iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Meninggal. Show all posts
Showing posts with label Meninggal. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Dr Ramli Pemilik Ferrari & GTR35 yang dipinjam oleh Azhar Idrus meninggal akibat kemalangan jalanraya (Video)


Gambar terakhir arwah bersama UAI sblum UAI berangkat mgerjakan Haji..
gmbar slps Arwah memberikan suntikan meningitis utk UAI.
Azhar Idrus semasa memandu ferrari milik arwah konvoi pru13 di kuala trengganu
Al-fatihah untuk pemilik kereta Ferrari dan Nissan GTR35 yang pernah dipinjamkan kepada Ostad Azhar Idrus semasa berkempen untuk PAS iaitu arwah Dr Ramli. Beliau terlibat dalam kemalangan di jalan bukit payung -kuala berang, semasa arwah memandu BMW lama milik arwah.

Moga arwah d tempatkn dlm golongan org beriman. Mayat telah dibawa ke hospital Kuala Terengganu jam 2 pagi lebih tadi untuk dibedahsiasat.



Gambar kemalangan




View the original article here

Sunday, 27 October 2013

Michael Jackson Raih RM505 Juta Selepas Meninggal

type="html">
Mendiang Raja Pop, Michael Jackson merampas semula gelaran sebagai selebriti yang telah meninggal dunia tetapi meraih pendapatan paling tinggi untuk tahun 2012, menurut majalah Forbes kelmarin.

Michael Jackson

Ikon muzik pop itu dengan mudah telah memintas mendiang Elvis Presley dan kartunis terkemuka, Charles Schulz.

Jackson yang meninggal dunia pada 2009 kerana jantungnya gagal berfungsi telah kembali berada di puncak selepas gelaran itu dirampas mendiang Elizabeth Taylor.

Penyanyi itu memperoleh jumlah pendapatan yang dianggarkan sebanyak AS$160 juta (RM505 juta) dalam tempoh 12 bulan sejak Oktober 2012 sehingga 2013.

Antara penyumbang pendapatannya itu ialah katalog muzik Mijac, jualan rakaman muzik dan sebahagian empayar penerbitan Sony/ATV yang membabitkan hak cipta muzik bintang terkemuka.

Presley menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM173 juta), diikuti Schulz di tangga ketiga untuk tahun ketiga berturut-turut dengan pendapatan AS$37 juta (RM116 juta).

-Reuters


View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

type="html">
Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ pada pukul 4.42 pagi (waktu tempatan) Ahad.

Sultan Jamalul Kiram III
Beliau berusia 75 tahun.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support.”(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)

Melalui temuramah di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.

Beliau meninggalkan sembilan anak – tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.

Jacel melalui temuramah radio berkata, “Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung…Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina…Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya.”

Pada bulan Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram II menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.

Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah pada 9 Februari lalu, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.

Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota – lapan anggota polis dan dua tentera.

Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.

Sumber: mStar


View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Bapa Anis Aneesa Meninggal Dalam Kereta

type='html'>

artis, penyanyi, anis aneesa, berita, sedih,

Bapa Anis Aneesa Meninggal Dalam Kereta | Petaling Jaya - Penyanyi Anis Aneesa tidak dapat melupakan detik-detik terakhir apabila bapanya, Mushidi Desa, 52, meninggal dunia di dalam kereta tanpa disedari ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital Selayang pada 1 September lalu.

Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, berkata, sebelum kematian, Allahyarham meminta Anis membawanya ke hospital untuk menambah darah dalam badan kerana masalah penyakit gout yang dihidapi.


“Ayah saya memang sudah lima tahun menghidapi penyakit gout tetapi tidaklah begitu serius. Permintaannya untuk ke hospital bagi menambah darah juga adalah perkara normal yang sering dibuat.

“Ketika dalam perjalanan saya duduk di hadapan dan ibu yang memandu, dan ketika itu tidak terdetik pun nak menjenguk ke belakang sepanjang perjalanan kami sehingga kami tidak sedar ayah sudah tiada.

“Ketika sampai di hospital, badan ayah dah ‘kejung’ dan jururawat mengesahkan ayah dah meninggal dunia,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
artis, penyanyi, anis aneesa, berita, sedih,

Gambar kenangan Sharifah bersama arwah suaminya, Mushidi.

Tambah Anis, kematian itu membuatkan dia dan ibunya, Sharifah Yunus, 49, benar-benar terkejut malah ibunya juga masih sukar menerima kenyataan kehilangan itu.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu, kata Anis, dia dan ibunya kembali tenang dan reda atas dugaan yang berlaku.

“Memang pada mulanya ibu susah nak terima kenyataan. Iya lah, siapa sangka ayah pergi begitu cepat. Tambah pula kami sebuah keluarga yang sangat rapat dan jaga antara satu sama lain.

“Pemergian ayah juga membuatkan saya terpaku, entah susah mahu menggambarkan perasaan itu,” ujarnya.

Dalam pada itu Anis turut menceritakan detik manis bersama bapanya apabila arwah sentiasa bersama-sama dia setiap kali melakukan aktiviti nyanyian termasuklah sanggup melaburkan sejumlah wang dalam penerbitan lagu serta menganjurkan majlis pelancaran album.

“Ayah memang dari dulu minat dunia seni dan kerana itu dia sentiasa memberi sokongan penuh setiap kerja seni saya dan sanggup menemani ke mana sahaja saya pergi.

“Malah ayah juga yang mengeluarkan sejumlah wang bagi melancarkan urusan kerja muzik saya. Nampaknya sekarang ini saya perlu terima hakikat yang ayah tidak akan menemani saya lagi,” tuturnya – Mstar Online

Sumber : berita-harian.net

View the original article here

Friday, 11 October 2013

Pesawat MasWings Terhempas Di Kudat, Seorang Di Sahkan Meninggal

Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat hari ini.


MASwings_Twin Otters_Terhempas

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu.

Seorang Penumpang Meninggal Dunia


MASwings_Twin Otters_Terhempas

Polis mengesahkan seorang penumpang pesawat MASwings jenis Twin Otters yang terhempas di Kudat hari ini meninggal dunia di Hospital Kudat, sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, pesawat terbabit terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Sumber: BERNAMA/BHarian