iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Enggan. Show all posts
Showing posts with label Enggan. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Aeril Enggan Bersuara Isu Dipanggil JAIS

Sebelum ini, kami ada berkongsikan cerita pasangan pelakon muda, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dipanggil oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kontroversi pernikahan mereka.

Aeril Zafrel

Mengulas mengenai perkara tersebut, Aeril menerusi akhbar Sinar Harian berkata, “kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil JAIS). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan”.

Aeril juga berharap isunya ini akan reda dalam masa yang singkat dan tidak lagi diperkatakan oleh masyarakat.

Sementara itu, Aeril juga berkongsi gambar terbarunya bersama anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar di laman Twitter khas buat tatapan peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Black Nafi Enggan Bayar Berhutang Selepas Berkahwin

Penyanyi Black Hanafiah menafikan ada menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran itu belum dijelaskan.

Black dan Naquia semakin bahagia bergelar suami isteri.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen.

"Gosip mengaitkan saya yang menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan sebagai tidak masuk akal kerana saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah.

"Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Black berkata, majlis perkahwinannya tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak melainkan pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam.

Jelas Black, dia juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah.

"Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul.

"Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya.

Sementara itu, Black berkata, dia semakin bahagia sejak bergelar suami dan mengakui ikatan suci itu telah mengubahnya menjadi insan lebih sempurna.

Jelas Black dia kini tidak lagi keluar melepak seperti mana zaman bujangnya dan lebih gembira berada di rumah bersama isteri jika tiada sebarang aktiviti.

"Rasa 'gian' nak keluar malam kadang-kadang masih ada tetapi saya lebih gembira bersama isteri di rumah atau keluar berdua," katanya.

Sumber: mStar


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Jimmy Shanley Enggan Ulas Isu Kahwin Janda

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.

Jimmy Shanley

Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.

"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak.

Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.

"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," katanya.

Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila.

Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.

"Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu dan bagaimana keadaan hubungan kami atau apa sahaja isu di antara kami saya tidak mahu komen," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jimmy berkata, dia baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Sarjana di Universiti Terknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berhasrat menyambung ke peringkat kedoktoran dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah pengajian sudah tamat dan jika ada rezeki saya berhasrat untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana belajar itu tidak rugi dan alang-alang dah sampai ke peringkat Sarjana biarlah sampai habis(kedoktoran)," katanya.

Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM.

Sumber: mStar


View the original article here

Wednesday, 9 October 2013

Fida Ibrahim Akan Disaman Sekiranya Enggan Meminta Maaf






Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.



Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.



"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.



"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.



mStar Online pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.



Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.



Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.



Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.



Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.



"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.



"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.



Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.



Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.