iklan 728x90

Pages

Showing posts with label gadis. Show all posts
Showing posts with label gadis. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Gadis 17 Tahun Dapat Wajah Baru

type="html">
Seorang gadis berusia 17 tahun, Xu Jianmei telah menjalani pembedahan muka selepas dia kehilangan dagu, kelopak mata dan sebahagian telinganya dalam satu kebakaran semasa berusia lima tahun, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

Xu Jianmei, 17

Jianmei yang berasal dari sebuah kampung nelayan di wilayah Fuji menjalani pembedahan itu di sebuah hospital Fuzhou dalam wilayah tersebut.

Ketika kecil, dia tidak dapat menjalani pembedahan muka kerana keluarganya miskin.

Namun, pada tahun lalu, dia berpeluang menjalani pembedahan itu selepas doktor-doktor mencadangkan kulit muka baharunya diambil dari dadanya.

Sepasukan doktor menggunakan satu urat darah dari paha Jianmei dan menanam di dadanya dengan tujuan untuk menghasilkan tisu kulit.

Tisu kulit itu kemudian membesar di dada kirinya.

Justeru, tisu kulit itu akan digunakan untuk membetulkan semula muka gadis tersebut.

Beberapa peringkat pembedahan kemudian dilakukan ke atas gadis itu.

Peringkat akhir pembedahan itu berjaya dilakukan pada Isnin lalu.

Doktor-doktor percaya bahawa luka pada wajah gadis tersebut akibat pembedahan akan hilang dalam tempoh beberapa minggu lagi.

–Agensi


View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber'









maksiat, pelajar, budak sekolah, serius, masalah, siber

 

 Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.

Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.

Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.

Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.

Lesennya, remaja ‘ekspresi’ dan gemar melepaskan setiap rasanya.

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.

Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes ‘melacur’ di alam maya, memang ia berlaku.

Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.

“Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!”, bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.

Balas si gadis tak tahu malu ini pula: “Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!”.

Akaun palsu

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.

Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.

Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.

Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.

Bagaimanapun undang-undang masih ada untuk mengawal perbuatan jenayah ini kerana jelasnya ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan akhlak seseorang itu.

Letak ketepi soal undang-undang dan hukuman, persoalannya mengapa ada juga anak muda hari ini yang sanggup melakukan perkara seperti ini? Jika masih tidak percaya, anda sendiri boleh meneliti menerusi ruangan siber di mana menjadi himpunan ramai anak muda yang bagai tandus kasih sayang.

Peliknya, ada saja kaedah dan idea mereka untuk menyalahgunakan sesebuah kemajuan yang dicipta. Ada saja alternatif mereka untuk memberikan impak negatif kepada sesebuah teknologi yang tujuan asalnya positif.

Masalah serius

“Antara penyalahgunaan, menghantar mesej dan memuat video lucah dengan mengakses gambar yang ghairah, memang boleh merosakkan akidah dan maruah diri individu. Sekali gus boleh mendatangkan masalah sosial.

“Saya sendiri terkejut apabila terbaca status dan beberapa bahan lucah yang ada di dalam laman sosial ini kerana sepatutnya ruangan ini adalah untuk berkomunikasi. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Remaja atau golongan muda memang jenis yang gemar meluahkan apa saja yang mereka fikirkan. Tidak dinafikan, saya sendiri ada kalanya begitu kerana ia jelas dapat meringankan tekanan.

“Mana tidaknya, jika timbul rasa kurang selesa atau tidak puas hati, saya akan meluahkannya di Twitter dan teman-teman lain akan memberi komen kepada status saya. Setidak-tidaknya saya akan rasa dihargai dan berpeluang berkongsi tekanan itu dengan kawan lain.

“Namun jika hingga mengeluarkan bahasa kesat dan menjadi satu platform ‘menjual diri’, saya fikir ia adalah situasi serius. Mustahil untuk kita mengubah sikap dan pendirian seseorang jadi mungkin dengan pemantauan dari pihak berkuasa, perkara seperti ini boleh dikurangkan,” katanya.

Soffian Ahmad, 24
Kuala Lumpur

Impak besar

“Impak kepada sikap mereka yang sering menyalahgunakan Twitter ini adalah besar. Bukannya pada diri mereka saja, sebaliknya mampu mempengaruhi remaja lain.

“Pernah juga saya meneliti perbualan beberapa remaja yang rancak bersembang lucah. Bukan saja berkomunikasi, malah sesekali mereka memuat naik gambar lucah pula kononnya untuk mengundang rasa berahi tanpa segan-silu.

“Sudah sinonim dengan golongan muda, suka mencuba benda baru dan sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan. Jadi sudah tentu jika adalah wabak dan virus sebegini, ia mudah merebak hingga berjangkit kepada individu lain pula.

“Itu lebih menakutkan kerana penyakit seperti ini sebenarnya menyerang secara senyap dan jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menjadi lebih serius hingga mampu meruntuhkan akhlak golongan muda lain,” katanya.

Firdaus Razak, 23
Johor Bahru









Sumber : ohmy-mac.blogspot.com

 

Saturday, 12 October 2013

Heboh gadis cantik Shanghai bogel di tempat awam


Beberapa minggu kebelakangan ini, ada seorang wanita di Shanghai , China yang berkeliaran di malam hari . Bukan berkeliarannya yang menjadi masalah , tapi dia sambil telanjang saat muncul di malam hari .

Kerana dianggap meresahkan , wanita cantik berkulit putih itu pun diburu oleh polis . Perburuan bermula dengan menyiasat gambar -gambar yang di- posting si wanita yang gemar bogel di tempat awam itu.

Gambar vulgar pertama yang membuat heboh saat si wanita melepas kardigan tipisnya ke arah depan di tengah bandar yang ramai , Hengshan Road . Para surfer di dunia maya awalnya berfikir itu hanyalah foto perempuan mabuk dan cuba tampil lebih berani.

Tapi beberapa hari kemudian, 2 set lebih foto- foto yang sedang tanpa busana semakin beredar. Foto- foto itu terlihat di daerah Xintian dan Bund .

Dalam satu set foto itu , perempuan bogel tersebut telihat mengenakan gaun biru dan yang lainnya mengenakan pakaian hitam. Dia terlihat mengangkat pakaiannya untuk mengekspose dirinya ke kamera.


Penampilannya telah mencetuskan perdebatan di dunia maya dan membuat orang bertanya -tanya mengenai motifnya . Beberapa orang menduga ia disewa oleh sebuah laman pornografi sebagai aksi promosi. Lain menyebut, aksinya menjadi sebahagian daripada seni persembahan atau ia hanyalah seorang ekshibisionis - yang suka mempamerkan bahagian tubuh kepada orang lain.

Zhao Zhiyun , seorang ahli psikologi tempatan, mengatakan kepada Shanghai Daily bahawa perilakunya menunjukkan kurangnya kognisi sosial - keinginan yang kuat untuk mempamerkan tanpa dibatasi oleh batasan -batasan sosial.

Melihat aksi perempuan bogel itu , pengguna dunia maya lain bimbang , bahawa aksi wanita itu boleh merosakkan moral, atau boleh memberi inspirasi perilaku bogel itu ditiru .



Ditangkap

Perempuan yang hobi bugil itu ditangkap di sebuah air pancut di tengah bandar . Saat itu , dirinya sedang mandi, mengeramasi rambutnya tanpa ditutupi sehelai benang pun . Seperti dimuat dalam video yang dilansir Daily Mail dan dimuat Liputan6.com, Sabtu ( 12/10/2013 ) .

Kulitnya yang putih menjadi daya tarikan mereka yang ada di lokasi itu . Tak berapa lama, 2 polis wanita dan seorang polis lelaki mendatangi wanita itu. Lalu kedua polis wanita itu langsung memakaikan pakaian dan skirt .

Setelah lengkap berpakaian, perempuan itu pun langsung dibawa oleh polis wanita itu ke luar kawasan air pancut. Aksi pamer tubuh perempuan itu pun berakhir. Kini dia telah diamankan petugas.

Meski tak ada lalgi aksi bogel yang meresahkan , namun masyarakat di China tetap bimbang. Mereka takut tindakan amoral itu ditiru oleh yang lainnya


Liputan6.com
shanghaiist.com


View the original article here