iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Terhempas. Show all posts
Showing posts with label Terhempas. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Rakyat Malaysia Antara Terkorban Pesawat Terhempas Di Laos

type="html">
Seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang, Angelin Teh antara 44 mangsa yang dikhuatiri terbunuh dalam nahas pesawat terhempas di Pakse, selatan Laos pada Rabu.

Laos Airlines plane crash
Gambar bangkai pesawat milik Lao Airlines yang 
terhempas di Sungai Mekong, lewat malam Rabu.

Wanita itu dipercayai bekerja dengan sebuah firma guaman dan berkahwin dengan warga Amerika.

Mereka menetap di Laos sejak tiga tahun lalu.

Suaminya turut maut dalam insiden itu.

Kedutaan Malaysia di Laos mengesahkan rakyat Malaysia, Angelin Teh dalam senarai pesawat malang itu.

Bagaimanapun mangsa tidak mendaftarkan diri dengan pejabat kedutaan.

Seorang pegawai berkata, pihak kedutaan sedang menunggu maklumat lanjut dari syarikat penerbangan itu dan kerajaan Laos.

Punca nahas


Penerbangan QV301 dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse di selatan Laos membawa 44 penumpang dan lima anak kapal, menurut Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos.

Pesawat itu tehempas akibat cuaca buruk kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang Pakse.

Senarai penumpang yang dikeluarkan syarikat penerbangan kerajaan itu hari ini mengandungi 44 orang iaitu 17 warga Laos, Perancis (7), Australia (5), Thai (5) Korea (3), Vietnam (2) dan masing-masing seorang warga Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS).

-TheStar/AP


View the original article here

Friday, 11 October 2013

Pesawat MasWings Terhempas Di Kudat, Seorang Di Sahkan Meninggal

Sebuah pesawat komersial terhempas di sebuah kampung di Kudat hari ini.


MASwings_Twin Otters_Terhempas

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.

“Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

Sementara itu, syarikat penerbangan terbabit belum memberi sebarang komen mengenai insiden itu.

Seorang Penumpang Meninggal Dunia


MASwings_Twin Otters_Terhempas

Polis mengesahkan seorang penumpang pesawat MASwings jenis Twin Otters yang terhempas di Kudat hari ini meninggal dunia di Hospital Kudat, sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, pesawat terbabit terhempas di Lapangan Terbang Kudat berhampiran Kampung Sin San dekat sini, petang tadi.

Terdahulu, Ketua Pasukan Penyelamat, Abd Mujun, berkata seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang.

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.

Sumber: BERNAMA/BHarian