iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Kalimah “Allah” Digunakan Untuk Pengaruhi Melayu Masuk Kristian?

type="html">
Perdebatan mengenai isu kalimah Allah berterusan hari ini apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa kalimah Allah digunakan untuk pendakwah Kristian mengembangkan agama mereka kepada umat Islam.

Isu Kalimah Allah
NGO Islam: Kalimah “Allah” digunakan 
untuk pengaruhi Melayu masuk Kristian.

Menurut Isma, isu kalimah Allah adalah usaha pihak Kristian untuk mengkristiankan orang Melayu melalui penerbitan mereka.

"Jadi ia bukan isu orang bukan Islam boleh sebut atau tidak nama Allah. Akan tetapi isunya adalah, ada terbitan-terbitan bahasa Melayu yang diterbitkan oleh gereja yang kita rasa ia disasarkan kepada orang Islam," kata Naib Presiden 1 Isma, Muhammad Fauzi Asmuni.

Menurut Muhammad Fauzi ini dapat dibuktikan apabila pihak Kristian berkeras mahu menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu mereka.

"Dalam terbitan bahasa Inggeris, mereka tidak menukarkan God kepada Allah. Dalam terbitan bahasa Cina atau India, dia tak nak tukar pun perkataan itu kepada Allah, tetapi dikekalkan perkataan yang sama.

“Hanya dalam terbitan bahasa Melayu sahaja mereka mahu tukarkan perkataan God kepada Allah. Oleh itu, apabila kita membincangkan isu ini, kita kaitkan bahawa ia adalah satu misi kristianisasi," katanya dalam wawancara khas yang diterbitkan oleh Isma dan diedarkan kepada media hari ini.

Menurut Isma, isunya adalah penerbitan yang disasarkan kepada orang Melayu, di dalamnya ada perkataan Allah yang menggantikan perkataan ‘God’ bagi Kristian.

Beliau seterusnya mempersoalkan, mengapa mereka mahu menukar perkataan God kepada Allah?

Menurut Isma, orang Kristian sudah ada nama tuhan mereka sendiri dalam Old Testament, New Testament, dalam Injil dan Taurat yang lama, ada yang disebut sebagai Yehuwa, Yahweh, Adonai, Elohim dan sebagainya.

"Itu nama-nama tuhan mereka, mengapa mereka tidak kembali kepada nama-nama itu? Itu satu persoalan, dan mereka nak tukar juga God kepada Allah," katanya.

Katanya, jika mereka hendak menyelaraskan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, perkataan God sepatutnya diterjemahkan kepada tuhan.

"Allah bukan bahasa Melayu, ia bahasa Arab, atau ada setengah yang berkata ia nama khusus dalam bahasa Arab. Mereka bukan betul-betul bertujuan untuk selaraskan bahasa. Ia bukan setakat isu itu," katanya.

Beliau membangkitkan pengalaman yang berlaku di benua India pada kurun ke-19, apabila Kristian datang ke sana, mereka terjemahkan Bible ke dalam bahasa Benggal.

"Masyarakat di Benggal ada tuhan tempatan. Tuhan orang tempatan bernama Ishwar. Mereka pun terjemahkan God kepada Ishwar. Mengapa terjemahkan God kepada Ishwar?

"Jadi maknanya, memang satu strategi untuk mengkristiankan orang tempatan mereka akan menggunakan nama tuhan orang tempatan," dakwa beliau.

Memang orang Kristian sendiri mengakui bahawa masalah mereka dalam kristianisasi, adalah masalah linguistik, dakwanya.

"Apabila mereka tukar kepada Ishwar, maka orang tempatan berasa kitab yang dibaca itu kitab mereka dan mereka tidak menolak pada peringkat awal. Mereka akan terus membaca," kata Muhammad Fauzi.

Dalam membacakan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, salah seorang daripada tiga hakim yang membenarkan rayuan Putrajaya melarang Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya itu menyebut dalam penghakimannya bahawa terdapat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 5 Disember 1986 melarang penerbitan bukan Islam menggunakan empat perkataan iaitu Allah, kaabah, solat dan Baitullah.

Herald memulakan penerbitannya sejak 1994 dan KDN boleh memberikan peringatan dan surat tunjuk sebab kepada penerbit jika gagal mematuhi arahan itu.

[Sumber]


View the original article here

Sunday, 13 October 2013

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber'









maksiat, pelajar, budak sekolah, serius, masalah, siber

 

 Bukan ingin mengaibkan atau sengaja menjatuh hukum, lebih-lebih lagi kepada bangsa dan saudara seagama sendiri, namun meneliti setiap satu perbualan dan sesekali membelek gambar yang dimuat naik dalam akaun alam maya peribadinya itu, timbul rasa sedih bercampur kecewa.

Bayangkan, tiada lagi istilah mengurat di sini atau usaha pergi ke lokasi-lokasi tersembunyi, semuanya mudah! Cakap berapa yang mampu dibayar, ada pakej menarik yang bersesuaian dengan kemampuan akan ditawarkan.

Hakikatnya, bukan seratus remaja yang berkumpul berbual dan melakukan tawar-menawar, sebaliknya berpuluh ribu budak yang masih menyarung seragam sekolah khayal mengisi masa dengan menelaah budaya baru ini.

Lazimnya, laman sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook, Wechat dan beberapa lain adalah ruangan terbaik untuk berkomunikasi atau meluahkan pendapat. Sudah namanya remaja dan golongan muda, situasi melepaskan geram dengan bahasa kasar adalah normal.

Lesennya, remaja ‘ekspresi’ dan gemar melepaskan setiap rasanya.

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Namun setiap perkara ada batasnya. Jika sudah sampai ke tahap menayangkan tubuh atau gambar lucah sebagai pengenalan diri, itu sudah satu penyakit yang sepatutnya dihentikan.

Mulanya memang susah nak percaya, maklumlah maklumat yang disampaikan teman atau kenalan ada kalanya sengaja diperbesarkan sedangkan realitinya tidak seberapa. Namun dalam kes ‘melacur’ di alam maya, memang ia berlaku.

Tanpa rasa malu dan segan, dengan selamba beberapa remaja berbual dan menghantar mesej di laman sosial dengan perkataan lucah. Malah kebanyakan mereka dengan bersahaja membuat tawar-menawar harga untuk mendapatkan pakej seks.

“Apa sayang buat tu? Cantiknya badan, geram abang!”, bunyi mesej yang dikirimkan seorang lelaki berusia 18 tahun kepada sebuah akaun laman sosial yang gambar profilnya gadis separuh bogel.

Balas si gadis tak tahu malu ini pula: “Kalau betul geram, datanglah sini lepaskan rasa geram tu!”.

Akaun palsu

Gadis Melayu leka jadi 'pelacur siber' | Dalam pada berbual pada peringkat awal, kemudian mereka berdua dengan berani dan selamba menghantar pula gambar bogel masing-masing. Lebih kronik ada yang mengirimkannya secara terbuka di laman sosial itu walaupun ia boleh dilihat oleh berjuta pelayar.

Sejauh mana kebenarannya sukar diukur kerana ramai juga yang menggunakan akaun palsu untuk suka-suka dan tidak kurangnya yang menggunakan alam maya untuk melepaskan nafsu semata-mata dan bukannya betul menjual diri.

Tapi tidak kisah betul ataupun palsu, perbuatan meletak gambar bogel atau lucah sebagai pengenalan profil adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab. Lebih 90 peratus adalah anak muda.

Penyalahgunaan laman sosial sudah pun disenaraikan sebagai salah satu jenayah yang boleh dibawa ke muka pengadilan jika disabit salah. Namun jika pengguna yang tidak bertanggungjawab itu melayari laman sosial menerusi akaun palsu, ia mengundang kerumitan.

Bagaimanapun undang-undang masih ada untuk mengawal perbuatan jenayah ini kerana jelasnya ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan akhlak seseorang itu.

Letak ketepi soal undang-undang dan hukuman, persoalannya mengapa ada juga anak muda hari ini yang sanggup melakukan perkara seperti ini? Jika masih tidak percaya, anda sendiri boleh meneliti menerusi ruangan siber di mana menjadi himpunan ramai anak muda yang bagai tandus kasih sayang.

Peliknya, ada saja kaedah dan idea mereka untuk menyalahgunakan sesebuah kemajuan yang dicipta. Ada saja alternatif mereka untuk memberikan impak negatif kepada sesebuah teknologi yang tujuan asalnya positif.

Masalah serius

“Antara penyalahgunaan, menghantar mesej dan memuat video lucah dengan mengakses gambar yang ghairah, memang boleh merosakkan akidah dan maruah diri individu. Sekali gus boleh mendatangkan masalah sosial.

“Saya sendiri terkejut apabila terbaca status dan beberapa bahan lucah yang ada di dalam laman sosial ini kerana sepatutnya ruangan ini adalah untuk berkomunikasi. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Remaja atau golongan muda memang jenis yang gemar meluahkan apa saja yang mereka fikirkan. Tidak dinafikan, saya sendiri ada kalanya begitu kerana ia jelas dapat meringankan tekanan.

“Mana tidaknya, jika timbul rasa kurang selesa atau tidak puas hati, saya akan meluahkannya di Twitter dan teman-teman lain akan memberi komen kepada status saya. Setidak-tidaknya saya akan rasa dihargai dan berpeluang berkongsi tekanan itu dengan kawan lain.

“Namun jika hingga mengeluarkan bahasa kesat dan menjadi satu platform ‘menjual diri’, saya fikir ia adalah situasi serius. Mustahil untuk kita mengubah sikap dan pendirian seseorang jadi mungkin dengan pemantauan dari pihak berkuasa, perkara seperti ini boleh dikurangkan,” katanya.

Soffian Ahmad, 24
Kuala Lumpur

Impak besar

“Impak kepada sikap mereka yang sering menyalahgunakan Twitter ini adalah besar. Bukannya pada diri mereka saja, sebaliknya mampu mempengaruhi remaja lain.

“Pernah juga saya meneliti perbualan beberapa remaja yang rancak bersembang lucah. Bukan saja berkomunikasi, malah sesekali mereka memuat naik gambar lucah pula kononnya untuk mengundang rasa berahi tanpa segan-silu.

“Sudah sinonim dengan golongan muda, suka mencuba benda baru dan sesuatu yang mereka tidak pernah lakukan. Jadi sudah tentu jika adalah wabak dan virus sebegini, ia mudah merebak hingga berjangkit kepada individu lain pula.

“Itu lebih menakutkan kerana penyakit seperti ini sebenarnya menyerang secara senyap dan jika tidak dibendung dengan segera, ia boleh menjadi lebih serius hingga mampu meruntuhkan akhlak golongan muda lain,” katanya.

Firdaus Razak, 23
Johor Bahru









Sumber : ohmy-mac.blogspot.com