iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Dapat. Show all posts
Showing posts with label Dapat. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Gadis 17 Tahun Dapat Wajah Baru

type="html">
Seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

Xu Jianmei, 17

Jianmei yang berasal dari sebuah kampung nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital Fuzhou dalam wilayah tersebut.

Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.

Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka baharunya diambil dari dadanya.

Sepasukan doktor menggunakan satu urat darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk menghasilkan tisu kulit.

Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.

Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.

Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.

Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.

Doktor-doktor percaya bahawa luka pada wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

–Agensi


View the original article here

Sunday, 27 October 2013

BR1M Kini Individu Bujang Dapat RM300

type="html">
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

“Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana rendah,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan mencadangkan caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

“Pendek kata, secara keseluruhannya, penerima BR1M dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000 akan menikmati bantuan sebanyak RM700,” katanya.

NaJib berkata bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 yang menerima bantuan BR1M sebanyak RM450, juga akan menerima caruman i-BR1M bernilai RM50 yang menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini sebanyak RM250.

Sumber: BERNAMA


View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Halle Berry dapat bayi lelaki

Aktres terkenal Hollywood, Halle Berry dan suaminya, Oli- vier Martinez mengesahkan yang mereka telah menimang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.

Halle Berry yang berkahwin pada Julai lalu 
selamat melahirkan anak lelaki pada Sabtu lalu.

Menurut akhbar dalam talian, E! News, aktres berusia 47 tahun itu melahirkan bayinya di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini.

Bayi tersebut merupakan anak kedua Berry. Sebelum ini dia mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun dengan bekas teman lelakinya, Gabriel Aubry.

Berry dan Aubry pernah terlibat dalam kes hak penjagaan anak perempuan mereka itu pada tahun 2012.

Kelahiran baharu itu merupakan anak pertama pelakon Perancis, Martinez. Dia berkahwin dengan Ber- ry pada Julai lalu.

Dalam perkembangan berasingan, stesen televi- syen CBS menyatakan bahawa Berry akan membintangi sebuah drama bersiri terbaharu pada musim panas akan datang.

Pemenang Oscar tersebut akan menjadi bintang utama drama seram bertajuk Extant yang mempunyai 13 episod.

Berry akan memainkan watak sebagai seorang angkasawan yang cuba menghubungi semula ahli keluar- ganya sejurus dia pulang ke bumi selepas setahun berada di angkasa lepas. -AP


View the original article here

Nadia Af dapat apa diidam

type='html'>

nadia af 6, artis, penyanyi, hiburan

Nadia Af dapat apa diidam | Masihkah anda ingat dengan Nadia peserta Akademi Fantasia Musim 6? Dah lama sangat kita tidak dengar berita mengenai beliau. Nasib penyanyi kecil molek, Nadia Hasnan, 23, berubah apabila menyertai program realiti popular Akademi Fantasia 6 (AF6) pada 2008. Sebelumnya dia hanya dikenali menerusi nyanyian di majlis-majlis tertentu dan kelab.


Bagaimanapun, perubahan yang berlaku bukanlah secara keseluruhan kerana popularitinya masih nampak biasa dalam nyanyian. Hanya tampil dengan beberapa single, Kalut Lagi Mengarut, Mati (soundtrack filem Histeria), Dia Aku Dan Kamu (kolaborasi dengan Red Peanut) dan Kita Sama, Nadia gagal mendaki puncak kerjaya seni.

“Kita Sama dihasilkan tiga tahun lalu dengan liriknya ditulis saya sendiri. Lagu berentak pop rock ini tak dapat sambutan kerana kurang promosi. Selepas lagu ini keluar, saya ambil keputusan melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Multimedia Universiti (KLMU) dalam jurusan penyiaran dan filem.

“Sekarang saya sudah pun tamat belajar dan kembali aktif menyanyi. Diikutkan saya tak menyepikan diri terus kerana masih lagi ambil tawaran menyanyi untuk majlis makan malam dan anjuran syarikat korporat. Saya banyak ditawarkan peluang untuk acara yang memerlukan seorang artis yang agresif dan aktif. Selain itu saya juga membuat persembahan berbentuk akustik,” katanya.


Mengakui rindu untuk mengadakan persembahan di depan peminat, Nadia terpaksa memendam perasaan ketika itu dek kerana kesibukan belajar. Malah dia terpaksa melepaskan peluang keemasan apabila menolak tawaran sebagai penyampai EraFM.

Sumber : Hmetro Online



View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Pukat ikan, dapat bom!

type='html'>

berita, bom, yan,

Pukat ikan, dapat bom | Yan – Seorang lelaki bersama anak lelakinya terkejut apabila menemui bom ketika memukat ikan di Sungai Mada Jalan Dulang kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Menurut Shukri Ishak, 48, pada mulanya, dia menyangka berjaya mendapat ikan besar kerana pukat yang diangkatnya berat.


“Dalam kepala duk bayangkan ikan besar sangkut pada pukat kami, rupa-rupanya sebiji bom,” katanya kepada Sinar Harian.

Shukri bersama anaknya, Tarmizi Shukri, 10, terkejut apabila rasa berat pada pukatnya rupanya adalah sebiji bom hidup.

Bimbang bom itu meletup, beliau segera memberitahu rakan agar melaporkannya kepada polis.

“Kami dua beranak sangat terkejut, sebab tak sangka tempat kami selalu tahan pukat ini ada bom. Risau juga takut tiba-tiba saja meletup.

“Berat bom itu kira-kira tiga kilogram, saya fikir kami dapat ikan besar dah. Apa pun syukurlah bom itu tidak meletup,” katanya.

Pukat ikan, dapat bom | Menurutnya, polis tiba ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan penemuan bom itu.

Difahamkan, polis akan memusnahkan bom itu selepas mendapati bom itu masih aktif dan dipercayai jenis mortar.


Sumber : berita-harian.net

View the original article here

Seorang jemaah buta dapat melihat kembali selepas berdoa di Masjid Nabawi

Foto: Google

Madinah: “Allahu Akbar… saya boleh melihat semula,” jerit seorang jemaah dari dalam Masjid Nabawi di sini beberapa hari lalu.

Apabila jemaah lain mengelilinginya, dia memberitahu mereka sambil menangis gembira, penglihatannya tiba-tiba pulih selepas buta sejak lebih tujuh tahun lalu.


Fatima al-Mahi yang berusia lewat 60-an berkata, dia hilang penglihatan tujuh tahun lalu dan meskipun menjalani beberapa pembedahan, semuanya gagal untuk membantunya melihat semula.

Fatima tidak menjelaskan bagaimana dia buta tetapi ternyata kelihatan amat bersyukur kepada Allah kerana membenarkan dia melihat semula.


“Saya berdoa bersungguh-sungguh dan ikhlas di Masjid Nabawi, memohon kepada Allah supaya saya dapat melihat. Sebaik habis berdoa, saya mula melihat cahaya. Saya toleh ke kiri dan kanan dan dapat melihat masjid ini dengan jelas. Saya tidak dapat hendak menggambarkan kegembiraan saya apabila melihat anak saya yang mengiringi saya,” katanya.


Fatima berkata, dia kini dapat melihat semula wajahnya sendiri.

“Saya juga melihat anak lelaki saya yang turut menangis kerana gembira. Saya melihat jemaah Sudan lain dalam kumpulan kami. Kini saya dapat berjalan tanpa dibantu, seperti dulu,” kata wanita itu. - Agensi

MyMetro



View the original article here

Thursday, 10 October 2013

Halle Berry dapat bayi lelaki

Aktres terkenal Hollywood, Halle Berry dan suaminya, Oli- vier Martinez mengesahkan yang mereka telah menimang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.

Halle Berry yang berkahwin pada Julai lalu 
selamat melahirkan anak lelaki pada Sabtu lalu.

Menurut akhbar dalam talian, E! News, aktres berusia 47 tahun itu melahirkan bayinya di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini.

Bayi tersebut merupakan anak kedua Berry. Sebelum ini dia mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun dengan bekas teman lelakinya, Gabriel Aubry.

Berry dan Aubry pernah terlibat dalam kes hak penjagaan anak perempuan mereka itu pada tahun 2012.

Kelahiran baharu itu merupakan anak pertama pelakon Perancis, Martinez. Dia berkahwin dengan Ber- ry pada Julai lalu.

Dalam perkembangan berasingan, stesen televi- syen CBS menyatakan bahawa Berry akan membintangi sebuah drama bersiri terbaharu pada musim panas akan datang.

Pemenang Oscar tersebut akan menjadi bintang utama drama seram bertajuk Extant yang mempunyai 13 episod.

Berry akan memainkan watak sebagai seorang angkasawan yang cuba menghubungi semula ahli keluar- ganya sejurus dia pulang ke bumi selepas setahun berada di angkasa lepas. -AP


View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari, Dapat Cahaya Mata 24 Ogos




Memang terkejut sangat-sangat membaca pendedahan ekslusif BiPop hari ini. Mana tidaknya, sebelum ini Aeril Zafril mati-mati menafikan bahawa dirinya dan Wawa Zainal mempunyai sebarang hubungan. Tup-tup BiPop mendedahkan bahawa mereka sudah bernikah 4 Februari lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Ogos.



Antara pendedahan yang dilakukan ialah Aeril dan Wawa telah mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daera Petaling Jaya pada 4 Februari lalu. Seorang bayi lelaki didaftarkan atas nama Ahmad Fakharuddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos 2013 adalah bayi milik pasangan tersebut. Bayi seberat 3.12 kilogram itu direkodkan dilahirkan di Roopi Medical Centre, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi.



Mengikut siasatan lagi, rekod yang diperoleh di JPN mendapati nama bapa bayi berkenaan bernama Suharil Suhari iaitu nama sebenar Aeril. Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidin (nama sebenar Wawa Zainal) yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan.






Wawa Zainal mula menghilangkan diri sekitar Februari dan Mac dengan alasan pulang ke kampung untuk berubat penyakit misteri. Tarikh tersebut adalah sekitar tarikh dirinya dan Aeril bernikah. Nama anak mereka (Fakharuddin) diambil daripada nama watak utam filem 99 Kali Rindu yang menggabungkan mereka berdua.



Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.