iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Sultan. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan

type='html'>

bekas wartawan penyiaran TV3, azrinaz, bekas isteri sultan Brunei, berita, hiburan

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan | Petaling JayaPersonaliti Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar,32, membuat kemunculan kepada umum secara eksklusif buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Penerbit rancangan realiti tersebut Muhammad Azlan Zanudin berkata, Azrinaz ditugaskan untuk muncul sebagai peneraju bersama (Co-Anchor) bagi episod dua dan empat (diari) serta lima (penilaian) menerusi program itu.

“Ia merupakan satu penghormatan buat produksi kami apabila dia (Azrinaz) sudi menerima tawaran kami untuk membimbing 20 perantis peserta On Air berkongsi pengalaman sebagai wartawan penyiaran.

“Pada program itu, Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper’,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Azrinaz Muncul Selepas Bercerai Sebagai Isteri Sultan  | Azrinaz berkongsi pengalamannya sebagai wartawan penyiaran bersama peserta ‘On Air’.

Tambah Azlan, bekas wartawan penyiaran TV3 itu juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

“Setakat ini Azrinaz memberi komitmen yang sangat baik dalam On Air dan kami berharap dapat bekerjasama dengannya lagi selepas ini.

“Dia juga amat gembira dengan program berkenaan kerana dapat mengasah bakat golongan muda yang meminati bidang penyiaran. Saya percaya pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kemunculannya setelah sekian lama menyepi,” ujarnya.

Pada 20 Ogos 2005, Azrinaz mengejutkan dunia penyiaran apabila beliau mendirikan rumah tangga dengan menjadi isteri kedua Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Azrinaz ketika itu berusia 26 tahun.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan diraja berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel,6, dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,4.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak kekal lama apabila Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan Azrinaz dengan talak satu pada 16 Jun 2010 manakala semua gelaran termasuklah ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ ditarik balik.

Sementara itu On Air, yang diterbitkan bagi mencari pelapis pengacara baru itu akan memulakan siaran pada setiap Rabu (bermula malam ini) hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria.

Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro.

Pengacara Suhaimi Sulaiman, Aznil Nawawi dan Dang Suria Zainordin akan terlibat dalam program itu manakala Karl Shafik sebagai hos untuk segmen Diari On Air. (Mstar)

Sumber : duniaku-layan.blogspot.com
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Sultan Jamalul Kiram III Meninggal Dunia

type="html">
Sultan Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya Sultan Sulu dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ pada pukul 4.42 pagi (waktu tempatan) Ahad.

Sultan Jamalul Kiram III
Beliau berusia 75 tahun.

Anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram berkata di Facebook: “My Appah, Sultan Jamalul Kiram III, has returned to our Creator at around 4 in the morning October 20, 2013. Thank you for your prayers and support.”(Bapa saya, Sultan Jamalul Kiram III, telah kembali kepada Pencipta pada kira-kira pukul 4 pagi, 20 Oktober 2013. Terima kasih atas doa dan sokongan anda)

Melalui temuramah di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.

Beliau meninggalkan sembilan anak – tiga bersama bekas isterinya Fatima Celia Kiram dan enam bersama isterinya, Carolyn Tulawie.

Jacel melalui temuramah radio berkata, “Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung…Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina…Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya.”

Pada bulan Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram II menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.

Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah pada 9 Februari lalu, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.

Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota – lapan anggota polis dan dua tentera.

Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.

Sumber: mStar

View the original article here

Thursday, 17 October 2013