
kekal selamanya dan pada masa sama ingin mengubah diri menjadi seorang
suami yang lebih bertanggungjawab.
"Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya,
segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin
memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang
suami yang baik.
"Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati
dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan
jodoh kami, Insya-Allah," ujarnya.
Friday, 17 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment