iklan 728x90

Pages

Friday, 17 January 2014

Shila Amzah Nafi Bercinta Dengan Aman Nassim

Nama Shila Amzah terkait lagi dengan kisah cinta, kali ini khabarnya dengan seorang pelakon baru yang sedang meningkat naik iaitu Aman Nassim.


Shila Amzah Nafi Bercinta Dengan Aman Nassim

Dikatakan ibu Shila Amzah sendiri yang meminta pelakon itu berkenalan lebih rapat dengan anaknya. Dalam pada itu, Aman menolak yang mereka bercinta kerana kerana hingga kini dia sendiri tidak pernah terfikirkan perkara itu.


Dalam pada itu, Shila Amzah juga menolak beliau mempunyai hubungan rapat dengan pelakon baru itu. Kata Shila,
Okay, ini sesuatu yang baru. Ya, saya kenal dia dan kami pernah berjumpa beberapa kali. Saya kenal dia menerusi abang Azhan Rani.

Memang adakalanya kami berborak menerusi WhatsApp dan sebagainya tapi hubungan tu tidaklah serapat mana. Dia hanya kawan saya, tidak lebih dari itu.
Tambah Shila lagi, beliau kini enggan lagi berkawan rapat dengan mana-mana lelaki kerana mahu fokus pada kerjaya, namun tidak menolak sekiranya cinta itu datang tanpa disangka.


Sementara itu, Shila turut menafikan yang dia merupakan salah seorang selebriti  jutawan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini,
Saya sangat terkejut dengan berita tersebut. Jumlah yang dinyatakan sebanyak RM2.5 juta itu adalah mengarut.

Memang betul saya dapat hadiah bernilai RM5 juta waktu menang Asian Wave dulu tapi itu bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya adalah dana untuk saya cipta nama di Shanghai.

Di China, syarikat pengurusan yang tetapkan bayaran saya dan ianya dibayar mengikut projek bukanlah diterima seperti gaji setiap bulan. Tapi apa yang pasti jumlahnya tidaklah sampai mencecah jutaan ringgit.
Disebabkan kenyataan tersebut, Shila Amzah kini berasa tidak selamat dan menganggap perkara sebegini boleh merisikokan keselamatannya.


No comments:

Post a Comment