iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Selepas. Show all posts
Showing posts with label Selepas. Show all posts

Sunday, 27 October 2013

Michael Jackson Raih RM505 Juta Selepas Meninggal

type="html">
Mendiang Raja Pop, Michael Jackson merampas semula gelaran sebagai selebriti yang telah meninggal dunia tetapi meraih pendapatan paling tinggi untuk tahun 2012, menurut majalah Forbes kelmarin.

Michael Jackson

Ikon muzik pop itu dengan mudah telah memintas mendiang Elvis Presley dan kartunis terkemuka, Charles Schulz.

Jackson yang meninggal dunia pada 2009 kerana jantungnya gagal berfungsi telah kembali berada di puncak selepas gelaran itu dirampas mendiang Elizabeth Taylor.

Penyanyi itu memperoleh jumlah pendapatan yang dianggarkan sebanyak AS$160 juta (RM505 juta) dalam tempoh 12 bulan sejak Oktober 2012 sehingga 2013.

Antara penyumbang pendapatannya itu ialah katalog muzik Mijac, jualan rakaman muzik dan sebahagian empayar penerbitan Sony/ATV yang membabitkan hak cipta muzik bintang terkemuka.

Presley menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM173 juta), diikuti Schulz di tangga ketiga untuk tahun ketiga berturut-turut dengan pendapatan AS$37 juta (RM116 juta).

-Reuters


View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan

type='html'>

bekas wartawan penyiaran TV3, azrinaz, bekas isteri sultan Brunei, berita, hiburan

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan | Petaling JayaPersonaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan  | Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.

Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.

“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi,” ujarnya.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik balik.

Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.


Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air. (Mstar)

Sumber : duniaku-layan.blogspot.com
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Baru Sedar Isteri Tertinggal Selepas Memandu 200 Kilometer!

type="html">
Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Beautiful Girls
Gambar hiasan.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.

“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. -AFP


View the original article here

Black Nafi Enggan Bayar Berhutang Selepas Berkahwin

Penyanyi Black Hanafiah menafikan ada menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran itu belum dijelaskan.

Black dan Naquia semakin bahagia bergelar suami isteri.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.

"Gosip mengaitkan saya yang menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan sebagai tidak masuk akal kerana saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah.

"Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, majlis perkahwinannya tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak melainkan pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam.

Jelas Black, dia juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah.

"Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul.

"Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya.

Sementara itu, Black berkata, dia semakin bahagia sejak bergelar suami dan mengakui ikatan suci itu telah mengubahnya menjadi insan lebih sempurna.

Jelas Black dia kini tidak lagi keluar melepak seperti mana zaman bujangnya dan lebih gembira berada di rumah bersama isteri jika tiada sebarang aktiviti.

"Rasa 'gian' nak keluar malam kadang-kadang masih ada tetapi saya lebih gembira bersama isteri di rumah atau keluar berdua," katanya.

Sumber: mStar


View the original article here

Thursday, 17 October 2013

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan

type='html'>

bekas wartawan penyiaran TV3, azrinaz, bekas isteri sultan Brunei, berita, hiburan

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan | Petaling JayaPersonaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan  | Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.

Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.

“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi,” ujarnya.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik balik.

Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.


Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air. (Mstar)

Sumber : duniaku-layan.blogspot.com
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Aneh, mumia 300 tahun berubah jadi hitam selepas keranda dibuka

Foto: Daily Mail

Xiangcheng : Sebuah kompleks pengebumian berusia 300 tahun dijumpai di China . 2 Jasad yang terbaring di sana telah menjadi kerangka , sementara 1 lain terawet dengan sempurna - menjadi mumia .

Namun, bukan itu yang bikin para saintis bingung. Beberapa jam selepas keranda dibuka , wajah mumia tiba -tiba menghitam . Bau busuk menguar atau keluar dari jasad tersebut .

Kulit mumia berpakaian lengkap itu - yang kini dibawa ke sebuah universiti untuk dikaji, juga berubah hitam. Jasad mumia itu diperkirakan berasal dari zaman Dinasti Qing.


Mumia tersebut diekskavasi pada 10 Oktober 2013 lalu dari sebuah laman pembinaan di Xiangcheng , Henan, di tengah China . Mereka ditemui pada kedalaman 2 meter.

Menanggapi fenomena tersebut , Dr Lukas Nickel, ahli seni dan arkeologi China dari University of London menduga, jasad itu tak sengaja terawet .

" Orang China tidak melakukan rawatan jasad untuk mengawetnya , seperti yang dilakukan penduduk Mesir pada masa lalu, " katanya seperti dipetik dari Daily Mail, Rabu ( 16/10/2013 ) . " Namun mereka cuba melindungi jasad dengan meletakkannya dalam keranda besar dan ruang makam yang stabil. "


Nickel menambah , biasanya jasad - jasad di masa Dinasti Qing dipelihara oleh keadaan semula jadi di sekitar keranda.

Berkaitan kes terbaru, jasad mungkin ditempatkan dalam keranda yang sudah lacquered , ditutup batu bara - amalan yang awam saat itu. Akibatnya, bakteria tak boleh masuk.

Lalu , kenapa kulit mumia tiba -tiba menghitam ?

Dr Nickel menduga, saat peti mati dibuka , udara menerpa jasad mumia tersebut . Proses alami mengambil alih , membuatnya hitam dan dengan cepat membusuk dan hancur.


Mumia Pejabat

Sementara, sejarawan Historian Dong cuba mencari tahu identiti si mumia , dari sifat-sifat yang dijumpai di tanah perkuburan . " Pakaiannya menunjukkan bahawa ia adalah pegawai kanan pada masa awal Dinasti Qing ," kata dia.

"Yang luar biasa adalah , waktu seakan terperangkap dalam peti. Membuat proses pereputan mayat selama beratus-ratus tahun akhirnya berlaku hanya dalam satu hari saja saat peti dibuka. "

Dinasti Qing memerintah 1644 sampai 1912 , setelah masa Dinasti Ming . Menjadi empayar terakhir di China sebelum pembentukan Republik Rakyat China .

Di bawah pemerintahan Dinasti Qing , wilayah empayar berkembang 3 kali ganda. Penduduk pun meningkat dari 150 juta sampai 450 juta .

Batas- batas wilayah negara China saat ini sebahagian besar didasarkan pada wilayah yang dikuasai oleh Dinasti Qing.

Sementara ritual pengebumian di masa itu menjadi tanggung jawab anak lelaki tertua . Dan jika mendiang seorang pekerja pejabat, pemakamannya juga jadi urusan para pegawai negeri.

Profesor Dong juga mengajukan teori pengawetan mayat mumia yang dijumpai baru- baru ini tersebut . " Mungkin juga keluarga mendiang menggunakan sejumlah material untuk mengawetkan mayat," kata dia. " Sekali peti itu dibuka, proses alami pereputan jenazah bermula. "

Baik Dinasti Qing maupun pendahulunya , Ming diketahui punya teknik pengawetan mayat.

Pada 2011 lalu , sebuah mumia berusia 700 tahun ditemui dalam keadaan relatif sempurna oleh pasukan pekerja projek perluasan jalan.

Ditemukan 2 meter di bawah permukaan jalan , mumia perempuan tersebut dari hujung kepala sampai sepatunya dalam keadaan awet .

Mumia itu memakai busana ala Dinasti Ming . Di dalam peti matinya dijumpai tulang, keramik, tulisan kuno , dan relik lain .

Pengarah Muzium Taizhou , Wang Weiyin mengatakan , pakaian mumia itu dibuat dari sutera, dengan sedikit kandungan kapas .

Penyelidik berharap penemuan terbaru boleh membantu mereka lebih memahami ritual pengebumian dan adat istiadat Dinasti Qing. Juga menguak teknik mumifikasi di China .

liputan6.com


View the original article here

Masalah Background Gambar Gelap Selepas Muat Naik Pengguna Blogspot

type="html">
Pernahkah anda (pengguna Blogspot) mengalami masalah background gambar yang menjadi gelap selepas proses muat naik gambar selesai?

Blogger background problems

Walaupun background gambar yang asalnya berwarna putih, menjadi gelap selepas proses muat naik gambar.

Admin juga mengalami masalah yang sama dan setelah mencari seketika di laman google, akhirnya terjumpa juga punca masalah dan penyelesaiannya.

Petikan daripada forum Google.

I have a few blogs, some with transparent header images. All existing ones are ok, but when I upload a header image on a new blog of mine, the png has a forced black background on any transparency bits. Very annoying!

It's only happening on new uploads, so something must be broken there.

I have tried a variety of templates, and pngs (and even tested those which are fine on another existing site), so I know 100% it's nothing to do with me.

Anyone else experiencing this and can we get a fix ASAP, please?

Answer:

A workaround has been provided in the Picasa Help Forum. (Picasa is the image editor/service that supports Blogger images).

The problem seems to be connected to the Auto Enhance feature in Google+ (which impacts how Picasa handles images).

The workaround:
  • Go to your Google+ settings: https://www.google.com/settings/plus
  • Scroll down to the Photos section.
  • De-select Auto Enhance "Automatically enhance new photos." Your photo preferences will automatically save.
Blogger picture black background problem

Selesai! Selamat mencuba..

[Edited by SP] [Sumber]


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Seorang jemaah buta dapat melihat kembali selepas berdoa di Masjid Nabawi

Foto: Google

Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.


Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.


“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.


Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi

MyMetro



View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Menjadi Jutawan Selepas Berpura-pura Jadi Kaya

type="html">
Lelaki itu termanggu. Krisis ekonomi dunia yang melanda Amerika pada 1929 benar-benar membuatkannya terduduk. Dia hilang kerja, kereta dan rumahnya terpaksa digadaikan.

Girls with money
Gambar hiasan.

Wang simpanan kian menipis. Hidupnya semakin susah. Bagaimana hendak menanggung isteri dan anak-anaknya kelak. Puas dia ke sana ke mari, bertanya jika ada peluang kerja. Tetapi hampa. Kejatuhan ekonomi yang parah menutup peluang pekerjaan.

Lelaki itu tertekan. Kerap duduk termenung seorang diri. Kerana kecewa, dia meminta si isteri meninggalkannya. Baginya, dia tidak mampu lagi untuk menjadi suami yang baik.

Dalam senyum, si isteri tetap sabar di sisinya. Berusaha membuatkan si suami tertawa dan sentiasa menanamkan dalam jiwa lelaki itu bahawa impiannya untuk berjaya tidak mustahil berlaku.

Pada waktu malam, untuk menghilangkan tekanan, lelaki itu bermain sebuah papan permainan berkaitan jual beli hartanah.

Bersama si isteri, mereka berpura-pura menjadi golongan jutawan yang mampu membeli hartanah dan membangunkannya diatas papan permainan tersebut.

Dari situ, lelaki itu mula mendapat idea. Dia mula mereka sebuah papan permainan hartanah yang diilhamkan sendiri dengan banyak penambahan lain. Dia turut memasukkan unsur-unsur baru seperti penggunaan kad, pembelian rumah, gedung, hotel dan sebagainya.

Lelaki itu mencipta sistem ekonomi melibatkan pembelian, penyewaan dan pertukaran hartanah menggunakan wang mainan dalam rekaannya itu. Isteri dan anaknya turut membantunya melukis dan mewarnakan lakaran konsep permainan yang direkanya itu.

Monopoly
Papan permainan Monopoly.

Dengan bantuan seorang rakan yang mempunyai mesin cetak, lelaki itu mencetak lakaran permainannya pada kadbod dalam kuantiti yang kecil dan menjual permainan itu disebuah pasar raya di Philadelphia. Tanpa diduga ia mendapat sambutan hebat.

Setelah berasa yakin dengan idea papan permainan yang diilhamkannya, lelaki itu cuba menawarkan kerjasama dengan Parker Brothers, sebuah syarikat besar yang memasarkan beberapa papan permainan di pasaran.

Malangnya, tawaran lelaki itu ditolak kerana beranggapan produk yang dipatenkannya tidak mungkin akan laku.

Tidak mahu mengaku kalah, lelaki itu menggunakan semula wang hasil jualan permainannya di sebuah pasar raya kecil sebelum itu sebagai modal untuk memasarkan lebih banyak papan permainan ke serata tempat.

Melihat sambutan yang mengejutkan daripada pembeli, akhirnya Parker Brothers akur dan sedia bekerjasama dengan lelaki tersebut.

Pada tahun 1935, akhirnya permainan yang bernama MONOPOLY dipasarkan ke serata tempat dan menjadi hit di pasaran.

Sebanyak 20 ribu set papan permainan dihasilkan setiap minggu, menjadikan ia salah satu papan permainan paling laris jualannya di Amerika Syarikat sebelum berkembang ke seluruh dunia.

Charles Darrow
Charles Darrow.

Ia dipasarkan ke lebih 100 negara dan turut diterjemahkan dalam hampir 40 bahasa.

Hidup lelaki itu juga berubah. Daripada hidup dalam kesukaran, dia menjadi kaya-raya. Bergelar jutawan pertama untuk golongan pereka alat permainan.

Nama lelaki itu, Charles Darrow.

Walaupun Charles sudah meninggal dunia pada 29 Ogos 1967, legasi Monopoly (nama yang diambil sempena konsep monopoli dalam teori ekonomi) tetap berkembang hingga ke hari ini.

-Sentiasapanas.com


View the original article here