iklan 728x90

Pages

Showing posts with label tertinggal. Show all posts
Showing posts with label tertinggal. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Jenazah tertinggal di hospital, keluarga kebumikan keranda kosong


Sebuah keluarga di Australia Barat mengebumikan keranda kosong kosong tanpa mengetahui bahawa jenazah anggota keluarga mereka masih tertinggal di bilik mayat hospital tempatan , Jumat ( 18/10/2013 ). Pihak keluarga yang terkejut dan marah terpaksa melakukan pengebumian semula Isnin ini .

Menurut Alan Franklin , saudara si mati , pihak keluarga benar -benar terkejut dan marah setelah mengetahui pengebumian yang mereka lakukan pertama itu adalah menguburkan keranda kosong

Belum diketahui mengapa kekeliruan ini berlaku, tetapi Franklin mengatakan, pihak keluarga ingin mendapat jawapan.

" Hari Jumaat itu , saya mendapat telefon bahawa mayatnya masih ada di hospital. Saya bingung , siapa yang telah kami kuburkan saat itu ," katanya. "Saya menelefon keluarga , meminta agar mereka tetap menunggu di Meekatharra , dan banyak rakan yang tidak percaya atas apa yang terjadi. "

Jenazah itu akhirnya dilepas dari rumah sakit dan siap dikebumikan pada Isnin ini di Meekatharra .

Pihak berkuasa kesihatan tempatan menyatakan, situasi ini tidak dapat diterima dan telah meminta maaf kepada pihak keluarga si mati.

Siasatan masih dilakukan atas kejadian itu.

kompas



View the original article here

Sunday, 20 October 2013

Baru Sedar Isteri Tertinggal Selepas Memandu 200 Kilometer!

type="html">
Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Beautiful Girls
Gambar hiasan.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.

“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.

Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. -AFP


View the original article here

Monday, 14 October 2013

Pandu 200 km baru sedar isteri tertinggal di stesen minyak


Berlin: Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.


“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.


Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. - AFP

MyMetro


View the original article here