Itulah antara penegasan pelakon, Aeril Zafril, mengenai kenyataan yang
dikeluarkan pemilik Metrowealth International Group (MIG), David Teo
terhadap isterinya, Wawa Zainal.
Sebelum ini, David menerusi sebuah akhbar online memberitahu akan
memanggil artis naungannya, Wawa bagi menyelesaikan masalah berhubung
isu pengurusan isterinya Wawa Zainal.
Jelas David, Wawa tidak boleh lari daripada MIG dengan begitu sahaja memandangkan kontraknya masih berbaki setahun lagi.
Kata Aeril Zafril lagi, Wawa telah menghantar surat kepada MIG sebagai makluman untuk menarik diri di bawah label MIG.
"Dua bulan lalu, Wawa telah menghantar surat untuk berhenti kerja, namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak MIG.
"Saya sendiri tidak tahu kenapa dia masih memerlukan Wawa sedangkan banyak lagi artis residen lain yang perlu dijaga.
"Sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Kami hanya mahukan privasi
dan Wawa tidak pernah lari seperti yang didakwa. Lagipun, tiada sebarang
projek atau promosi filem yang melibatkan Wawa di bawah syarikat itu
setakat ini," kata pemilik nama, Suhairil Sunari, 27, ini.
Akui tawar hati dengan sikap pemilik syarikat gergasi itu, Aeril
memberitahu bahawa Wawa kini menjadi tanggungjawabnya termasuk dalam
kerjaya seni.
Menurut Aeril, dia kini mengambil peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan kerjaya seni Wawa Zainal.
"Wawa isteri saya, jadi biarlah saya yang tentukan kerjayanya. Lagipun,
dia tidak perlu bekerja keras lagi kerana saya ada untuk menyara
kehidupan kami sekeluarga.
"Namun, Wawa akan bekerja dengan izin saya dan kini dia hanya terlibat
dalam karya-karya di bawah terbitan syarikat saya bersama rakan kongsi,
Expected Citizen Sdn Bhd.
"Namun, jika ada tawaran dari luar, Wawa akan meminta keizinan saya
terlebih dahulu. Saya tiada masalah sekiranya ia sesuai dengan Wawa.
"Untuk bersama MIG, saya tiada masalah, namun Wawa sendiri yang tidak
mahu lagi. Malah, dia tidak merasakan MIG sebagai majikannya lagi. Ia
adalah keputusan Wawa sendiri," katanya yang kini terlibat dalam
beberapa penggambaran drama dan telefilem di RTM.
Selain itu, Aeril juga turut menghasilkan filem terbitan syarikatnya sendiri, 354 Nafas.
Friday 17 January 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment